Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Thursday, December 19, 2013

Bollywood style for christmas party

Ini cerita banyak basi.bak tanak nasi biar berhari-hari.sabtu minggu lepas aku ada event.kena buat dance perfomance ala-ala flash mob walaupun tadela flash mob sangat.sebab yang menari tu sebenarnya orang yang join kelas tarian dan sangat baru.jadi, boss aku ajak aku dan sorang lagi instructor,zulfi untuk join.so that orang yang menari belakang ke depan ke boleh tengok step kalau lupa..aku bukan nak raikan christmas tapi pergi untuk dance perfomance.dan ada juga muslim yang lain.event ni actually untuk dinner member-member clark-hatch gym ni,jadi sekalila untuk christmas celebration.alang-alang katanya.lagipun,boss bayar tiket,jadi pergi untuk makanla.siapa taknak makan sedap kat hotel kan. 

aku pun tak sure berapa harga tiket ni tapi thank to novem sebab belikan.hihi.

sebab event ni ada theme,jadi apa salahnya bertema juga.aku pakai konon-konon bollywood sebab ni je paling senang aku nak fikir dan aku pakai apa yang aku ada je.walaupun tak menang best costume,ada jugak yang tanya apa nama baju aku pakai dan nak beli serupa macam aku pakai.erk,ni aku mix n match je.baju tu sebenarnya dari kedai 'firstlady' kat jalan TAR tu.aku beli dah lama dah.kalau tak silap tahun 2006.nasib baik muat lagi.dan seluar aku pakai palazzo kaler mustard yang aku beli kat ecurve dua tahun lepas.selendang tu selendang raya dua tahun lepas gak tapi benang dah keluar-keluar dah.habis aku potong.

Makanan memang sedap dan puas hati.dessert sedapppppppppppppp.tu paling aku suka.

dan dengan tak disangka jugak dapat second best prize for lucky draw.lama wehh tak dapat lucky draw.seingat aku masa zaman sekolah je aku pernah dapat.tak sangka aku.buffet dinner untuk dua orang,available sampai march tahun 2014.yeay,boleh pergi masa birthday.masa untuk menggemukkan diri.nak pergi dengan siapa itu surprise.main o som dulu.

tu je.bai.

oh,alang-alang promotela sekalik.siapa-siapa yang rasa nak feel berpeluh jantan sambil mereleasekan tension sambil exercise, mai lah join kelas kitorang.boss kitorang novem dan dua lagi dance instructor, aku dan zulfi.kelas ni dibuka untuk semua lapisan masyarakat tak mengira umur,bangsa,agama,parti politik,dan sebagainya.laki pompuan tak kisah sebab ada je kelas yang lelaki boleh join sebab kitorang ada instructor lelaki jugak,zulfi.kalau laki bini lagi bagus,masuk je kelas menari sama-sama.malu???tada hallah.yang penting berpeluh,rasa best,rasa sihat dan release macam-macam perasaan yang bawa dari ofis,kolej,universiti,rumah.

ni kelas apa???tetiba pulak ada yang tanya kan.ni kelas cardio mix-dance atau nama glamer nya zumba.yelah,kan top sekarang dengan menari zumba.kalau cakap mix-dance kang tak paham.dance ni bukan slow macam aerobic.lagu a bit fast tapi best sebab memang merangsang cardio.lagu memang kebaboom punya,jangan risau.tarian campur-campur,ada hiphop,ada salsa,ada cha cha,ada bellydance sket,macam-macam combine.

selain tu,kitorang ada juga kelas stretching and toning.kelas ni khas untuk siapa yang nak firmkan segala bahagian badan yang berlemak tu.termasuk aku,ada je perut menggeleber kat perut.bertingkek-tingkek gitu.jadi,nila fungsi kelas ni.lepas zumba untuk keluarkan peluh,dalam masa yang sama buat toning juga supaya badan cun je.memang siapa yang betul-betul disiplin,memang nampak perubahan.ada beberapa orang yang join memang boleh tengok ke'firm'an body diorang.

so,apa lagi.siapa yang rasa nak join,boleh pergi kat http://www.novemchan.com/
nak tanya kat belog ai pun boleh.takpun pm kat facebook ai oll.takpun whatsapp ai oll kat 013-7672602.

ok,bai lagi.

Saturday, November 30, 2013

#IMAN

halooo...

kadang-kadang sedang duduk-duduk,teringat juga pada sekolah yang aku dah tinggalkan.sedih sebenarnya nak lepaskan jawatan guru tu.walaupun kadang-kadang tension dan stress dengan macam-macam hal kat sekolah tapi bila fikir balik,mana ada kerja yang tak stress.rindu sebenarnya nak mengajar semula.rindu pada anak-anak murid.yang paling kelakar bila masa jadi cikgu ada juga student yg admire.muka ni budak admire?haha,rasa kelakar sangat ni.takut juga kena ikut je tiap masa.jangan sampai kau obses sampai ke besar ikut cikgu sudahla.

nak jadi cerita,ada seorang budak ni nama iman.since budak melayu kira macam minoriti juga kat sekolah,kira iman ni dalam kategori budak melayu yang terer cakap melayulah.kadang-kadang tak larat gak satu hari nak speaking memanjang,jadi bila ada budak boleh cakap melayu,seronok gak.masa awal-awal masuk sekolah tu,aku ajar si iman ni darjah lima.awal-awal tu biasa je.lepas aku dah tak jadi cikgu darjah lima dah,aku cuma masuk kelas si iman ni kalau kena ganti lah.masa tu,kalau aku ada kat meja guru,masa tula datang cerita macam-macam.iman ni kelakar okeh,macam orang tua pun ada jugak.dengan radio nak Sinar fm ngn Klasik nasional je.tergelak aku dengar.pastu tanya aku pasal lagu-lagu lama.disuruhnya aku nyanyi lagu rock-rock kapak.tak habis cerita radio klasik dia,masuk cerita pasal belalang apa entah dia tangkap.aku layan je,semangat kot dia citer.tiap kali kalau aku jadi guru ganti kelas dia,confirmla dia je yang ada kat meja guru ajak aku bersembang.siap gosip pasal pakcik dia.

masuk darjah 6,lagi menjadi pulak dia membuntuti aku.awal-awal dibuntuti,rasa macam comel je,macam lawak je budak ni.masuk dah beberapa bulan,rasa macam dah tak lawak je,macam dah tak comel je.awal-awal,selalu dia akan cerita pasal pakcik dia.siap cakap pakcik dia pernah nampak aku,pastu kirim salam.hahaha,lawak tau.pastu kadang-kadang masa rehat,dia datang dan cerita pasal masa weekend dia main dengan adik-adik saudara dia.pastu cakap aku pun ada sekali. 'cikgu,aritu iman main dengan adik-adik iman (actually sepupu dia), cikgu pun ada jugak'. eh, bila masa aku pergi main dekat umah dia.ok,teruskan mendengar lagi. 'iman jadi kapten, cikgu dalam group iman.iman siap prepare baju untuk cikgu'. sampai sini aku tanya baju apa.jadi,semangatla dia lukis.ada mafla bagai u oll.gagah betul baju untuk aku.main lawan-lawan,harus baju macam samurai sikit.siap ada pedang untuk aku tapi tak best sangat macam pedang dia.ewah,mentang kau kapten.

paling best bila rehat, nanti dia datang dekat dan tanya, 'cikgu,cikgu nak manisan?iman boleh ambilkan'. eh,siapa taknak orang volunteer ambilkan makanan.harus tambah pakej ambilkan air sekali.maaf iman,cikgu bukan sengaja tapi dah alang-alang kan.

first time dapat surat yang panjang masa birthday aku.sweet sangat ni.boyfren pun tak bagi surat.mana ada surat dah sekarang ni,orang pakai whatsapp,fb,instagram,twitter kot.email pun untuk benda formal je.tapi,ikut cara klasik,haruslah surat.setiap hari pun dia akan tunggu dekat tangga dan cakap 'cikgu cantik hari ni'. homai,memang rasa macam bestla tapi kalau dah tiap hari dan waktu kau pakai paling selebet sekalipun sebab dah lambat,dia tetap cakap 'cikgu cantik hari ni'. tetiba rasa macam, tipuuuuuuuuuuuuuuuuu.....tapi takpe,cikgu terima dengan hati yang terbuka sebab awak buat cikgu rasa paling cantik dalam sekolah tu.fineeeeeeeeee *lempangdirisendiri.


epikkan? BUKA KERTAS KALAU NAK BACA.kau hado?alang,alang tulis date tu,sila ingat birthday aku.harap setiap tahun hidup aku akan meriah.amiiiiinnnnn.

actually,aku tak tahu betul ke mak dia yang bagi kek ni.sebenarnya ceritanya macam ni.ada satu pagi tu,dia bawa tat ni dalam tangan dia tapi pecah-pecah dah,pastu cakap untuk aku.aku pun tanya macam mana nak makan kalau dah pecah-pecah dalam tangan dia.terus dia down dan cakap esok dia akan bawa yang lain.terus pagi esoknya atas meja ada tat ni dengan nota ni.hoho,serius rasa macam zaman sekolah dulu.kalau suka orang,letak makanan dalam meja.haha.

tiap tahun pun memang ada educational trip untuk students.jadi,masa tu aku ikut pergi pusat kraf negara.kena pulak masa tu kena bawa kelas si iman ni.buku nota ni pusat kraf bagi as souvenir pada kitorang.tapi esok harinya,ada pulak atas meja aku dengan nota pendek lagi.ejaan 'kasih'tu sebenarnya 'kasi' tapi sampai ke akhir tahun tak berubah.memang sangat kasih.

ada satu hari,aku marah gila yang amat dekat kelas iman.satu kelas kena berdiri atas kerusi.tak lama pun cuma nak bagi pengajaran je.dah beberapa pendekatan dah buat,tapi tak makan saman juga,terpaksa jugala bagi berdiri atas kerusi. habis kelas, pergi toilet.balik je,tengok dah ada nota.memang pantas.maafla iman,jehan dan students dalam kelas tu,bukanla cikgu nak hukum sangat pun tapi makin lama makin melampau pulak korang ni.tapi,lepas dapat note ni,terus gelak dan habis cool down semua marah tadi.terus esok harinya,minta maaf balik dekat kelas tu dan explain kenapa buat macam tu and they all understand.see,how a short note affect your emotion.macam best je,macam sweet je kalau boyfren buat camni kalau tengah merajuk. *HINT untuk berkenaan.ehem


ini masa hari guru rasanya.biasala,cikgu-cikgu akan dapat hadiah atau kad masa ni.as for me,aku seperti pengumpul kertas.banyak gila kertas a4 yang dibuat macam kad atas meja aku tapi semuanya kertasla.yang koyak dari buku pun ada.iman tu wajib.yang second paper tu dari girisha,budak kelas iman tu.nampak tak,macam sama je.macam sama je.kan?ni kompem kes meniru.hahaha.lawakla diorang ni.


theme untuk hari guru is BACK TO SCHOOL.beriala aku pakai baju pengawas adik aku sekali dengan tie dia aku pakai.macam comel je,macam cute je.lah sangat.nampak sangat aku pendek dan nampak macam budak sekolah.kalau dah namanya pendek kan,beratur dengan budak kat kantin nak beli makanan,makcik kantin tak layan pun.harus nak marah,dahla kena beratur dengan budak,dia boleh buat dek je.bila aku keraskan sikit suara,baru perasan cikgu,barula nak bagi apa aku nak.parent pun suka tanya umur berapa.pernyataan di sini bukanla untuk pujian diri sendiri tapi adalah sikit.k bai.


bila aku cakap aku lapar,nanti ada nugget atas meja.best tak?best kaaannn..well,dengan note.


masa bulan puasa, iman bagi aku sekotak kurma ni siap kurma disalut minyak habbatus sauda lagi.tapi bukan aku je dia bagi,ada beberapa cikgu lain jugak yang dia bagi.tapi,dia bagi kat aku kat tangga tempat dia tunggu tiap hari.tu jela kot yang lain dari cikgu lain.nak jugak lain kan.kata cikgu kesayangan,harus special sikit.walaupun kat tangga,kira special je la kan.

masuk bulan 7,memang budak darjah 6 ada kelas intensif je.so,memang setiap hari buat latih tubi.dan untuk upsr,80 markah dah kira A,jadi 84 tu kira A dah dan tak berapa ramai pun yang dapat A.nota ni iman letak kat heels yang aku pakai,dekat atas sole kasut tu.situ pun boleh kan.aku nak sembahyang,sekali kawan aku bukak pintu surau dan suruh aku datang kat pintu tu jap dan tengok ada apa dalam kasut aku.hai,memang kena bahanla aku dengan kawan tu.dalam heels pun ada nota.mana-mana je dapat nota okeh.see,cikgu cantik tu memang di bibir tiap hari.tak larat dah nak ucap terima kasih tiap hari,tapi terima je dengan hati yang terbuka. :)


aku rasa iman paling sedih aku nak quit dari sekolah tu.tapi aku lagi sedih tinggal kawan-kawan aku kat sekolah tu.sweet kan bila dia tulis, 'untuk hari guru dan hari lahir cikgu aimi,itulah hari yang iman takkan lupa'. waaahhhhhhhhhhh *amazed.tiap-tiap hari lalu bilik guru.bila aku masuk kelas,pandangan dia lain macam.lama-lama,aku pulak yang risau.setiap hari pun,dialah yang bawa kotak berat penuh buku tu.tiap harilah tunggu aku kat tangga dan kat kantin.kalau tunggu kat tangga tu, memang dari jauh aku dah nampak dia tunggu.pastu bila aku makin hampir,dia akan macam pandang tempat lain dan bila aku lalu depan dia terus dia pusing dan cakap 'eh cikgu.assalamualaikum.kebetulan pulak. cikgu cantik hari ni'. ewah,berlakon sangat ni.padahal dari jauh dah nampak kan.lawakla dia ni.tergelak-gelak aku pagi-pagi.


hambek,gambar iman sebijik.dengar cerita,baru-baru ni,iman dapat 5A untuk UPSR.congratulation iman,tak dapat nak belanja sebab cikgu dah tak mengajar kat sekolah tu.hopefully,jadi insan cemerlang,anak yang soleh dan belajar pandai-pandai okeh.walaupun kadang-kadang pujian awak melambung sangat sampai rasa terlambung dan annoying bila cikgu rasa tak cantik sangat hari tu,tapi cikgu ucapkan terima kasih sebab awak jela yang selalu bagi cikgu feel cikgula paling cantik walaupun cikgu lain ada je yang fashionista lagi.sekarang ni,cikgu pakai selebet je sebab cikgu kan student sekarang,pakai cun sangat kang,nampak cam nak gi midvalley pulak.iman ni klasik,handphone dengan facebook pun takde padahal students lain semua ada.bagus jugakkan takde,kang asyik main facebook susah pulak nak belajar. (sebenarnya takut kena stalk).

okla iman.mana tau bila awak besar awak baca ni,dan masa tu awak dah kaya,belanja cikgu makan mahal-mahal okeh.cikgu suka makan sushi tau.bagi LV sebijik pun cikgu akan terima dengan hati terbuka.ok bai.

Monday, November 4, 2013

#projek 2 #sewing #hoodie shirt

there was one evening where i was staying alone at my room (hostel) because my room mate went out.felt so bored and lazy.so,what i did was searching for big sized shirt in my cupboard. then, found one shirt given by mr 320km when he went to moto GP.the shirt was L-size and quite big for me even though loose shirt is better but it was too big.Actually the previous day, i watched a video from youtube showed many ideas to do with your big-sized shirt.so,i just applied what i watched to my big shirt and i love the result!

Friday, November 1, 2013

#projek 1 #sewing #jubahdress

Hi, Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

actually,before this aku pernah ambil kelas menjahit.walaupun kadang-kadang banyak kali jugak skip kelas tapi habis jugala menjahit baju-baju basic.lepas habis je kelas menjahit tu,terus tak ada buat apa-apa.sekali,kawan bagi kain untuk buat baju bridesmaid since kene jadi dayang-dayang masa dia kahwin.terus buka mesin jahit dan nak try jahit sendiri baju.siap lukis dah baju ape nak buat.since konon-konon baju tu nak pakai masa nikah,so aku plan nak buat macam jubah dress.tapi nak ade puff dekat bahu dengan ade zip kat lengan sebab senang nak ambil air sembahyang.

jadi,bermulala projek menjahit sendiri walaupun ingat-ingat lupa.memang bantai je ni.take time jugakla nak siap.mula dengan buat pola sendiri sebab taknak confuse dengan pola-pola baju lain.


 ni masa nak pasang zip sorok pada bahagian tangan sebelum sambung dengan bahagian badan baju.kalau ikut ukuran tangan betul-betul,nanti susah nak tarik lengan baju masa ambil wuduk,jadi letak zip instead letak butang sebab feel canggih sikit.

 masa ni bahagian badan dah siap.tak cantum lagi dengan bahagian tangan.

ni versi dah siap.sebenarnya nak letak bunga lace dan jahit manik macam design baju-baju sekarang yang dekat kedai tu.sekali tak ada masa dah nak mengada jahit manik bagai.jadi beli bunga ros ribbon ni dah terus je jahit di bahagian pinggang.nampak pelik sikit tapi i'm happy with the result.kira macam center of attraction tu kat bahagian tengah pinggang.bila pakai rasa ok je.dan rose ribbon biru tu memang menaikkan jubah ni.

ok habis cerita pasal project sewing yang ni. :)

oh,before tu,nak tunjuk apa korang boleh buat dengan shawl yang besar gila macam shawl orang-orang pakistan,bangladesh,india selalu pakai tu.korang boleh buat kaftan.macam baju raya aidilfitri aku tahun ni.




kan setel?jahit je bahagian tepi tu dan buat leher.tadaaa.

bye u olls

Thursday, October 31, 2013

negeri minyak kuda laut = miri

hallu!!

well,mencuri masa sedikit dari masa membuat kerja.baru-baru ni,5-8oktober aku ikut family aku ke miri, sarawak.tujuan utama sebenarnya nak pergi wedding kawan baik abah, mr sim hari isnin tu.tapi pergi awal jadi dapat berjalan-jalan sikit.lagipun aku tak pernah pergi.abah,ibu dan amir memang dah pergi sebelum ni so tadelah excited sangat.awal-awal pagi dah naik flight.sampai-sampai je memang masih pagi dan perut memang lapar.but firstly,memang kena pergi hotel dulu.we were staying at imperial hotel.mr sim and family was so kind to give us an apartment yang lengkap dengan dapur, bilik dan ruang tamu.siap ada mesin basuh.memang best.

Hari pertama

masa baru sampai di airport dan di hotel imperial

 lepas dah siap-siap letak barang di hotel,kitorang mandi dan makan dan mula berjalan.ni sebenarnya destinasi kami berhenti sebab tak pernah tengok rumah panjang kan.sekali,dapat rumah panjang yang moden.memang lagi jakunla kami.panjang betul rumah ni.tak tahu nak classify rumah panjang ke rumah teres.lagi panjang dari padang bola.dan semuanya bersambung dan diorang ada ruang tamu yang panjang gilerrrrrrr.harus boleh buat sideroll sampai muntah.

oh, gambar-gambar kat bawah ni sebenarnya view hotel yang kami duduk tu.actually kami dapat macam apartmen.so lengkap dengan dapur,ruang tamu,mesin basuh bagai.memang terbaik.layan jela gambar.




atas ni pulak actually taman awan.aku rasa dinamakan macam tu sebab ko macam berjalan atas awan la kot bila lalu semua jambatan gantung tu.tapi memang best dan cantik taman ni.memang sesuai sangat untuk family,siap ada kolam renang bagai.dan taman ni besar.merata boleh jalan.tapi kalau ikut jambatan gantung tu dah boleh nampak keseluruhan taman ni.memang bagusla siapa yang merancang taman ni.aku memang salute.

Hari kedua?

Aku pun dah ingat lupa.hihihi.nilah,suka sangat separuh jalan.the next day tu,kitorang pergi brunei.well,oversea katanya.dah siap pasport semua memang ready nak pergi brunei sebab miri dengan brunei quite near jugak dan boleh travel by car.at first memang aku sangatlah excited nak pergi brunei.sebab dengar cerita negara kaya minyak bagai.so,awal pagi lepas breakfast kami dah get ready nak bertolak.tak jauh pun dari bandar miri,dah sampai imigresen.so kena fulfil borang dan cop pasport.



cuba tengok gambar atas.bangga tak?bila lepas je imigresen dan dah masuk brunei,papan tanda nilah yang akan kita nampak dulu.nampak tak?nampak tak?tak payah nak soksek sangat manglish u olls.memang rasa bangga betul sebab guna bahasa melayu.tungguuuuuuu.

ni masa kami di depan Istana Nurul Iman.sebenarnya pak guard tu bengis je tengok kitorang tangkap gambar tapi kitorang bukan nak ceroboh istana pun walaupun cita-cita masa kacik nak kawen dengan anak raja.tapi sekarang ni padam dah cita-cita tu.since dah tak main buai,terus tade keinginan nak kawen anak raja dah.

ok,ni dekat masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.memang cantik dan bila masuk,tak boleh tangkap gambar.dengar cerita,kubah tu diperbuat daripada emas,siap ada orang kikis lagi.tapi tak tahula kebenarannya kan.

by the way,ini je buah tangan atau tanda kenangan dari brunei.keychain?fridge magnet?nan hado.abah kedekut betul nak gi jalan mencari apa-apa tanda brunei.tapi macam tak ada je.memang tak ada apa yang ditengok sangat di brunei.sebab memang tak banyak pembangunan walaupun negara kaya.mungkin sultan nak kekalkan negara macam tu.tapi actually,masa aku datang tu,yang penuh dalam negara brunei tu adalah orang-orang asing yang bekerja kat situ macam orang indon,nepal,myanmar,bangla,pakistan.tak tau dah mana satu orang brunei tulen.maybe orang brunei semuanya keluar ke miri sebab miri jelah tempat terdekat yang ada macam-macam dan boleh berhibur tengok wayang main boling bagai.benda best adalah minyak yang memang sangatla murah tapi orang luar tak boleh isi minyak kat situ.abah nasib baik orang tu tak perasan dan terus je isi minyak sekali dia tengok no plat sarawak terus stop isi.gituuu.nasib baik masuk juga minyak kalau tak mana nak menadah minta minyak petrol?

dari imigresen nak ke bandar seri begawan tu memang bercinta.jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.ditambah dengan tak ada pemandangan yang indah sepanjang jalan yang lurus lagi benar,memang aku tidur sepanjang jalan.
aku pun tak tahu nak suggest ke tak pergi brunei ni.kalau nak tengok brunei macam mana ok kot nak pergi.kampung air pun ada jugak kalau nak tengok tapi aku just lalu je.nasi lalapan pun tak sempat singgah rasa.maybe sebab tak banyak tempat pun nak tengok jadi aku tak rasa brunei adalah satu tempat pelancongan.orang brunei sendiri pun beratur kat imigresen nak masuk malaysia,i mean miri.tapi,at least dah ada pengalaman pergi brunei,ye dak?

ini makan malam.dah balik miri lah.aku tak tahu nama siput ni tapi abah panggil siput tarik sebab bila nak makan,kita kena tarik something yang keras then baru dapat isinya.sedap.makan seafood memang sedap.jilat jilat jari makan.

Hari ketiga

siang tu tak ada pergi mana pun.jalan-jalan sekitar miri pergi jalan-jalan pusing sambil tengok cenderamata nak bawa balik.walaupun tak berduit sebab dah tak bergaji,tapi nak sedapkan hati,pinjam juga duit ibu nak beli something.kang,menyesal pulak.bila lagi nak pergi miri kan.

kitorang ada pergi ke muzium petroleum,kira salah satu tempat yang korang boleh datang melawat tapi masa aku pergi tutup.isnin muzium tu tutup so korang jangan datang hari isnin.ditambah pulak masa aku pergi tu,hari hujan.jadi pusing baliklah bandar jalan-jalan area bandar.since abah dah pernah datang,dibawanya kitorang melawat padang-padang golf yang ada.layankan aje.kang derhaka,tak baik.balik hotel,terus bersiap untuk makan malam wedding mr sim.

baju ni aku jahit 100% sendiri.gigih sangat ni.actually,ni baju bridesmaid untuk kahwin kawan aku tapi hari tu,aku tak dapat pergi jadi pakaila untuk wedding mr sim ni.

sebab tak ada orang nak tangkapkan gambar jadi selfie dalam kereta sebab tak nampak sangat selfie tu.

Hari last di miri

bang,jangan ditabur janji palsu itu.sebelum ke airport,singgah makan lu dekat kedai ni.sabar ajelah,mintak lain,diberinya lain.bila kita cakap makanan salah,nak dimarahnya kita semula.eh,dah terang-terang kau letak janji kau kat situ.camano ni?hopefully orang lain tak kenala macam ni.kedai ni dah bagus,cuma tulah.kalau tak letak janji-janji tu,mungkin tak terasa sangat kot.kalau dah letak,kena terimala dan tukar ajela.tak apalah,semoga Allah murahkan rezeki kedai ni.Amin.

dah habis la perjalanan ke miri.miri ni best sebenarnya sebab banyak tempat untuk nature lover.since aku datang dengan family,jadi tak banyak tempat yang boleh explore.insyaallah akan datang lagi untuk explore gua-gua,gunung ganang dan hutan banat di miri.

bye miri!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sekian.

Sunday, October 27, 2013

Hilang benda yang sebenarnya depan mata

Salam malam..

Saja merajinkan diri untuk menulis dan paling penting post!sebabnya dah banyak draft yang tak dipostkan sebab semuanya sekerat jalan dan malas sambung.tulah,penyakit manusia.nak menulis juga sebab rasa macam kuasa Tuhan memang tunjukkan aku perkara sebenar.

Dalam bulan September,macam-macam benda tak best jadi.atau benda tak seronok la.yang boleh buat aku rasa sedih,pendam,marah,murung.tak seronok kan macam tu?dalam satu bulan tu rasa macam bertimpa-timpa.di awal bulan September tu kan birthday Mr 320km tu,boleh pulak gaduh yang tak pernah-pernah rasa gaduh macam tu.ada je yang benda boleh buat gaduh.tu dah buat aku sedih dah,murung pikir apa hal dan macam-macam fikir.lepas tu,berhenti kerja pulak.konon-kononnya nak sambung habiskan tesis.kalau kerja,tak dapat tumpu sebab penat dan banyak kerja lain.dan aku dengan beraninya berhenti kerja.dah berhenti kerja,dengan tak semena-menanya,external hard disc pulak hilang!!!!!!!!!!!!!!!!!hilang!rasa macam dah geledah satu bilik cari sebab sebelum tu rasa macam nampak je external hard disc tu tunjuk muka main acah-acah.bila nak guna,time tula pulak dia hilangkan diri.ingat ni main hide and clap ke.meraung toksah ceritala.external hard disc tu macam tentukan hidup masa depan kot.data semua dalam tu.tesis semua dalam tu.tak ke rasa macam nak gila hilang benda alah tu?sampai satu tahap aku memang rasa macam nak pergi jumpa bomoh je tolong carikan.syirik kot tapi sebab nak juga external tu aku boleh fikir macam tu.tapi syukurla tak buat,tuhan nak uji sebenarnya.aku pulak memang tak buat back up.terima kasih aimi,u're so smart sebab asyik fikir yang hard disc tu akan sentiasa di sisi kau,sekali hilang mula tak tentu arah.bulan sembilan juga banyak kali aku sakit.macam-macam.demamla,tonsil bengkakla.memang Tuhan bagi ujian betul.banyak aku nangis bulan lepas,patut tadah kot.

Paling aku kesal adalah kehilangan external hard disc tu.sebab memang aku nampak je depan mata tapi bila aku nak guna,hilang.masa tu memang rasa down,rasa macam nak berhenti je buat tesis ni dan cari kerja lain.seriously,camne nak buat tesis kalau semua data tak ada?dan kau nak tulis apa?tapi sebab semua orang di sekeliling pun semua bagi support,aku pun dengan rasa tak rela,register juga untuk sem ni tapi bayar lambat sebab masih tak tahu dengan keputusan diri sendiri.dah tawar hati sebenarnya nak habiskan tesis ni sebab dah lama tinggal dan hilang pulak external hard disc.see,hilang external hard disc bagi impak yang besar pada hidup aku.dan sebenarnya syukur jugak,dalam masa ni juga,jumpa orang-orang yang baik yang sentiasa bagi support.bagi nasihatuntuk fikir balik apa yang aku lakukan.dan masa susah hanya akan ada Tuhan yang sentiasa akan tolong kau.dan aku memang rasa sekarang,Allah tu Agung,Maha Mengetahui,Maha Adil,Maha Penyayang.Masa susah baru ingat dan minta tolong Tuhan.tapi walau camne pun memang Tuhan akan tolong kita dan aku memang syukur,sangat-sangat syukur aku jumpa balik external hard disc tu.antara cepat dan lambat je.jadi,jangan tanya kenapa banyak dugaan untuk kau.sebab aku buat tu.aku asyik tanya kenapa aku dapat semua dugaan ni.tapi Tuhan memang nak uji hambanya,sebenarnya Tuhan nak uji aku.patut aku rasa bersyukur dapat semua dugaan ni.

Nak jadikan cerita,lecturer aku asyik tanya pasal aku.sebab dalam waktu dan keadaan macam ni,aku lebih selesa di bilik,buat kerja semua di bilik di kolej.sebab rasa bersalah dan rasa macam down kalau jumpa dengan lecturer.dahla kena redo.dahla hilang data.tapi nak jadi jugak.terserempak masa lunch (25/10/13).bila cerita-cerita dengan lecturer dan kawan,semua pun macam support dan doakan aku.balik ke kolej,roomate aku si ika pun cakap cuba cari semula.kitorang cari semula walaupun aku dah geledah semua tempat yang kitorang cari tu.tup tup ada je rupanya.dah nak masuk sebulan lebih hilang external hard disc tu.ada sebenarnya!dalam file menjahit aku.see?apa kau buat dalam fail tu external????Ya Allah,syukur sangat!!!

so,lepas ni nampaknya aku kena buat back up dan habiskan tesis ni cepat.moga Tuhan permudahkan urusan aku.dan doalah untuk kejayaan aku supaya mana tahu kalau aku habiskan tesis ni dengan jayanya,aku boleh sambung phd pulak dan lepas tu boleh berbakti pada negara.boleh tolong korang semua kan?amin.

ini ada satu cara atau usaha yang seorang brader tu beritahu aku masa aku tiba-tiba terbaik mengadu kat dia sebab mungkin muka aku nampak bermasalah sangat sampai semua orang pun tanya.jadi,terus dia cakap tentang ayat mubin.dalam surah Yassin,bila kita baca sebenarnya kita akan jumpa tujuh perkataan 'mubin'.dan terus dia beritahu cara-cara nak baca.aku cuma usahakan sahaja.di samping tu buatla solat taubat,solat hajat.biasalah kita ni manusia memang tak terlepas dari buat silap dan dosa.dan minta doa pada Tuhan bukan pada bomoh.ingatan untuk diri sendiri tu aimi.berbalik pada ayat 'mubin'tu.baca dari awal surah Yassin sampai jumpa perkataan 'mubin'yang pertama.kemudian baca doa minta apa yang kita nak cari.kemudian baca ulang semula dari awal surah hingga jumpa perkataan 'mubin'yang kedua.baca doa lagi.setiap kali selepas jumpa perkataan 'mubin'tu,selang tu baca doa,dan ulang semula dari awal surah.bukan sambung je dari mana kita berhenti selepas perkataan 'mubin'tu.buat sampai perkataan 'mubin'yang ketujuh dan habiskan bacaan.sebelum tu carilah dan tandala mana perkataan 'mubin'dalam surah Yassin.memang ada tujuh perkataan.sambil tu yakinlah dan sentiasa berdoa pada Tuhan.ada juga doa untuk cari barang hilang.masa nak mencari barang hilang tu baca doa ni.

(sumber dari Google dari blog lain)

kita usaha jela.yang lain tu semua kuasa Tuhan.Tuhan memang akan tolong cuma kita tak tahu sama ada cepat atau lambat.terus je doa dan minta tolong pada Tuhan.dan satu lagi,sila cari barang masa tenang.keep calm dan cari.sebab tu dinasihatkan kena tenang masa cari apa-apa.baca doa untuk tenang juga.

sekian.syukur Alhamdulillah

Tuesday, October 1, 2013

october 2013

hi eyemeria.

it's been a long time right?apo kono entah.so much things to type here but suddenly when i just about to start,it just 'poof,tadaaaa'.blank.kind of embarassed of my life now.sometimes,i think why i become like this.is this fate or is it because of me?well,a friend said that 'musuh paling kuat adalah diri sendiri'.that is what my friend said and i think yeah,true.because sometimes i'm not strong enough to fight with myself. 'follow your heart' sometimes doesn't work for me if it's not together with 'think with your brain'.haha.if all the time pun nak ikut hati,seriously sekarang dah jadi lain.well,Allah maha mengetahui apa yang baik untuk kita.dulu masa kecik,aku ada plan aku sendiri tapi tak dapat lagi nak achieve.dulu plan baik punya siap ada time frame.umur berapa ada degree.umur berapa ada master.umur berapa ada phd.umur berapa kahwin.umur berapa kerja bagus dan gaji banyak.kelakar tapi actually,good to have that.aku patutnya ikut apa aku plan.tapi plan tak semestinya jadi,kan?bukannya kita tahu apa yang kita akan dapat di masa depan.

did i tell you that i already quit my job?did i tell you that i already stop teaching dance?did i tell you that i lost my external hard disc and all the things that has been saved in it  are my future??semua data dan tesis for my master dalam tu!!!i seriously lost my mind where i put it.i try to imagine and try to recall many times but still,cannot find it.memang rasa frustrated.sangat sangat sampai tak tahu macam mana nak cakap.menangis.rasa penat menangis.sebab before realize yang external hard disc hilang,dah banyak menangis untuk hal lain.hal yang remeh temeh tapi penting juga.hopefully akan jumpa jugak.lambat atau cepat itu kuasa Allah.dugaan datang satu persatu tapi ada satu hari terbaca 'dugaan yang Tuhan beri sebenarnya nak bagi kita kuat'. tak apa,aku cuba. bukan senang nak jadi kuat i mean kuat dalaman sebab kalau tengok luaran memang strong,tough kot.tapi dalaman?puii.masa nak berhenti kerja,fikir jugak nanti of course memang tak ada duit dan tak boleh nak spend sikit macam dulu.dan mesti akan susahkan abah lagi.tapi tak ada choice.memang kena buat decision for my own good.dan bila dah ready to focus on my study,the external hard disc pulak hilang and i have no back up.aku admit salah aku tak buat back up tapi memang tak expect akan jadi sebab benda tu memang sentiasa dengan aku,sentiasa bawak pergi mana-mana dan sentiasa nampak depan mata pun.well,itulah dugaan kan.

hopefully october will bring happiness to me.make me strong and show me the way to success.

just a reminder to myself --->>

aimi, fight for your life.be a good friend to yourself and love yourself even you love others so much.well,problems will be with you everyday but just be friend with it ok?be nice to it and hopefully it will be nice to you too and everything will be settled.just be strong.you have families and friends that always be with you and you have Allah to help you.usaha kuat lagi,jangan tangguh-tangguh.just do it!

thank you to share this with me.

aimi

Saturday, September 14, 2013

SEMBILAN

9.

Selain bulan Mac, November dan Disember yang bermakna, aku juga menghitung hari untuk tiba bulan September.selalunya dari bulan Ogos lagi dah excited plan macam-macam.suka dan gembira untuk tunggu hari istimewa.

harap benda ni berterusan sampai bila-bila jika diizinkan Tuhan.bila buat sesuatu yang akan buat orang rasa gembira,aku juga gembira.suka tengok orang senyum dan gelak terima apa yang telah aku buat.tahun ni,tak banyak dapat aku lakukan.dengan jarak 320 km dan beberapa hal yang tak dapat dielakkan,tak dapat aku buat lebih seperti aku dah rancang awal-awal lagi.

Selamat hari lahir buat orang istimewa :)

Maaf tak dapat beri yang lebih baik tetapi harapnya dapat terima dan gembira.semoga panjang umur dan menjadi anak yang baik,guru yang cemerlang dan dapat mencapai apa sahaja yang awak inginkan.semoga cita-cita awak tercapai.saya sentiasa menyokong awak dan harap sentiasa ada di sisi awak jika diizinkan Tuhan.

Thursday, July 25, 2013

peluk tubuh

bila marah,peluk tubuh

bila stres,peluk tubuh

bila sedih,peluk tubuh

bila senyum juga peluk tubuh

sejak jadi guru,berpeluk tubuh satu hari pun tak apa.tapi lepas ni mungkin peluk tubuh akan makin longgar.tak tahu apa akan menanti di kemudian hari.

betul atau tidak keputusan ni,aku redah sahaja.harap tuhan tunjukkan jalan.

Monday, July 22, 2013

sarcastic boyfriend vs emo girlfriend

dear mr 320km,

banyak kenangan yang kita ada.banyak juga emosi yang dikongsi bersama.

jarak kau jauh.hati kau dekat.
kau tenang.aku panik.
kau sinis.aku sentap.
kau sarcastic.aku emo.
kau manis.aku comel.ehh
kau branded.aku tade brand.
kau berani.aku kecut.
tapi kau tetap penenang aku.

kadang-kadang bertengkar benda yang remeh sahaja.
kadang-kadang berlinang air mata masalah yang kecil sahaja.
kadang-kadang bergelak ketawa benda yang bodoh sahaja.
kadang-kadang bertikam lidah benda yang mudah sahaja.

pasal tempat makan yang sampai sekarang pun tak habis-habis fikir.
pasal nak makan apa ikut selera.
pasal cari parking tak jumpa-jumpa.
pasal cari jalan tak sampai-sampai.
pasal menunggu lama.
pasal handphone rosak.
pasal tak angkat kol dan tak balas mesej.
pasal tak beritahu ke mana pergi.
pasal taknak jaga parking.
pasal bila kol je rasa nak berak.
pasal tak tanya 'kat mana tu' masa kol.kononnya tak care.
pasal main game tak bercakap.
pasal kenapa tak letak status di facebook.
pasal kenapa tak cakap seperti biasa bila bersama rakan.
pasal kau betul,aku salah.aku betul,kau salah.

dan bermacam-macam pasal lagi yang rasanya remeh temeh bodoh-bodoh belaka.

macam-macam.kau madu,kau racun.kau buat aku gembira,kau juga buat derita.kau buat aku suka.kau juga buat aku duka.tapi aku harap endingnya bahagia.

jauh lagi perjalanan dan dugaan yang perlu ditempuh.

let's face this together sayang.let Allah guide us towards good.

Thank you.



Monday, July 15, 2013

ikut hati

well,ikut emosi diri sendiri merana kan?

this is not good.jangan buat lagi.

Monday, June 17, 2013

my man




buat abah yang disayangi


abah,
selamat hari bapa aimi ucapkan.u may not read this but i hope u always know that i really love u,no matter what.u are the best father in the world,stronger that superman,tougher than batman,smarter than spiderman and the best than the other man.aimi bukan anak yang terlalu baik dan sempurna sebab kadang-kadang dari kecil aimi pernah juga hiris hati abah.walaupun abah tak cakap tapi aimi tahu.dari kecil,macam-macam aimi pernah kena dengan abah.paling aimi takkan lupa abah pernah tampar aimi sebab suruh ambil air je.aimi kan bebal,ada je benda nak mengomel sambil hentak-hentak kaki tapi abah buat aimi jadi orang sekarang.terima kasih abah.

abah,
kita sangat serupakan?jadi,bila dah lebih kurang serupa,ala-ala buku bertemu ruas juga kadang-kadang.abah ada pendapat abah sendiri dan aimi ada pendapat aimi jadi kita akan bergaduh mulut juga tapi aimi tahu abah takkan simpan dalam hati kan?aimi minta maaf kalau ada buat abah terasa hati dengan aimi selama ini.aimi ni kadang-kadang terlalu mengikut emosi juga,bila marah kurang berfikir.cakap pun sedap je tapi memang tak ada niat untuk buat abah rasa sakit hati dengan aimi.

abah,
tahu tak kadang-kadang rasa malu jugak sebab selalu mintak duit je dengan abah walaupun aimi dah kerja tapi nak buat macam mana,abah sendiri tak sanggup tengok aimi derita kan??ewahhh.aimi selalu nak bayar balik tapi sebab abah kata,'tapelah,abah belanjalah'. jadi aimi rasa takkan nak melawan pulak kan,jadi terima je.terima kasih abah.

abah,
tak banyak benda aimi boleh cerita dengan abah selain daripada masalah duit,masalah kereta sebab kadang-kadang tak tahu nak cerita macam mana dengan abah kalau ada masalah peribadi.ada juga terasa nak bercerita dengan abah bila stress tapi tak tahu nak mula macam mana sebab abah pun tahu kan,kita jarang bercerita benda-benda pasal kawan,pasal masalah peribadi lain.tapi abah memang cool la sebab sangat updated.even wechat pun abah yang invite aimi.abah dulu yang ada tango,line,whatsapp daripada aimi.aimi memang outdated rupanya berbanding abah.

abah,
kadang-kadang bukan aimi taknak gosok baju abah tapi abah suka bagi last minit tapi aimi tetap buat kan?kadang-kadang bukan aimi taknak buat air abah cuma lambat sikitla sebab abah bagi instruction masa aimi buat kerja tanda buku.kadang-kadang bukan aimi taknak ikut abah pergi sogo tapi nanti aimi rasa jeles kalau aimi takde barang bawa balik tapi selalunya kompem abah akan suruh ambil satu barangkan?terima kasih abah.

abah,
kitakan rasa risau sangat bila abah kata abah dah pencen sebab aimi rasa macam aimi masih bergantung pada abah.aimi tak tahu apa akan jadi kat aimi kalau aimi tak nampak abah depan mata.abah,aimi harap kalau aimi dah kahwin pun,aimi harap suami aimi pun akan jaga aimi macam abah jaga aimi.aimi harap abah selalu datang rumah aimi lepas aimi kahwin tau.bawak ibu jalan-jalan.masa raya,jangan lupa bagi duit raya kat anak-anak aimi.eh,oops.hahaha.just kidding abah.

dahlah abah,yang sebenarnya nak cakap ni je.

aimi sayang abah.

dari,
anakandamuthedaddy'sdaughter bukan anacondatheblackrose

Sunday, June 16, 2013

#random

dear eyemeria,

it's quite stress in this two weeks.sometimes i really need something that can boost up my spirit to work hard and be strong.i just need to be stronger,and trust myself in anything that i do.got so many things to do in my worklist and in my mind.and sometimes i am nearly give up but still trying as long as my family and friends always together with me and give me their support.i always try but  i'm tired, both physical and mental.

i almost give up now.not sure whether i can share my problems with other since everyone has their own problem too.but i know i always have u to tell everything.i just pray that Allah always show me the right path for my future and always help me in whatever i do.

thesis,teaching,dancing,please bear with me.together we can make it ok.

thank you for listening.
aimi

Thursday, May 30, 2013

bagi bakar sikit

menyirap ke tak?jgn jeles u oll.bye

Monday, May 20, 2013

warning for distance

Distance,

No matter how far you are, you can't change the love in my heart.No matter how you envy us, the warmth in  our heart connect us each other. 

dear mr 320km away,
 I miss you.


Sunday, May 19, 2013

engkau pitam kat taman??

hi...again???hahaha.break jap from reading.ngantuk kot membaca petang-petang.well pagi tadi tiba-tiba ibu ajak pergi joging.disebabkan semalam dah tidur awal jadi bila bangun takdelah rasa macam nak tidur lagi.agak-agak rasa nak tidur lagi,syaitanlah tu.aku pun bergegas jugak tukar baju dan sempat berwhatsapp jap dengan 'kakak'di uk sementara tunggu ibu dan amir bersiap.jadi kitorang pun pergi ke titiwangsa since ibu kata kat taman layang-layang kepong tu bau busuk,tak tahan.aku takdelah nak berlari sangat sebab lutut pun tak recover lagi dari pergi larian kuala kangsar minggu lepas.jadi jog slow-slow sampai dekat dataran tengah-tengah tempat orang suka nak buat majlis kahwin,tempat orang main skate.tengah-tengah tu ada orang buat aerobik jadi pergi join.semangat sangat ni,since steps nya pun memang yang biasa aku buat untuk ajar cardio dance jadi memang naik hantu sikitla buat.berpeluh jangan kata,sampai basah baju tambah dengan panas lagi.jadi lepas dah habis beraerobik tu aku sambungla balik joging.tapi bila aku mula nampak ibu ngan amir kat bawah pokok,aku pun mula pecut ala-ala excited jumpa mak kan.sampai-sampai kat ibu lepas stop tu aku tanya ibu 'kenapa kita rasa macam mata kita kabur ya?'.ibu kata 'muka kamu dah pucat dah'. aku dah tau dah,kompem aku nak pitam ni.aku pun cepat-cepat bukak spek mata dan duduk tapi aku rasa bila duduk lagi aku nampak hitam je.ibu terus tarik scarf kepala.tapi dalam aku pitam tu,mulut aku tak berhenti bercakap sebab aku takut tiba-tiba aku terus tak sedar,jadi aku keep bercakap dengan ibu dan breathe slow-slow.dah mula rasa sejuk-sejuk tangan kaki.takleh jadi ni,aku cepat-cepat suruh ibu beli air dengan apa-apa yang manis.aku rasa ni mesti sebab perut aku kosong sebelum lari.lepas tu teroverexcited exercise.memang pitamlah resultnya.nasib baik dalam time ibu pergi ada kakak ke adik ke aku pun tak sure sebab masa dia bagi botol air tu aku nampak gelap je.sebab aku rasa duduk lagi aku rasa macam gelap semacam jadi aku terus baring atas tanah tu.lantakla apa pun,yang penting aku takut.aku cuba tak panik sebab aku ni memang easily get panic attack.especially bila tengok accident,dengar siren ambulan,terang jadi gelap.tah pe hape kan tapi itulah hakikatnya,ewah.dalam 30 minit lepas tu aku rasa macam ok sikit tapi memang kena baring lama sikit.jadi aku rasa if korang nak berexercise,sila pastikan alas perut sikit-sikit jangan kosong sangat.tapi jangan makan macam korang tak makan seminggu lak.berenang-renang makanan tu dalam perut,muntah pulak.

and maybe sikit tips lah if rasa macam nak pitam.aku takdelah pandai sangat tapi just nak share sikit apa yang aku buat.kalau salah tolong tunjukkan k.

- if mula rasa pening,gelap mata,berhenti exercise.cuba duduk dan baring.
- longgarkan baju,kasut,stokin apa yang adala.sometimes,for women,bra yang terlalu ketat juga boleh mempengaruhi.so,longgarkan semua.
- bernafas dengan perlahan, cuba jangan panik (nasihat untuk diri sendiri juga)
- rehat,tenangkan diri dan minta tolong dengan orang terdekat.buka mata,tengok sekeliling (dari awal aku pitam aku memang cuba tak tutup mata sebab aku risau aku terus tak sedar,aku memang penakut lebih)

it is best kalau pergi jog ada kawan bersama.orang kata pisang pun bagus sebab ada potassium.agak-agak ada pisang manalah tau tiba-tiba orang picnic bawak pisang,mintak sikit dan beri pada orang pitam.aku rasa memang perlu untuk belajar basic medical aid,at least ada knowledge sikit untuk quick action.

cukup dulu,banyak-banyak kang,salah informasi pulak,haha.bye

rindu ke tu?

happy weekend everyone.

macam biasa,banyak benda dalam kepala tapi tak mampu nak taip.dalam seminggu ni,memang terasa betul perkataan tu. r.i.n.d.u.gila beremosi lah kalau nak cerita pasal perkataan tu.macam kalau kita dengar kawan-kawan kita cakap 'aku rindula kat *****'atau masa ibu abah aku pergi haji dulu pun,bila aku nak sebut 'saya rindula kat mak ayah saya kak', dengan serta merta je air mata terus bergenang.nampak kan kat situ betapa powernya perkataan tu mempengaruhi emosi.

lately memang aku rindu kat seseorang ni.ewahhh,cover-cover je cakap kan.jadi disebabkan perkataan tu mempengaruhi emosi,jadi aku pun jadi cepat sentap dan hujan air mata.dulu ye ye je suka usik orang bila mandi tak basahla,makan tak kenyangla,tidur tak lenala.sekarang aku ada juga rasa sikit-sikit tapi kalau mandi tak basah tu cam melampau sikitlah.makan tak kenyang tu memangla,dah asyik mengketedarah je.setiap 2 jam asyik nak makan memang tak kenyangla.makan bukan nak roti canai je,nak kfc.tidur ada gak tak lena sebab kejap-kejap jaga tengok hp.kejap-kejap jaga tengok tab.

tapi aku perasan satu benda ni.bila kau rindu kat orang kan (mungkin ni aku punya teori je kot) kau akan rasa macam sedih semacam, kau memang akan makan 2 jam sekali tu tapi macam tawar je rasa, kejap kejap kau tengok hp takut orang tu mesej ke call ke kau tak sempat angkat.hari tu kan,aku makan ikan patin masak tempoyak.punyala sedap rasanya kan,nama pun tempoyak tapi bila aku makan rasa cam sup kosong.eh..lidah aku je ke.tapi tengok adik aku makan,sampai kuah pun habis.bila bawa kereta je,rasanya radio dah pasang kuat dah sampai volume 16 tapi kenapa rasa macam kosong je.tapi bila aku dapat detect radio tu,yang keluar asyik-asyik lagu sedih.eh kauuuu,memang nak hujan dalam kereta lah kan.pastu kalau kau simpan hp jauh-jauh pun kan,konon-konon dengan ego taknak tengok confirm lepas tu,slow-slow je tangan pergi amik semula hp letak kat depan mata.egolah sangat.

tapi lagi sentap bila kau dah rasa tak tahan nak sebut perkataan r.i.n.d.u tu, kau pun cakapla kat orang tu dan orang tu kata 'oh,ok'. *dalamhati'bolehtakkausebutperkataantubalikkataku?'

ok bye.hahaha.malulah saya.




Sunday, May 5, 2013

PRU 13

masih ada kesan dakwat di jari?

aku ada lagi kesan ni ha.memangla tak kekal.kalau kekal kang,semua pun komplen jari tak cantikla,ragu2 nak solatla.masalahnya,tak kekal pun nak komplen jugak.adoila.next pru siapa2 yang komplen pasal dakwat tu kerat jari je senang.memang kompem takde tipu tipu.pagi tadi,pada pukul 815pagi,aku dah mula beratur ngan ibu abah kat sekolah agama kat gombak ni ha.area mana rahsia hehe.memang sangat ramai orang dah aku beratur hampir 2 jam jugak.lama kan?tapi demi negara yang tercinta sanggup okeh walaupun baju dari kering sampai basah,dari lapar jadi makin lapar,dari sejuk jadi panas,dari tenang jadi meradang.eh,oops.tula siapa suruh kakak tu cut line.

well,ni first time mengundi.good experience.macam dah hari raya tengok suasana pilihanraya ni.seronok jugak tengok lampu banyak-banyak,tengok bendera banyak-banyak.tapi kadang-kadang annoying jugak ngan lagu-lagu mengundi dalam radio.hmm,sorry to say,ramai yang mengutuk sesama sendiri masa kempen pilihanraya ni.bukan kata calon je,yang bukan calon pun bercakap kalah calon tu sendiri.aku faham jugak semua ada pendirian masing-masing tapi takdelah sampai bergaduh buka pekung masing-masing.takkanlah sebab nak pilih parti sampai bergaduh adik beradik,keluarga,sedara mara dan kawan-kawan kan.negara kita negara demokrasi,siapa yang menang kita terima jela dan berdoa semoga yang menang tu akan memajukan lagi negara kita,tak kisahla parti mana pun.lagipun kita ni kan rakyat Malaysia,kena bersatu untuk negara.kalau hubungan sesama sendiri pun porak peranda,macam mana nak pertahankan negara.

malam ni akan dengar keputusan PRU 13.apa pun keputusan jangan gaduh-gaduh okeh.sayang sesama insan.gitewwww.dan berharap juga,lepas setel semua pilihanraya ni,bendera-bendera yang atas pagar,atas pokok,atas kabel letrik,di mana-mana pun tu setelkanlah jugak.sebelum pilihanraya bukan main sanggup gadai diri gadai masa letak bendera.dah habis kutipla semula kan.agak-agak taknak simpan hantar gi jahit selimut kereta.bagi bersih sikit,clear sikit mata dari tengok bendera merata-rata.cam temasya sukan pulak.

just my 2cents.

love Malaysia.

Tuesday, March 26, 2013

segan

hi peeps..

hai hai hai.segan rasanya nak menulis semula.dah lama sangat tak update.tapi bila fikir,seronok sebenarnya bila tulis momen-momen yang boleh diingati.mana tahu,satu hari nanti,boleh baca semula,teringat semula apa yang jadi dalam hidup ni.jadi hari ini, aku menulis blog ni semula.entri pertama dalam 2013.banyak benda jadi selama tak menulis blog ni,banyak benda patut share,tapi tak apa.kita teruskan sahaja.harapnya tahun 2013 ni akan jadi tahun yang lebih baik dengan sikap yang lebih baik,usaha yang lebih baik,kesihatan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih baik.

aku baru nak mula menulis tesis semula.semula ya.setelah lama dah meninggalkan segala hal tentang burung tu.dah lupa segalanya.jadi bila nak menulis semula,rasa tak yakin,rasa bodoh,lupa.dan dalam tak sedar dah setahun jadi cikgu.macam-macam perasaan bila jadi cikgu.terlalu sibuk kehidupan.masa pula semakin hari semakin cepat.umur pun makin lama dah meningkat.setiap hari bangun tidur tak pernah tak ada rancangan untuk hari tu.penuh setiap hari.kadang-kadang rasa diri pun tak terurus.belum kahwin lagi.tak tahula sedia atau tidak untuk berkahwin.kalau kata nak tu memangla nak,tapi macam-macam halangannya.jadi biarla bersabar dulu.ada rezeki,ada jodoh,adalah.tesis pun tak siap-siap lagi,macam mana nak kahwin kan? :)

sekarang pun rasa macam gelandangan kadang-kadang.tak tahu nak menetap kat mana.kejap nak duduk rumah sewa sebab dekat dengan tempat kerja tapi macam tak berbaloi jugak.duduk di rumah dengan family pun susah juga,tak boleh lansung buat kerja.tv terbuka 24 jam,ada je kerja lain nak buat kat rumah ni.jadi rasanya baik kalau aku menyewa di kolej semula.semula ya.ulang semula apa yang aku buat dahulu.duduk di kolej,mulakan diet semula (dah gemuk balik,adoila),joging,menari dan swimming,dan buat tesis yang berhabuk dah.cuma bezanya sekarang aku bekerja.waktu akan jadi sangat padat dengan macam-macam kerja.harap semuanya akan berjalan lancar.betul2 kena buat apa yang telah aku rancang.harap ramai yang yang akan doakan aku cepat habis master ni.dan kahwin.eh.

dulu aku memang dah nekad nak jadi agronomist.sekarang dah hancur dah nekad tu.sejak dalam profesion guru,rasa macam nak jadi guru.tapi aku sendiri tak pasti betul ke jalan yang aku pilih ni.atau ada jalan yang lebih baik untuk aku.sebab dari kecil,aku memang tak suka nak jadi guru,aku pun tak tahu macam mana aku boleh pulak bertahan jadi guru ni.bidang yang aku belajar pun tak sama.sepatutnya aku jadi saintis burung tapi jadi cikgu pulak.patut kena buat istikharah banyak-banyak ni.masa depan bukan main-main.kena betul2 target.aku ni kadang-kadang target benda lain tapi nanti jadi benda lain.tu yang susah tu.doakan aku berjaya okeh.

nak sambung buat tesis semula.doakan kejayaan aku.bye.