Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Tuesday, September 21, 2010

beraya bersama kanak-kanak istimewa

korang pernah beraya bersama-sama kanak-kanak istimewa??i mean,kanak-kanak istimewa tuh bukanya jenis yang genius gila tak hengat macam adi putra,safiah ke..tapi kanak-kanak yang lain daripada yang lain sebab tuhan dah kurniakan mereka sebegitu..kita orang yang normal nih kena menerima mereka macam tuh.ada yang disebabkan dari lahir,ada yang disebabkan masa kecil..ada yang disebabkan demam panas,ada yang disebabkan down syndrome,ada yang disebabkan autisme,ada yang kurang upaya..macam-macam sebab.tapi diorang lah yang tuhan memang janjikan syurga.yang kita orang normal nih memang banyak dosa,kena hitung banyak kali sebelum nak masuk syurga.diorang nih lain..takde hitung-hitung,terus je.itulah keistimewaan diorang kot.

mesti pelik apehal tiba-tiba nak beraya dengan kanak-kanak istimewa kan??bajek artis je,masuk tv sebab gi beraya rumah kanak-kanak istimewa,nangis-nangis..mungkin korang tengok macam fake je nak nangis-nangis tuh kan.tapi once korang dah berada kat situ,korang rasalah.memang kelakar,rasa nak gelak,tapi bila korang tengok muka-muka diorang,terus sayu..sebak woo..actuallu,adik aku adalah salah seorang kanak-kanak istimewa tuh.ingat senang nak jaga dia??ibu aku je yang tabah yang boleh jaga dia.perlu tahap kesabaran yang tinggi tau tak.aku pun jenis cepat je rasa nak marah kat adik aku nih.tapi tengok ibu jaga macam mana,cool je..serius memang kalah..pernah aku rasa macam tak suka gila kat adik,tapi bila dah reda marah,tengok muka dia,terus sebak,sedih sebab dia istimewa.terus sayang balik.tapi kalau buat perangai depan orang ramai,memang nak marah gakkan...

tape..tengok lu gambar kanak-kanak istimewa ni...dengan keadaan masa jamuan raya tuh..sebab kitorang satu family jadi sukarelawan untuk program tuh:)

adik bawah aku jadi dj sukarela,poyo je,putar lagu tah pe hape..tak boleh terima
cis..mata tutup pulak..yang baju kuning itu adik bongsu..yang baju ungu tu adik aku yang istimewa

YB tengah berucap..bestlah YB nih..eh,bekas YB..siap tolong buat kerja tuh,memang tak sombong
jamuan ni memang involve pelbagai bangsa.memang satu malaysia.cina dan india pun ada yang jadi sukarela jugak.sangat bangga jadi rakyat malaysia.

ramai kan yang datang???kalau sesiapa yang tau pdk (pemulihan dalam komuniti) ni,aku dah ajak dah..ehhehe

yang baju hijau ni namanya along.dia memang suka orang belai-belai kepala dia.nanti dia akan ambil tangan sape-sape dan letak atas kepala dia.
ini tak tau apa namanya..duduk je,lansung tak bercakap atau buat apa.duduk tegak macam ni je.

nampak tak ni??susahkan nak jaga??ini faid.dia pantang dengar lagu,terus bangun nak menari.masalahnya,nak menari sambil nak lompat pagar..habis semua orang tahan,tarik dia tak bagi lompat pagar..adoila

ini aiman..pantang dipuji,asyik nak gelak je.masa ni,ibu aku puji dia,terus mengekek dia gelak.

aku jumpa something!!ini kolaj adik aku buat..hoho,bangga pulak elok je dia buat love paling merah dari orang lain
ini pun tak tau nama..senyap je dia
gelagat dua kanak-kanak istimewa saling salam tangan selamat hari raya

adik nih main kereta je..

ternganga dia masa nak ambik gambar.terkejut kot aku tibe-tibe je muncul ambil gambar dia

tengok,kan dah cakap dia suka orang pegang kepala.tiba-tiba dia datang kat aku,ambik tangan letak atas kepala.patutlah adik aku pun suka orang pegang kepala dia.macam belai kepala,gosok-gosok.

ayah dan adik aku melakukan kerja..rajin lak diorang nih.kalau kat rumah takde pulak.konfius..hahhaha

ibu di tengah-tengah..banyak gila ibu makan tapai..rilek je

cikgu-cikgu selepas jamuan habis..apa benda lah yang dicerita tuh

semua berjalan lancar.tak ada kanak-kanak yang buat hal hari tuh.semua dapat duit raya dan barang-barang macam-macam..hoho,aku lah yang menghabiskan air kotak milo yang adik aku dapat sebab adik aku tak suka susu.yeay!banyak gilos duit raya dia..jeles,jeles..masa YB berucap cakap kanak-kanak nilah yang akan menjadi penghuni syurga,terus adik-adik aku ngan abah pegang amir,sambil ckp nanti bawak diorang masuk syurga sekalik.jangan bawak kakyong (akulah tu) sebab kakyong suka marah-marah..ciss..siot je.diorang take advantage tak boleh blah.padahal amir paling suka aku sebab dia selalu cakap 'ayong awa..hmm...awanyeee'..paham tak?meh aku translate.dia cakap,'kakyong lawa..hmm..lawanyeeee'..hahhaha..ada dia cakap kat yang lain hensem??tade kan?hahahhaha..
walau macam manapun,aku tetap sayang amir walaupun dia suka mengamuk tiba-tiba,suka buat hal yang buat malu sebab nak tarik perhatian.tapi nak buat macam mana.kena terima lah kan.

sayangilah dan kasihanilah mereka.sumbangkan bantuan atau hulurkan sumbangan pada mereka kalau kita ada rezeki lebih:)







3 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

ouh.. kamu ada adik yg istimewa. agaknya kalo xde adik yak istimewa.. ada sambut raya x ngan dorang ni?? shin nak jugak la join... tp sbb x tau camne.. lagiplak.. shin xde ahli keluarga yak istimewa.. mungkin kalo ada kawan2 yg aktif ngan benda camni.. baru leh join kot.. umah org org tua pun shin dah lama xpi.. org yg slalu bawak pun xde pegi dah.. ngee~

btw.. selamat hari raya.. semoga sihat seisi keluarga

Eyemeria said...

hehhe...before nih pegi jugak rumah kanak-kanak hiv..ayah pon ade pegi rumah anak2 yatim..rasenye kalau tade adik istimewa pon akan pergi jugak kot tempat2 camni..lain perasaannye bile ngan diorang

selamat hari raya!!

Unknown said...

wah..bestnye..
terharu tgk gambar2
love it!!

:)