Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Saturday, September 4, 2010

surat raya untuk maman

ke hadapan maman,

awak sihat ke?saya di sini sihat.lama tak jumpa awak kan?dulu masa saya jumpa awak first time,awak suka cover muka awak dengan rambut awak yang panjang.awak juga sangat senyap dan bila saya buat-buat ramah mahu tanya-tanya,awak jawab sepatah sepatah sahaja.mesti awak malu sebab awak sorang je laki dan saya sangat comel banyak-banyak tanya pada awak kan?(sampai sini perasan).dulukan saya ingat awak adalah boyfren kawan saya.sebab kamu berdua sangat sweet gitu.oh,rupanya tidak.ingat tak masa makan first time,awak cakap awak nak makan sayur je.terus saya rasa macam saya sedang dipermainkan.sebab lepas itu saya tengok awak makan je daging.awak tipoo saya.hukhukhuk....

lepas tuh,terus saya tak jumpa awak dah..tapi lepas itu,awak ajak keluar sekali.ohohoh..setelah sekian lama tidak berjumpa awak,berjumpa jugak di klcc.oh,rambut awak sudah pendek sedikit dan saya sudah boleh tengok muka awak dengan jelas.ok,sekarang awak tak tipoo dah sebab awak makan ayam penyet dengan suka ria sekali tanpa menyebut sayur sahaja.ingat tak citer toy story tuh?kelakar kan..oh,lepas ini sila belanja lagi ye.tiba-tiba nak jadi jahat jadi pengepau.(boleh kan,kan kan...............).jika mahu jalan-jalan lagi lepas ini,saya mahu pakai kasut!sebab best tuh boleh jalan kaki menyusuri lorong-lorong.saya suka jalan.lain kali dan selepas ini kalau keluar berjalan lagi,kita bawa kamera ya.boleh tangkap gambar jauh berjalan dan ragam2 orang.

oh,sempena bulan ramadhan ini,saya ingin mengucapkan selamar berpuasa,selamat bersahur dan selamat berbuka.jangan ponteng puasa ye..tak lama lagi mahu raya.jadi dengan ini saya ingin mengucapkan sepatah dua kata.
-selamat hari raya maaf zahir dan batin dari hujung kaki hingga hujung kepala
-jemputlah beraya di rumah
-jangan main mercun raya ini
-makan kuih banyak2
-last but not least,gunting rambut raya..oops

sebelum mengakhiri surat ini,izinkan saya berpantun.

ada ubi,ada batas
ada hari,boleh balas

pen merah,pen biru,
u marah,i tak kawan u

pecah kaca,pecah gelas,
sudah baca,harap balas

sekian,terima kasih.selamat menyambut aidilfitri mulia.

yang benar,
eyeme

2 comments:

hanis aleeya aka gadis sepi said...

hahaha.. ni surat zaman kanak2 ni..

Eyemeria said...

tingat dolu2,tulis atas kertas kajang.siap ade lukis2 dan tulis biodata