Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Monday, January 3, 2011

being a cool sister with three tough brothers

hey,sudah 2011. umur bertambah tetapi hati masih rasa muda.sentiasa rasa muda sehingga rasa macam anak bongsu.padahal tak sedar diri kakak sulung.tetapi,rasanya adik lagi matured dan rasa macam ada abang.cool kan ada adik macam tu?baru rasa macam muda sentiasa.boleh manja-manja dengan adik-adik.menjadi seorang sahaja perempuan dalam empat orang adik beradik adalah gembira.tapi kadang2 tak best.tak boleh kongsi-kongsi main anak patung ke, mekap-mekap ke,tukar-tukar baju ke.tak boleh nak gi beli tudung sama-sama,tukar-tukar pesen baju arini ko pakai baju aku,esok aku pakai baju ko pulak.tapi bila sorang-sorang perempuan,ada manyak syok.ko boleh pakai tshirt adik tapi adik tak boleh pakai baju ko.ko dapat kasut,adik pun dapat kasut.tapi bila ibu beli rantai,gelang cincin semua,adik-adik tak dapat.syokkan.

zaman kecik-kecik dulu,tak adela nak main anak-anak patung barbie ni semua.apa barang beb.cover ok padahal abah tak belikan pun sebab mahal. sebab yang lain semua lelaki,jadi lagi best main rumah-rumah.habis kerusi rotan yang ada diterbalikkan,ikat,letak cadar kat atas jadi bumbung.pastu susun-susun kusyen untuk berehat.dah bosan berehat dalam rumah tipu-tipu main pulak hempap-hempap ala-ala rikishi menghempap the rock.style ok.masa kecik,selalu gaduh dengan amar.sebab dia sangat mengada.aku nak selimut biru,dia nak jugak.last-last aku jugak yang kena hanger.tak fair ok.mencik.tiga hari ada bentuk hanger kat belakang badan.

ada adik-adik lelaki yang tough juga sangat best.dan adik yang KAYA macam amar.sekarang adi pun dah kaya.amir pun kaya tapi semua duit dalam bank ibu yang simpan.kakyong je yang tak kaya.jadi kayong boleh mintak duit daripada adik-adik yang KAYA.kelmarin,lepak bersama.best dan sangat rindu dengan adik-adik.kau gaduh macam mana pun tapi tetap adik beradik.kau benci macam mana pun tapi tetap adik beradik.bila duduk sekali,rasa macam nak lepak lama-lama.banyak benda nak cerita.banyak benda nak ungkit.banyak benda nak tanya.'duit ko banyak lagi ke?gf ko macam mana sekarang?nanti kita pergi jalan-jalan nak tak?kau kata nak belanja kenny rogers kan?kau kata nak belanja kasut kan?' nampak kan di situ betapa materialistik nya kakak ini?wateva,korang sayang kak yong kan?nanti kakyong belanja eh?

bila seorang adik dah nak balik sekolah hari ini,terus perasaan baur-baur mata kaca-kaca bila balik bilik.sebab adik semua lelaki,mana boleh touching-touching,nanti tak macholah.jadi mari menangis di bilik sahaja.being seorang shj gurl in family juga rasa sgt protected sebab ada adik-adik yang macam bonzer.pergi mana pun,orang kata aku macam adik.jangan jeles amar:p.

ini secara ekslusif nak cakap.love ya brothers!

No comments: