Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Monday, April 4, 2011

Karangan bertajuk 'Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan'

Pada 21 Mac yang lepas, saya bersama dua orang rakan iaitu Ika dan Kak Cik telah terbang ke Kota Kinabalu, Sabah.Walau bagaimanapun,kami tiba dengan penerbangan yang berlainan kerana saya dan Ika menaiki penerbangan bersama Firefly manakala Kak Cik menaiki penerbangan Air Asia. Kami tiba lebih awal dan disambut dengan jelingan dan pertanyaan seperti kami berdua budak sekolah yang ponteng sekolah dan bercuti membawa beg-beg yang besar serta menginap di hotel mahal.Oleh kerana kami tiba pada masa berlainan,saya dan Ika telah mengambil keputusan untuk bersiar-siar sekitar kawasan hotel.Setibanya Kak Cik di hotel,kami terus menyiapkan diri,makan dan mengambil gambar di sekitar kawasan berdekatan hotel.


oh,lupa ada letak gambar.di belakang saya dan kak cik adalah hotel promenade,tempat kami menginap.


Pada malamnya,kami telah dijamu dengan makanan-makanan yang lazat oleh Nuzul,rakan kami yang bekerja di Kota Kinabalu.Terima kasih kerana telah membelanja kami makan.Anda sangat hensem,Nuzul.

Keesokan harinya, setelah check out dari hotel,kami terus mengambil teksi untuk ke Mesilau Nature resort. Di situlah kami akan menginap dan memulakan perjalanan menuju Gunung Kinabalu.Makanan yang dijamu di sini juga sangat menyelerakan dan membuka selera.Tambahan pula,keadaan dan suhu di sana yang amat sejuk sangat meransang selera makan.*Sejuk gila nak mampus sampai tak nak mandi*


Hari ketiga.Bermulalah perjalanan untuk menuju puncak.Gambar di atas menunjukkan kami bertiga yang kelihatannya sangat gembira dan sangat bersemangat untuk mendaki walaupun persediaan yang dilakukan sebelum mendaki hanyalah picisan sahaja dan semangat semata-mata.Senyuman diukir dengan bahagia tanpa mengetahui apakah halangan dan rintangan yang bakal dilalui.*jeng jeng jeng*


Ini adalah antara jalan yang kami naiki.Buat pengetahuan semua,terdapat dua jalan untuk memulakan perjalanan mendaki iaitu Timpohon dan Mesilau.Oleh kerana ingin melihat pemandangan yang cantik walaupun jalan yang bakal dilalui lebih sukar dan jauh,kami sanggup mengikut jalan Mesilau.

Di saat-saat awal memulakan perjalanan. Lupa nak memperkenalkan guide merangkap porter barang-barang yang kami yang berat gedabak,Jamil.Jamil yang berbaju biru itu.Ternyata stamina yang kuat dan mentaliti yang positif sangat diperlukan ketika mendaki.Oh,jangan lupa makanan dan air.Energy bar nampaknya sangat membantu,mudah dibawa dan dimakan bila-bila masa sahaja.

Oleh kerana hujan yang kadang-kadang lebat dan kadang-kadang renyai,maka kami harus memakai baju hujan semasa mendaki.Walaupun mental makin negatif,tetapi bila ternampak kamera,posing itu wajib.Penat macam mana pun wajib ada kamera untuk memberi semangat.

Kecomelan harus ditunjukkan walaupun sangat selekeh.Tetapi kerana pemandangan sangat cantik,kecomelan itu nampaknya tenggelam sedikit.Pemandangan yang sangat cantik tidak dapat digambarkan dengan kata-kata di sini.Nak tahu,pergi sendiri.Seperti berada di taman larangan Dinasti Han.Dengan awan berkepul-kepul di sekeliling,rasa macam nak duduk kat situ je.Rasa macam dalam komik Dragon Ball pun ada.

Sempat makan tengahari di salah satu pondok.Senyum itu wajib walaupun penat dan bagai nak pengsan di tengah jalan.Kalau pengsan,nampak kamera pun sempat tersenyum dan posing lagi.Baju juga sudah basah kuyup walaupun pakai baju hujan.Sampai koyak-koyak baju hujan dipakai.Pisang goreng juga dijadikan objek untuk memberi semangat supaya kami berjalan dengan lebih cepat dengan harapan boleh makan pisang goreng semasa di Laban Rata walaupun kami tahu takkanlah ada pisang goreng di sini kan.

Setelah 9 jam berjalan dari Mesilau,sampai juga kami di Laban Rata iaitu rumah penginapan untuk berehat sementara menunggu masa untuk mendaki puncak pada awal pagi nanti.Kami tiba di Laban Rata pada pukul 6 petang dan terus makan dan bersiap-siap untuk tidur kerana perlu bangun awal untuk makan dan mendaki puncak.(Hey,kat sini ada pisang goreng ok!!!!!!!)

Lebih kurang pukul 245 pagi,kami bersama pendaki-pendaki lain memulakan pendakian kami.Ketika ini,headlamp sangat diperlukan untuk menerangi jalan.Jangan lupa memakai baju tebal kerana sangat sejuk.Berjalanlah dengan mentaliti yang kuat sebab sesiapa yang down ketika ini,memang sukar untuk tiba ke puncak.

Alamak,salah turutan gambarlah.Gambar di atas ni selepas sampai ke puncak dan mahu turun.Tapi,sebab dah ada,tengok sajalah ya.

Kami berjaya menawan puncak!!!Tapak kaki juga sudah ditinggalkan.Kepada sesiapa yang akan mendaki puncak selepas ini,sila cari tapak kaki saya.Rasa macam nak menangis pun ada bukan sebab terharu tetapi sebab fikir 'kenapa aku buat benda ni?bukan patut aku pergi fakulti ke hari ni??'..tengok,setanlah tu yang sibuk nak pancing saya.Saya terus berfikir secara positif balik.Ye,mission accomplish.Ini adalah salah satu pencapaian terbaik dalam hidup saya.Saya bangga dengan diri saya sendiri.

Gambar menunjukkan saya berada di 'Danger Zone'.Kalau jatuh di sini,rasanya sampai bila-bila tak jumpa dah.Ngeri bukan?Ketika ini,dah rasa sangat semangat nak turun sebab dah berjaya menawan puncak.


Selepas turun dari puncak dan makan pagi di laban rata,kami memulakan perjalanan turun melalui jalan Timpohon.Sila lihat gambar di atas.Dan kami tiba di Kinabalu Park hampir pukul 4 ptg.selepas makan,kami terus menaiki teksi dan pulang semula ke bandar KK.

Kaki dan badan sangat penat sehingga mahu demam.Saya berjalan seperti badut,terkengkang-kengkang,terhencut-hencut.Fobia pada tangga tidak dapat dibendung lagi.Tidak sabar rasanya untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Ketika dalam penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

Rasanya sampai di sini dahulu karangan saya.Sekiranya ada maklumat atau input yang tidak diberi,akan saya tulis pada entri yang lain.Sekian dahulu dari saya.

Terima kasih.


3 comments:

Kasih Suci - Mama Damia said...

wah seronoknye dah tawan gunung kinabalu...syabas dan tahniah...cantik betul pemandangan kat puncak tu ye..

Eyemeria said...

hehhe..tq kakak kasih!!!!:)

noyuaida said...

seronoknye baca pengalaman kak aimi ke sana..kena booking dulu ke kalau nak daki gunung tu?ley tak wat entry sal budget?hehe