Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Sunday, October 31, 2010

KEGUGURAN

hi hi hi...

beberapa hari tak godek-godek conteng-conteng blog nih..adoilah..serabai je rasa sampai nak update blog pon rasa serabai..ini semua KEGUGURAN punya pasal..eh tak tak tak..bukan keguguran baby,keguguran rambut..fening beta pikir cara nak kurangkan keguguran ni..berkepuk rambut dalam tangan.kalau sehelai rambut tuh seringgit,rasanya dah jutawan dah..see,boleh bajek tak banyak mana yang keguguran?

scary ok bila tengok rambut keguguran macam tuh?takkan sebab aku fikir banyak jadi macam tuh?ke hormon tak stabil?ke....adeh,dah mula macam-macam pertanyaan la nih...ok,positif-positif..agaknya sebab rambut lebat sangat maka nak nampak cun lagi supaya tak mengerbang semacam,jadi,rambut tuh gugur sendiri supaya potongan rambut terus jadi ok.*positif sangat lah kan*

ada cara tak nak bagi kurangkan gugur ni..tradisional ke,moden ke..tak kisahlah...

Thursday, October 28, 2010

kau tak puas dengan satukah?

warning:ini entri emo power ranger biru yang dah tukar jadi raksasa


kenapa kau lelaki 1 dan lelaki 2?tak puas dengan satu?gf dah ada,nak apa lagi?kekasih gelap?walaupun aku gelap,aku bukan kekasih anda-anda.jadi sila faham.kalau tak faham bahasa melayu,nanti aku buat bahasa isyarat.mungkin anda-anda lagi faham dengan isyarat tangan?

yang sorang suka marah-marah tak kena tempat.kau apahal pon tak tau.kau pun keluar period jugak ke nak pms tak tentu pasal?sila faham di sini,kau jugak yang cakap aku cuma kawan kau,then,yang kau macam tak puas hati je bila aku keluar sini sana dengan kawan-kawan tak kira lelaki atau perempuan kenapa?bila aku tanya aku nih siapa pada kau,kau jawab kawan.lepas tu kau boleh tambah lagi,yang kau sayang aku lebih dari kawan.eh,kau ke aku yang jiwa kacau nih?sekejap cakap macam ni,kejap cakap lain,macam kaplamyanga lah kau nih.aku nak mencarut kat kau pun ada..nasib baik aku ada sabar lagi ke.kalau tak,habis dah aku hambur.dahlah,aku tak mahu lagi.sila sayang gf engkau sahaja.


yang sorang lagi pun tak faham bahasa.encik,anda sudah mahu berkahwin,mahu apakah lagi?semua persiapan pun dah dibuat.tiba-tiba kau cakap taknak kahwin pula.kau tak kesian ke dekat gf kau?yang akan jadi bakal isteri kau.aku dah taknak layan kau pon kau tak faham bahasa lagi.macam mana nak jauhkan diri dari kau.kau nak aku datang kenduri kahwin kau,aku leh je nak datang.masalahnya,kalau kau buat pasal pulak tengah-tengah kahwin tu memang aku awal-awal balik rumah dari gi kenduri kau.gf kau dah puas nangis-nangis sampai mak kau pun dah tau.kau memanglah tak kisah orang lain,tapi hati orang lain ada kau kisah?aku pun bodoh pergi keluar dengan kau awal-awal dulu sebab aku anggap kau kawan,mana aku tau kau ada hati dekat aku.kenapa kau mesti ada hati dekat aku sedangkan kau tau kau ada gf dan dah nak kahwin pun.kau janganlah macam-macam.buang je nama aku,perasaan kau pada aku supaya bila kahwin,kau bahagia dengan bakal isteri kau.sebab aku tau,bakal isteri kau sangat sayangkan kau dan aku nih tiada siapa-siapa.sila pentingkan keluarga dan gf kau dari pentingkan aku yang picisan ini.sebab bila kau terlalu sayangkan aku,aku juga possible untuk sayangkan kau,jadi baik aku awal-awal lari dulu.dahlah.sila buang aku,jangan sayang aku lebih dari sayang kepada gf kau.


feel like crying.kenapa aku kena involve benda-benda macam ni.eh,dah takde lelaki single ke kat malaysia ni?ok,move on aimi.think positive.setiap yang berlaku ada hikmahnya.sekurang-kurangnya kau tahu rupanya ramai yang sayang kau,tak kira lelaki orang ke,anak orang ke.jadi,sila move on!


*harus positifkan balik cas negatif ni*

Wednesday, October 27, 2010

Diet mengikut cara Rasulullah

Diet Rasulullah


Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

sangat menarik artikel ni..actually this article had been copied from facebook,dari my friend's page..sangat berguna.and i'll try this diet too...

bukan dua tapi tiga *hati bunga bunga*

oh..tajuk itu memang membuatkan hati aku berlagu riang rasa macam nak nyanyi-nyanyi sambil buat aksi comel-comel..*muntah*..semuanya disebabkan ini->
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ini alien ke?bukan ok..ini anak helang...on the spot letak watermark di situ bajek ada orang nak curik gambar.

last week,aku pergi observe nampak 2 ekor je,but then tiba-tiba minggu nih,3 ok!oh,i'm glad to have three chicks to take care of..asalkan mereka membesar dengan sihat dan kuat..interesting when you see a mother feed its chicks..helang pun ada tanggungjawab dan perasaan sayang kat anak sendiri.tak paham kenapa manusia sesuka suki nak abort baby,buang baby,dera anak..ish ish ish..

mesti ada yang akan cakap 'pompuan ni gilo ko,obses gilo kek burung'..like i care..diharap minggu depan datang site,anak-anak semakin membesar dan akan belajar terbang:)

Thursday, October 21, 2010

video clip of the day..*guling-guling aku nak paham*

hello peeps...this video clip really make my day...tak tahan nak gelak guling-guling dan terbuntang mata aku tengok keseksian penyanyi-penyanyi nih..gilo ko,nik aziz tengok kompem pengsan..adehlah..gelek kalah inul ok..adeh adeh..

entah sape-sapelah yang nyanyi nih...pening aku nak paham sebab aku bukannya orang kelantan dan memang faillah bila kawan-kawan aku cakap kelantan..tapi sebab aku minat kat orang kelantan minat nak paham,berusaha aku translate kan benda alah ni ok...*pengsan*..dah-dah,korang lak guling-guling tengok eh...




psstt:memang kena gelek seksi-seksi ke kalau nak buat video klip??

biru mata hitamku

hello hello....

tiba-tiba tajuk nak gempak je..walaupon aku power ranger biru,tak semestinya mata yang hitam nih pon tukar biru..tapi memang teringin sangat nak pakai lens colour biru ok.dari start aku pakai lens berkaler-kaler nih,selalunya akan pakai brown je and the colour suits me best..pernah pakai hijau but i don't think the colour suit me..buat muka yang gelap ini makin gelap...then,before raya,i bought the geo lens in grey colour dan rasa ok jugak..sebab takdelah nampak weird sangat..dah beberapa jenama lens jugak dah try..but i used to wear freshkon most of the time..sometimes freshlook but tak banyak colour lah yang menarik hati.then,pernah jugak pakai blincon.ala,yang tiga bulan punya tuh..ok jugaklah,cuma rasa macam lama sangat pakai dan bosan.then,baru nih try geo lens.

tiba-tiba bulan lepas kot ke bila entah,ada promotion lens kat mid valley..and freshkon got new colours for their lens!!!suka suka!!!ada empat colour baru yang ada and i chose glittering blue from the sparklers series!!!yeay,nak try colour biru..but not bad..suka pulak.bila orang tengok muka dekat-dekat baru perasan mata kaler biru.if tengok dari jauh tak perasan pon.just like natural eyes.seriously....and after this will try brilliant brown pulak.

me wearing 'glittering blue' lens from freshkon

hey,u can give a try too..check this website for more info aite

Wednesday, October 20, 2010

for cat's lover!





i just upload the pics of the cute little cat and a grunge black cat and all this pics were captured during my fieldwork in gombak recently.

=)

Monday, October 18, 2010

sebelum dan selepas


before it blooms


pic taken one day after..it blooms!


this pic was taken at Carey Island using my 500D.

Thursday, October 14, 2010

nama-nama Allah sebagai amalan harian

assalamualaikum dan dan bagi salam sebab tajuk entri macam baik gilos

kalau masih ingat, masa sekolah agama kecik-kecik dulu,selalu kena nasyid asmaul husna.aku pun pandai berlakon jugak.walaupun dulu pengawas sekolah agama,makanya kena berdiri di bahagian tepi.aku selalu lupa bacaan asmaulhusna ni makanya aku akan miming mulut sahaja.kalau ustaz ustazah suruh aku nasyid sorang-sorang memang aku lariklah..muka yakin je waktu miming.agak-agak ada orang perasan yang aku macam tak reti je,terus buat-buat macam batuk-batuk atau bersin atau menguap.konon-konon bila buat macam tu macam mana nak sebut kan????dalam hati rasa macam sangat bodoh sebentar sebab tak reti asmaulhusna.nasib baik ustazah tengok aku macam hebat je kan,siap boleh nasyid kuat-kuat lagi masa yang awal-awal bacaan tu.tu jela yang kau tau kan aimi.

oh,tapi selepas itu insaf ok.terus try hafal dan terus terer.sekarang cuba suruh aku lagukan balik bacaan asmaul husna.
nama-nama Allah ada 99.pernah dengar tak pasal tulisan pada tapak tangan?belah kanan tunjuk angka dalam bahasa arab-18 dan sebelah kiri pulak tunjuk 81 jadi bila campur dua-dua jadi 99.sangat misteri bukan?serius,sangat takjub dengan ini.tau tak,sebalik nama-nama Allah ni banyak yang kita tak tahu tentang misteri yang ada pada nama tu.aku juga tak tau.tau nasyid je..jadi bila aku dapat satu buku kecil terkandung nama Allah dan khasiatnya,aku rasa we should share something here..ini antara 10 nama-nama Allah dan khasiatnya:)

YA RAHMAN-500x after solat,maka hati akan jadi terang.tenang,tak lupa dan gugup akan hilang dengan izin Allah

YA RAHIM-100x setiap hari, insyallah akan mempunyai daya penarik sampai orang lain merasa cinta dan kasih serta sayang pada kita,juga memberi kemudahan

YA MALIK-121x setiap pagi,pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah

YA QUDDUS-100x setiap pagi selepas tergelincir matahari, maka setiap hari akan terjaga dari semua penyakit hati (sombong,iri hati,dengki dan lain-lain

YA SALAM-136x,insyaallah jasmani dan rohani akan terhindar dari segala penyakit hingga badan menjadi segar sihat dan sejahtera.

YA MU'MIN-236x, insyaallah keluarga dan diri sendiri dan segala kekayaan yan dimiliki akan terpelihara dan aman dari segala gangguan

YA MUHAIMIN-145x selepas solat fardhu isyak,fikiran dan hati akan tenang,bersih dan terpelihara

YA AZIZ-40x lepas solat subuh, insyaallah akan jadi orang yang mulia, disegani orang juga akan mendapat pertolongan Allah dalam hidupnya

YA JABBAR-226x pagi dan petang, semua musuh akan tunduk dan patuh dengan izin Allah

YA MUTAKABBIR-dibaca dengan sebanyak-banyaknya maka dengan kebijaksanaan bertindak,akan menundukkan semua musuh.

marilah cuba amalkan..bukan pada korang je,pada diri sendiri pun aku nak seru juga supaya amalkan nama-nama Allah nih.thank you to my beloved cousin,aween yang bagi buku kecik nih masa akad nikah dia.sangat useful!ai like!

Tuesday, October 12, 2010

a bee looking for pink flowers

hello peeps..

seems like a long time since i didn't update the 'Appreciation to the nature' for the next part aite..for this time, i just manage to upload the pics of a bee looking for pink flowers. this pics were captured during my fieldwork to Carey Island where oil palm plantation dominated most of the island.the pink flowers was planted in purpose as beneficial plant in controlling pest in oil palm plantation. while observing the Black-shouldered Kite on electrical pole in the area of young oil palm next to main road, i saw a few bees searching for nectar and a bee caught my eyes as it kept flying around the area where i was standing..i took my 500D and snap the pics..hey,i was using 18-55mm lens only so i have to be very careful to approach it and avoid myself from got stung by da bee..

so,here the piccas...:)







psstt::i think this kind of bee like pink colour and thank god i'm not wearing pink that day!

Monday, October 11, 2010

DELIMA pulak kali ini *pengsan*

salam all..

how's your day?semalam tarikh 101010,tarikh cantik tapi hari anda cantik tak?semalam apa yang jadi eh...hmm,semalam 101010 aku sebagai power ranger biru telah melaksanakan misi menentang raksasa jahat tapi takdelah boleh tentang pun sebab raksasa nampak sangat ganas dengan kepala botak dan misainya.jadi,walaupun tak menentang tapi misi berjaya dengan sedikit bukti gegar yang ada.(power ranger pon menggeletar ok).
 semalam juga majlis perkahwinan angkasawan negara dengan pilihan hati,Dr harlina.terus datin ye.tengok wedding besar2 macam ni,terfikir jugak berapa nilai yang dia habis.RM1000000??atau lebih.dengan tema kayangan,memang gempaklah.tapi suka tengok Dr Harlina yang murah dengan senyuman.nampak sangat santai dan sempoi cuma dato SMS je yang macam formal sangat,serius dan kontrol sedikit..public figure..harus begitu..tetamu2 pulak semuanye vvip,jadi harus formal semuanya.
ok,yang ini sangat tak boleh tahan.kejadian yang berlaku di highway utara selatan.ok,terus terang aku beritahu,aku fobia baca suratkhabar dan tengok berita sebab banyak kes-kes macam ni.aku memang tak baca pun pasal kejadian ni tapi terdengar pulak orang cerita dan tunjuk gambar di FB dan terdengar berita kat radio.kali ni bas jenid DELIMA pulak.ok,sekarang mula dah psiko.tak mahu naik bas ekspres.adakah sebab pemandunya mengantuk?kalau mengantuk,rasanya dulu dah ada pengajaran.sebab itu dah dibuat asrama untuk pemandu-pemandu bas ni berehat.tapi kalau sebab bawa laju,memang tak boleh nak halanglah.sebab kalau tengok di highway,memang bas semua laju-laju.ngeri woo...patut bas tu besar duduklah di lane kiri.ini tidak,dia pulak lebih-lebih dari kereta siap potong memotong sesama sendiri.hoho,bahaya ok.bas tuh besar tape jugak,ini orang lain yang tidak bersalah yang menjadi mangsa.oh,tolong lah wahai pemandu bas,ambillah pengajaran.janganlah bawak laju-laju sangat.kepada pemandu kenderaan yang lain juga,berhati-hatilah dan jangan bawa laju-laju sesuka suki je.ini adalah arahan!


Sunday, October 10, 2010

quick update

i just got back from my friend's wedding..both of them are my friends.sang suami adelah kawan masa sama-sama belajar di pusat asasi sains,sang isteri pulak lagilah..memang kawan baik dari sekolah rendah sampai sekolah menengah,dari darjah lima sampai tingkatan lima satu kelas,belum ditambah lagi tarikh birthday yang sama.jadi,memang wajib pergilah.ramai juga kawan-kawan dari skolah rendah hingga sekolah menengah dan beberapa dari asasi yang datang.rasa macam reunion pulak.ibu abah pun sama bereunion.dalam erti kata yang sama,kami sekeluarga berjumpa dengan kawan-kawan lama balik.seronok.happy tengok kawan-kawan dah kahwin..jangan ditanya aku bila sebab calonnya pun tak ada walaupun dalam kepala,sibuk nak ada tema untuk hantaran dan warna tema kahwin.abaikan saja soalan-soalan makcik yang bertanya semasa kenduri.

rasa mahu rehat kerana esok ada misi menyelamat dan pengintipan.inilah tugas power ranger,sedia berkhidmat bila-bila masa.so ai update later with gambar-gambar dan stori mori kahwin my bestfriend.

psstt::kawan baik sekolah rendah sudah terang-terangan berkapel dengan kawan sekolah rendah juga.ini berita yang menarik.nampaknya akan ada majlis makan nasi minyak lagi nanti.

Thursday, October 7, 2010

lagu untuk memujuk hati

dengan ini saya dedicatekan lagu ini untuk diri sendiri.dah.pergi jauh-jauh.jangan dekat-dekat.

ibu kata.....

i got a problem..actually,tak tau dari mana this problem come from..it suppose to not happen to me because that's not me who started all that, but i got involve indirectly there was one guy yang actually tibe2 msj n ask me out.i think it's ok sebab we just friend.bukannya aku tak kenal dia and keluar pun with his brother and friends.but then,after keluar he seems to be very kind to me tapi aku tak ada pulak nak pikir lain.sebab when we kind to people,orang pun akan do the same to us.am i right?tapi tak tahu pulak if ada orang jenis jahat gila yang orang bagi madu,dia balas dengan racun kan.aku takde nak rasa orang semua jahat,asyik pikir orang baik je,then mulalah kena pijak-pijak.oh,sambung cerita. then, another guy (his brother) that doesn't know anything sesuka suki hati je nak buat tuduhan melulu dan merata..siap maki-maki di facebook.watdehek..facebook tuh tempat kau memaki mancarut orang ke.if tak puas hati,jumpalah depan-depan.ini tidak,macam pengecut je cakap belakang-belakang.kau mesti tak berani nak jumpa aku kan.kalau kau berani,mehlah datang jumpa.aku cakap baik-baik je awal-awal entri tadi kan.sorry people if i look like numskull tengah marah-marah.memang marah sebab orang yang tak tau apa-apa tuduh tah pe hape.get a life man.dari buat tuduhan,maki-maki,baik kau tanya aku sendiri.nak bukti pun ada.so,apa ke jadah kau nak buat status tu semua.okeh,dah makin nampak macam mendidih darah ni kan..jadi,baik aku bertendang dulu.

bila hati tak tenteram,marah,tak keruan,rasa tak ceria,the best solution is going back home..ok,i can say that i really miss home eventhough rumah sekangkang kuda je.tapi bila banyak kerja memang susah nak balik.tengok muka ibu abah is the best cure for me.i still have people yang still love me,support me in whatever condition pun.masa ibu tengah lurutkan rambut aku dengan minyak zaitun,i think i have to tell ibu rather than keep it sampai hati rasa macam nak pecah simpan.bila dah cerita semua--

me: ibu,rasa macam nak mencarutlah.....
ibu: jangan..tak elok

ibu kata...jangan percaya orang sangat
ibu kata....biarlah orang nak buat jahat,nanti ada balasannya
ibu kata....tak payah layan
ibu kata....lelaki memang suka kata-kata manis mula-mula,jadi jangan layan sangat
ibu kata...cari orang yang boleh jaga kita dari awal sampai akhir hayat,yang sayang kita betul-betul
ibu kata...lelaki memang macam tu,ramai lelaki macam tu sekarang
ibu kata...buat apa cari gaduh ngan orang

tapi ibu.........ok,tak tau nak cakap apa dah kat ibu.cuma boleh pujuk hati sendiri dan avoid from this problem again.cuma rasa marah yang melimpah-limpah pada orang yang sesuka suki menuduh dan memfitnah itu.rasa macam nak bertentang mata dan ajak bertumbuk ala-ala the rock dengan rikishi sebab orang tu badan lagi besar dengan aku.ok tipoo.cuma rasa macam nak suruh die jumpa dan cakap apahal tak puas hati.ko suka aku jugak ke?hambek...statement tak boleh blah di situ.

aku rasa macam kena bertukar sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!anyone yang nak join??where are the rest???hey hey pink yellow green black and red!


psstt::entri ni memang berunsurkan hot tapi masih boleh dicoolkan..motif:tak puas hati sila jumpa depan-depan dan mana yang tak cukup dengan satu gf dan tiba-tiba nak kat aku,please get off from me.dengan ini diucapkan terima kasih.

Wednesday, October 6, 2010

masa vs manusia?

ok,rasa macam-macam perasaan sekarang..macam tak percaya pun ada.sekejap je masa nih berlalu.main facebook satu hari pun boleh tak sedar dah pukul berapa kan?makan minum jangan cakaplah sampai boleh lupa kan?kalau orang tanya hari ini hari apa, berapa hari bulan pun boleh lupa kan?kadang-kadang sampai bukak handphone nak tengok kalendar walaupun kalendar ada je depan mata.padahal baru semalam orang tanya benda yang sama.sangat sekejap masa berlalu.

sedar tak sedar,aku dah nak kena buat candidature defense untuk defend diri sendiri.it's not sebab buat salah ke apa.tapi defend our project whether kajian tu dalam progress kah,main-main kah,membazir duit gerankah..hey, am i in third sem already?rasa macam baru register je,takkan dah sem 3 pulak.salah letak nama ke apa.dari dulu data tu tak analyse,bila kena buat report mula terkocoh-kocoh membuat data analisis.terima kasih report sebab buat aku rasa gembira duduk di lab membuat kerja walaupun kadang-kadang terlanjur jugak bukak facebook dan blog.

rasa macam tengah main kejar-kejar sekarang.aku kejar masa,masa lari.tapi masa taknak tunggu.jadi aku kena kejar.okey,motive of the story is esok harini aku kena hantar report dah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s to gjie:kata-kata kau memang buat aku berfikir.haha.

Sunday, October 3, 2010

khas buat semua skandal-skandal saya

walaupun tajuk di atas sangatlah tak boleh blah (ada skandalkah?)...layan je ok.(ini arahan).taknak dengar,repot kat abah.aku kan daddy's daughter.




mau kawen suda!!!

mau kawen suda!!!!!siapa nak kawen?to my beloved kazen,selamat pengantin baru,semoga bahagia hingga akhir hayat.sayang kamu!

hantaran from kak aween to abg faizal.seriously,sangat simple but cantek dan sweet.semua kak aween yang gubah sendiri.

this part yang i like very very da much...sweet gila letak depan pintu bilik..rasa macam nak padam je yang perkataan mau tuh..comel sangat diorang nih

gilos sweet katil pengantin..kalau mahu kawen nanti,mahu tempah ini olang yang penuh dengan idea comel2

me with my kazen,azwin

from left:along da jelita, kak azwin yang cun,dan cik birder 

oops...amik barakah sikit..orang tengah nikah kat luar,aku sibuk nak tangkap gambar dalam bilik pengantin.pengantin,tumpang bilik eh...

ha...tengok...ade klass la long..

gilos memeorable punya gambar.detik-detik masa bercintan cintun dulu.sweet sangat diorang nih

tengah dengar lafaz nikah dari pihak lelaki..sejuk je tangan kak aween bila salam die..nerves tuh

dapur pon jadiklah nak tangkap gambar..

ouch!!!kesian diorang kena usik masa cium dahi.berpeluh-peluh abg faizal tuh tahan mulut kat dahi kak aween

how sweet

saat menyarungkan cincin..gambar blur.nampak sangat aku yang nervous walaupun orang lain yang kawen.apehal?

family kak aween.kiranya family pengantin perempuan.kiranya family pakcik makcik saya.kiranya family sepupu saya.berapa banyak kiranya daaaa

saja jamu gambar dulu..ini semua masa akad nikah.masa sanding,aku merajuk ngan makcik,jadi takde mood nak amik gambar.jadi,lansung takde gambar..mengada je merajuk tuh.ok,sekarang tak merajuk dah..jadi senyum sahaja:)

Friday, October 1, 2010

i hate this feeling

Never waste jealousy on a real man:  it is the imaginary man that supplants us all in the long run.