so,how's weekend?minggu ni nampak nya tiada apa yang menarik.hari sabtu ke mid valley menghabiskan duit-duitan macam tak sedar diri sesuka hati ambil sahaja barang tanpa tengok harga.menarik kan shopping macam tu.so,i don't think i should have credit card as i know already what will happen if i have it.oh,sudah tiga hari aku mengajar math and science kat sorang budak ni.but then,i just replace my friend.but at least,tau jugaklah macam mana nak mengajar budak darjah 5.well,bukan senang rupanya nak memahamkan budak.dulu,pandai je nak komen-komen cikgu nih tak pandai mengajarlah,bosanlah,sekarang hambek,baru kau tau kan.
hari ahad yang malu-malu nih pulak straight je hujan memanjang dari awal pagi sampailah ke malam.non stop!and u'll feel what i feel.rasa macam nak duduk dalam selimut and hibernate kan.rasa sebegitu sampai lapar pagi-pagi sanggup bangun kejap je buat milo dan ambil biskut makan atas katil,letak mug kat sebelah katil dan sambung tidur balik.tak senonoh betul tapi tak dapat menahan keinginan bila tengok comforter macam sangat best.
bila dah sejuk-sejuk macam nih,mula feeling habis-habisan macam di UK.mari aku bagi tips macam mana nak get feeling ala-ala di over the sea walaupun hanya dengan background bilik atau di lab.
- pakai baju berlapis-lapis.nak lagi terbaik,pakai sweater tebal-tebal ataupun rembat je mana-mana kot yang ada.nak lagi terbaik,pakai jaket atau long coat bulu-bulu.kat dalam jaket tuh,pakai la 2-3 lapis baju lagi kalau nak rasa feel lagi.
- letak mafla kat sekeliling leher.kalau kawan tanya,jawab 'sejuklah leher' takpun 'saja je nak try mafla nih,lama tak pakai'..kalau tak ada mafla,pakai je shawl pashmina tu.asal ada.
-ada stokin tebal-tebal,pakai.kalau nak keluar,pakai but tinggi-tinggi sampai lutut.tapi baik duduk dalam rumah atau bilik je.tak payah cari but.pakai but getah karang tak glamer pulak.
-makan western je.pagi-pagi,makan english breakfast.lunch makan chicken chop.dinner pergi makan piza.apa barang makan nasi kalau nak feeling duduk UK.(lepas tu kebulur sebab kalau dah tekak orang melayu,nasi jugak yang kau cari)
-cakap english dengan siapa-siapa yang kau jumpa atau telefon.kalau keluar,jumpa mat saleh lagi terbaik.cakap dengan budak darjah lima yang duduk kat UK pastu balik malaysia sekejap pun dah cukup buat kau rasa macam kat UK.(kalau dah tiap-tiap masa asyik cerita pasal UK,tak rasa macam kat UK?)
-last but not least,lagi terbaik kalau korang memang duduk atau pergi Ulu Klang.sebab bila orang tanya 'u kat mana?',korang boleh jawab 'UK,of course'..bunyi macam berlagak tapi betul apa...kan?
so,selamat mencuba.
psstt::bila nampak daun luruh banyak-banyak sampai pakcik tukang kebun nak sapu pun susah,bertukarlah ke feeling musim luruh.bila nampak bunga kaler pink berjurai-jurai kat atas pokok ala-ala bunga sakura,cepat-cepat pergi cari baju ala-ala kimono kira feel habis macam kat jepun.tapi bila panas teramat sampai rasa macam kat gurun,korang jangan pergi bukak baju pula tengah-tengah taman konon-konon feel ala-ala tengah sunbathing.kompem orang kata gila.
chow.
-
No comments:
Post a Comment