hambek...semua pasaraya yang ada semua aku punya nanti.so,kalau ai pergi shopping nanti bolehlah mengada-ngada nak kedai mana-mana.kau ada?
gila berlagak.ini semua sebab aku dah melabur dalam amanah hartanah berhad.aku suka ayat MELABUR tuh.bukan melabur kat jamban.melabur kat hartanah-hartanah yang ada.rasa macam berada betul bila dah melabur nih.macam duit berkepuk-kepuk ada padahal bulan nih aku dah bankrap.buat loan dengan ibu.nasib baik ada banker yang siap bagi kad bank lagi.hoho..*mata bersinar-sinar*.
cuba korang tengok iklan nih->
Amanah Hartanah Berhad ni merupakan pelaburan ke atas hartanah dan dilancarkan pada 29 november 2010 oleh pelaburan hartanah berhad.baru je lagi kan?ada info yang aku dapat dari laman web incik matjoe.
1) Hanya bumiputera sahaja yg boleh langgan
2) Harga unit tetap, RM1
3) Labur kt sektor hartanah sekita KL dan Selangor. Selebihnya dlm Islamic Money Market untuk tujuan kecairan
4) Berlandaskan Syariah Islam
5) Jumlah pelaburan permulaan, RM 500.Jumlah pelaburan maksimum, RM 200,000 Pelaburan tambahan RM 100, Jumlah baki minimia, RM 500, Pengeluaran minima, RM 500
6)Kekerapan pengeluaran, sebulan sekali
7)Boleh melabur untuk anak sekecil usia 3 bulan
8) Sasaran pulangan kepada pelabur, minima 6%
9) Pengurus dana, Mayban Investment Management Sdn Bhd
10) Boleh beli disemua cawangan Maybank diseluruh Malaysia
11 ) Tahun kewangan 30 Sept, Pulangan 2 kali setahun
12) Saiz dana adalah 1 billion ringgit
aku copy je sebab aku rasa info yang incik matjoe nih bagi sangatlah simple dan senang difahami.kalau nak tahu lebih lanjut cuba baca prospektus yang telah disediakan.pergi maybank.aku buat nih sebab ibu beria-ria suruh buat.adik aku siap labur beribu riban.dia kaya,takpe.*tutup muka*.bagi aku,bagus jugak once kita dah melabur nih.at least we have something.tapi kena lah juga menambah bulan-bulan kan.
takpe-takpe,mari melabur:)
No comments:
Post a Comment