i really happy to see ya..i wish u will bring more joy and happiness to me.semoga tahun baru 2011 ini memberi semangat baru,kesihatan yang baik sepanjang masa,tak mahu ketakutan,mahu fresh setiap masa,mahu senyum sentiasa,tak mahu kesedihan berpanjangan,dan mahu bersedia untuk menjadi lebih matang.eh,bior benor kan..aku cakap matang eh???
hmm..i don't feel 2010 is a good year for me..rasa macam tak mahu ulang apa-apa untuk tahun 2010..full with sorrows,sadness,darkness.tak ada kaler lansung,asyik hitam je.mungkin ada terpalit sedikit kaler,tapi lebih banyak kaler hitam dari kaler terang-terang yang ceria.if u guys baca blog ini dari awal,mesti cakap budak nih macam-macam lah.asyik sedih je.menyampah.
JANUARI: i'm sick..lepas tu hati juga sakit sebab boyfren (boyfrenkah??sudah ex) asyik ignore dan asyik tidur dan..huhu,banyak sangat dan.cukup cukup.bulan ini juga first time dalam hidup buat operation,masuk bilik bedah semua.first time oke.tengah mengucap,dah tak sedar apa dah.takut woo.
hidung darah kena letak ais batu
FEBRUARI- macam-macam jadik februari nih.penuh dengan air mata tetapi di hujung bulan terselit sedikit gembira.hati mula jadi kosong.maka,bermula episod putus cinta (apasal ayat macam drama?).dan juga hari jadi yang disambut banyak kali.makan beberapa kek sampai gumuk pipi.kau ada?
ini salah satu kek yang dimakan pada malam birthday:)
MAC- still sick..dugaan buat aku.oh,dan juga sudah single.jadi mahu ke mana-mana sudah tidak kisah.bulan nih banyak birthday orang yang rapat dengan aku.masih dengan air mata.handphone sampai dua tiga hilang kena curi.memang nasib malang.
beli baju ini untuk bagi diri happy.yes,i'm happy:)
APRIL - tak banyak yang perlu diceritakan.still sick sebenarnya.tapi,kena lawan.sudah mula bergiat dengan penangkapan gambar-gambar alam sekitar.
captured in hutan simpan tekam
MEI - hati ini diluka lagi.ecewah,ayat.tapi betullah..sakit betullah hati.dah sakit lagi.bulan nilah nak demamlah,apalah.oh,bulan ini juga first time menjadi presenter di seminar.wah,semangat!
semangat kan?
JUN - banyak kenduri kahwin dan tunang yang perlu dihadiri. sekejap sakit,sekejap elok.misteri.tak suka.
di hari tunang kak dina
JULAI - semangat untuk menulis blog mula menurun.entah kenapa ye.bulan yang banyak berjumpa orang,banyak reunion,banyak berjalan.bulan ini sedikit gembira nampaknya.hey,first time ke oversea okeh!bali bali bali..aku mahu ke sana lagi nanti!mari berjimba!
sambil menunggu sunrise di bali ye
OGOS - masalah hati lagi.bosan okeh.tak paham betul lah kenapa dengan orang-orang yang berkenaan ini.jadi,baik pergi ke pangkor mengambil angin sambil makan sedap-sedap dengan free.terima kasih sham.oh,hari merdeka juga.
suke topi besar itu!
SEPTEMBER - hey,raya!!masa untuk berpesen!masa raya nih jugak pun ada semberono yang nak buat hal jugak.adehlah.apa kejadahlah orang-orang macam ni.takpe,hari raya yang mulia kena maafkan orang.
suci je kan bila pakai jubah.sebab tu kena maafkan lahabau-lahabau yang ada.
OKTOBER - musim orang kawen jugak.aish...bape banyak kali amik berkat nih.masih ada lahabau yang mengganggu.aish.....(mengeluh lagi).
my luvly cousin dah kawen:)
NOVEMBER - semakin sihat:) tapi masih ada lagi sisa baki sakit,tapi tak apa,ai kan power ranger biru,wajib lawan!oh,my bestfren sudah bertunang..congratz!birthday ibu juga di bulan ini..bulan yang rasa nak tengok hindustan je,konon-konon nak feel,hambek sekalik tak cukup tisu pakai bantal nak lap air mata.
my dearest rai n me on her e-day
DECEMBER - sangat malas di bulan ini.tengok,berapa kerat entri je yang aku post..suka duka di bulan ini.another conference yang telah dihadiri,just present poster.tapi yang pasti harus ada tema=biru ok.dah elok-elok ikut tema,ko cakap meraban kan.di tengah-tengah bulan kegembiraan sedikit terpancar.ewah,tak boleh blah.di hujung bulan,mula bertambah sedikit kegembiraan lagi dan juga diselang seli dengan kemasaman kemurungan.biasalah tuh.dua orang sepupu bertunang sekali gus.hoho..
hati bunga-bunga.sikit je pun.tak cukup 7 jenis bunga dalam hati.
sekejap je kan.dah masuk 2011 dah.banyak duka dan pembaziran air mata di tahun 2010 ini.kalau ditadah,dah lebih 7 tempayan dah agaknya.puteri gunung ledang pun siap boleh pakai air mata aku untuk mandi lagi.hate being sick.tapi,itu semua dugaan dari tuhan kan?mesti banyak dosa yang dah buat,jadi tuhan bagi sakit supaya beringat..insaf.hehe.
untuk 2011,dah siap timetable sebagai rutin harian yang harus diikuti.ecewah.hey aimi,sila habiskan master kamu nih tahun ini juga.jangan malas-malas.pukul buntut baru tau.
ready for 2011!!!!!!semangat!!!!
GOODBYE 2011!
No comments:
Post a Comment