Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Thursday, October 14, 2010

nama-nama Allah sebagai amalan harian

assalamualaikum dan dan bagi salam sebab tajuk entri macam baik gilos

kalau masih ingat, masa sekolah agama kecik-kecik dulu,selalu kena nasyid asmaul husna.aku pun pandai berlakon jugak.walaupun dulu pengawas sekolah agama,makanya kena berdiri di bahagian tepi.aku selalu lupa bacaan asmaulhusna ni makanya aku akan miming mulut sahaja.kalau ustaz ustazah suruh aku nasyid sorang-sorang memang aku lariklah..muka yakin je waktu miming.agak-agak ada orang perasan yang aku macam tak reti je,terus buat-buat macam batuk-batuk atau bersin atau menguap.konon-konon bila buat macam tu macam mana nak sebut kan????dalam hati rasa macam sangat bodoh sebentar sebab tak reti asmaulhusna.nasib baik ustazah tengok aku macam hebat je kan,siap boleh nasyid kuat-kuat lagi masa yang awal-awal bacaan tu.tu jela yang kau tau kan aimi.

oh,tapi selepas itu insaf ok.terus try hafal dan terus terer.sekarang cuba suruh aku lagukan balik bacaan asmaul husna.
nama-nama Allah ada 99.pernah dengar tak pasal tulisan pada tapak tangan?belah kanan tunjuk angka dalam bahasa arab-18 dan sebelah kiri pulak tunjuk 81 jadi bila campur dua-dua jadi 99.sangat misteri bukan?serius,sangat takjub dengan ini.tau tak,sebalik nama-nama Allah ni banyak yang kita tak tahu tentang misteri yang ada pada nama tu.aku juga tak tau.tau nasyid je..jadi bila aku dapat satu buku kecil terkandung nama Allah dan khasiatnya,aku rasa we should share something here..ini antara 10 nama-nama Allah dan khasiatnya:)

YA RAHMAN-500x after solat,maka hati akan jadi terang.tenang,tak lupa dan gugup akan hilang dengan izin Allah

YA RAHIM-100x setiap hari, insyallah akan mempunyai daya penarik sampai orang lain merasa cinta dan kasih serta sayang pada kita,juga memberi kemudahan

YA MALIK-121x setiap pagi,pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah

YA QUDDUS-100x setiap pagi selepas tergelincir matahari, maka setiap hari akan terjaga dari semua penyakit hati (sombong,iri hati,dengki dan lain-lain

YA SALAM-136x,insyaallah jasmani dan rohani akan terhindar dari segala penyakit hingga badan menjadi segar sihat dan sejahtera.

YA MU'MIN-236x, insyaallah keluarga dan diri sendiri dan segala kekayaan yan dimiliki akan terpelihara dan aman dari segala gangguan

YA MUHAIMIN-145x selepas solat fardhu isyak,fikiran dan hati akan tenang,bersih dan terpelihara

YA AZIZ-40x lepas solat subuh, insyaallah akan jadi orang yang mulia, disegani orang juga akan mendapat pertolongan Allah dalam hidupnya

YA JABBAR-226x pagi dan petang, semua musuh akan tunduk dan patuh dengan izin Allah

YA MUTAKABBIR-dibaca dengan sebanyak-banyaknya maka dengan kebijaksanaan bertindak,akan menundukkan semua musuh.

marilah cuba amalkan..bukan pada korang je,pada diri sendiri pun aku nak seru juga supaya amalkan nama-nama Allah nih.thank you to my beloved cousin,aween yang bagi buku kecik nih masa akad nikah dia.sangat useful!ai like!

2 comments:

zephyred said...

your welcome syg! hehe, Alhamdulillah syukur sgt2 our simple nikah gift boleh tambahkn ilmu buat org lain (nasib baik akak dapat jugak save satu buku tuk diri sendiri, heheheh)

Cik Birder said...

sangat best sume doorgift mase akad nikah and ur wedding!!