Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Tuesday, July 13, 2010

cerita panas!!

dah lama rasanya tak update blog nih..dah nak start bersawang dah...huhu..ini entry yang sedang dalam progress:

-entri memberi lecture kepada budak sekolah

-entri reunion sekolah

hoho..tunggu selepas poster untuk ke bali ini siap..chaiyok!!

Friday, July 9, 2010

merajuk dengan kfc..u buat ai kecewa,tamo kawan dengan kfc lagik

aku sekarang berlintas lansung dari telok panglima garang..puas aku cari,di mana garangnya tapi entah,tak jumpa pulak..tak garang lansung sebab tak ada mcD.paling garang pon ada kfc je,tuh sebab ayam hot and spicy ada balik,sebab nak nampak garang.

disebabkan akan makan sorang-sorang dan sepi..jadi,pergi membeli makanan dahulu awal-awal..supaya tak payah rushing-rushing nak mandi.disebabkan kfc je yang paling dekat dan paling meyakinkan kesedapan nya,jadi dengan redhanya makan kfc untuk ke berapa kali dah dalam bulan ni.aku pun kononnya nak jadi vegetarian sebab baca majalah rapi ada cakap malam-malam makan sayur je,terus order garden salad dengan pantas dan bangga sebab orang lain semua makan ayam.jadi,sebagai tambahan,aku pun orderlah bun dengan whipped potato kecik bagi tak lapa sangat..berkhasiatkah macam tuh??

balik bilik,siap mandi,dan mahu makan...ok,terus down bila salad tuh dah berbau dan rupanya bun tu budak tu tak letak!!!!!!!!!!!!!siot..rasa macam nak maki,tapi tahan sebab tengah control nafsu amarah.budus betul..membazir duit je...jadi dengan rasminya,aku tanak kawan dengan kolonel kfc dah sampai dia ambik hati aku dengan resipi baru..tamo tamo,shuh..shuh...aku majuk

psstt::jerawat atas hidung sangat obvious..malu gile pergi kaunter kfc,abang tuh tengok semacam je..huhu..patutlah dia tak masukkan bun dan bagi salad busuk..bodo

Thursday, July 8, 2010

iklan buat gelak macam orang gila



aku suka gila iklan nih...kelakar gila..dan comel..oh,nak dedicate iklan nih kat nisa...tamo sedih-sedih..gelak eh tengok iklan nih...comel je..

paling comel di hati mu?

i am tagged by deqda  in this contest..aku tak pernah jenguk blog tuan punye contest ini sebelum ini..tapi after di tag..mula membaca blog yang comel seperti tuannya ni..tak heranlah kalau dia buat contest untuk perempuan yang comel2..bagi aku,semua orang comel..jadi,aku akan cakap semua orang comel dah semua patut masuk contest ni..

owh...korang patut terjah jugak blog tuan punya contest ini yer...sangat berwarna warni dan berbunga-bunga..sweet je..oh..mai nak cerita pasal contest ni..siap ada syarat tuh..so cekidaut-->



  • terbuka kepada gadis-gadis sahaja sebab lelaki tidaklah comel.mereka kachak dan macho sahaja. laki yang comel adalah jambu




  • perlu lah menjadi followers cik tuan tanah yang comel dahulu. *psst..kalau nak LIKES fanpage dia sekali pun ok pe




  • letak sekeping sahaja gambar anda SENDIRI. tidaklah berdua mahupun bertiga apetah lagi berempat. dan gambar itu mestilah gambar anda yang TERKINImungkin! tidak mahu gambar masa kecil-kecil; masa baby sebab kalau masa baby semua orang pun comel oh..!




  • buatla entry khas untuk contest cik tuan tanah ini. letak kan banner contest ini di entry anda dan di sidebar anda dan WAJIB backlink kepada contest cik tuan punye ini semula. ok. ;p. copy-paste je code banner contest di sidebar ownernya itu.perletakan banner contest di side bar adalah tidak wajib.terpulang mahu letak atau tidak :)




  • di dalam entry anda juga tuliskan jawapan untuk soalan si comel ini :: apakah benda comel/cute yang anda suka? contohnya. :: benda comel yang saya suka ialah toothbrush holder. ;p. itu contoh lah ye..




  • tag kan hanya seorang yang anda rasa patut join contest ini. make sure orang yang di tag itu tahu 





  • senang je kan????so,ini adalah gambar yang dibajekkan comel tuh..huhu...aku pun tak tau sejauh mana kecomelan gambar ini sebab untuk menang,hanya tuan punya contest je yang boleh tengok sama ada gambar ini cukup comel di hatinya atau pun tidak..aku berharap tuan punya contest akan sentiasa menulis blog dan mengadakan lagi contest2 yang lebih comel:)


    oh..banyak sangat benda comel yang aku suka...suka keychain gajah comel...alamak,tak tangkap pulak gambar nak tunjukkan kecomelan gajah kat keychain tuh..aku letak kat purse so sentiasa tengok kecomelan gajah itu...another one suka benda comel ini yang diberi oleh adik sebab ada tulis 'baby' kat situ..wahaha..walaupun kakak,tetapi selalu dibuli oleh adik,jadi adik anggap macam baby..haha..like!

    jadi,dengan berbesar hatinya aku nak tag salah sorang geng power ranger davaxx iaitu didot aka power ranger pink untuk menyahut cabaran menjadi comel..takyahlah di nak pakai pape,kamu tuh dah memang comel pon:)

    jadi,mari klik banner di bawah ini!!!!!!!!!!!!!!






    jangan lupa menekan banner yang sangat comel pink kaler kat atas ni yer..

    Sunday, July 4, 2010

    tips for da first blind date

    hey hey guys..

    korang mesti pernah pergi first blind date kan??yang mana maybe korang dah kenal-kenal tapi tak pernah tengok muka then first time nak pergi blind date,mulalah rasa debar-debarkan??maybe first blind date akan ada macam-macam jadi..maybe it goes well..or maybe it turns to disaster..or maybe you never see each other right after the first date..haha..bunyinya macam blah camtu je kan..tapi..tulah what we call as experience..if orang yang korang nak date tu korang kenal dari kawan dan pernah terserempak,it's ok..but what if korang kenal from the internet and when you guys jumpa,sangatlah tidak serupa macam pelanduk dua serupa.aku pun  pernahlah cuba blind date ini dahulu-dahulu (ecececeh........yeke)..tapi kalau sekarang orang nak ajak blind date lagi cam best je..

    but make sure before you guys pergi first blind date,confirmkan kenderaan..pergi sendiri atau orang tu datang ambik..sebab if pergi sendiri,pandai-pandailah jaga diri dan  harap bersabar menunggu kalau kalau orang tuh tak datang..(awal-awal lagi dah buat taik kat korang,baik blah je).then,make sure beritahu kawan-kawan rapat..so that if jadi apa-apa,kawan-kawan korang tau di mana dan siapa..kita bukannya tahu orang yang nak dijumpai tu baik ke jahat kan..so,just prepare..bawaklah apa-apa yang dirasakan boleh jadi senjata..kalau aku,takdelah aku nak bawak parang ke pistol ke..aku bawak pen jelah,takpun nailclipper..tapi bukan aku nak potong kuku dia.yeyek.kalau korang nak memeriahkan lagi first blind date,bawak je beberapa orang kawan lagi bersama-sama..lagi meriah,havoc gitu..tapi kalau orang tu dah siapkan candle light dinner,tadah air liur jelah kawan-kawan korang tu..semua di atas ni macam untuk ladies je kan..sebab aku rasa kalau lelaki,untuk first date dia,ada dia kesah?aku harap lelaki kesah:)

    for da successful blind date:

    kalau lelaki tu macam suka je dekat si perempuan ni,mesti macam berat hati je nak bagi balik kan??maybe ini yang akan dilakukan kalau lelaki nak menghantar balik:

    -pusing-pusing banyak kali di kawasan perumahan atau kawasan universiti..konon-kononnya sesat padahal dah berapa kali suruh berhenti.pusing kat jalan yang sama pulak tuh,sampai berkali-kali,takkan tak ingat lagi kot......
    -on the way balik tiba-tiba dia cakap lapar dan nak berhenti makan lagi.padahal baru je lepas makan tak sampai setengah jam.alih-alih,sampai maple,order air suam je..tak ke kenyang tuh..
    -lepas makan nak balik,tiba-tiba kata nak cari toilet..toilet depan mata taknak pergi,toilet stesen minyak entah di mana-mana juga menjadi pilihan..sanggup tahan pergi toilet jauh-jauh.:p
    -tiba-tiba cakap nak singgah seven eleven pulak..kata nak beli air,rupa-rupanya beli ferrero rocher takpun kinder bueno (stok coklat mahal-mahal je,tak main murah-murah) sebab nak bagi kat si gadis

    -bila dah sampai,buat-buat hilang barang pulak..kenalah cari bersama-sama semula..patah balik lagi pergi cari barang.padahal,terselit bawah kerusi kereta je..kecoh betul..
    -before nak keluar dari kereta..tanya 'free tak minggu depan?'..erk........

    ini antara kelakuan yang berkemungkinan akan dilakukanlah..mungkin banyak lagi..kalau korang nak tambah,sangatlah disilakan:)

    for da unsuccessful blind date (tak kisahla lelaki atau perempuan):

    -agak-agak korang rasa sangat tak selesa masa tengah date,pandai-pandailah cakap nak pergi toilet..tarik nafas dan bersabar di toilet..agak-agak dah tak tahan sangat,blah jelah..(gila extreme)
    -agak-agak first date lagi,semua makan minum atau bayaran-bayaran lain ditanggung oleh perempuan,rasa macam hampeh je,baik blah..
    -kalau lelaki tiba-tiba nak pegang tangan masa first date,lagi cepatlah patut blah..
    kalau macam ni,tak payah tunggu lagi..blah cepat!!

    -kalau rasa tak best je date tuh,kalau lepas tuh ada call,cepat-cepat angkat call 'maaf,nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami'
    -kalau after beberapa hari lepas first date,hantar mesej tak berbalas,call tak diangkat,paham-paham jelah ye..tak payahlah nak menanti bulan jatuh ke riba..tak ada maknanya.
    -kalau rasa hampa dengan orang yang didate itu disebabkan tak menepati bayangan di dalam mimpi,korang buat-buatlah cirit birit ke,makan tumpah-tumpah dengan comot gilos,gelak kuat gila nak mampus sampai tauke kedai halau,berlakon call boyfren atau girlfren ke..pepandailah..takkan tu pun nak ajar kot..baca majalah ujang pun ada

    kalau dua-dua pun tepuk dua-dua belah tangan sambil nyanyi lagu 'kalau rasa gembira',tak mustahil date tersebut akan diteruskan lagi sehingga ke satu masa yang diorang tetapkan sendiri..ada jodoh,insyaallah..

    ecececeh...pejam-pejam mata feeling lebey pulak



    psstt::credit to orang yang perasan dengan kelakuan-kelakuan di atas sekiranya dia membaca entri ini..ngeeeeeeeeeee..hadapi dengan senyuman:)

    Friday, July 2, 2010

    please..jangan bagi ai kecewa

    short update!!!!!!!!!!!!!

    oh please, BRAZIL...make me proud..jangan bagi ai kecewa tau..main elok-elok...please please,kalau tak ai tak de semangat esok hari..macam mana ai nak menari samba dengan lagu waka waka kalau u all tak menang..macam mana ai nak nyanyi lagu brazil...macam mana ai nak hadapi boyfren ai si kaka tuh dengan senyuman  if kalah??mesti dia kecewa..ai tak sanggup tengok muka dia sedih..

    melo,kenapa kau pergi sepak si mamat netherland tuh??kan dah kena kad merah..ish,kau nih memanglah buat ai geram..eeiiiiiiiii....tolonglah gol gol gol.....

    psstt::jangan gaduh2 main ye kaka...fabiano..tolonglah tambah gol juger..robinho,keep it up!

    Thursday, July 1, 2010

    ada ke simbol ni??tengok banyak kali macam lucah..rasa macam nak padam satu

    banyak kali aku jalan lalu lintas di jalan-jalan pulau carey ni...aku tak adalah perasan sangat simbol-simbol lalulintas ni..sebab dulu belajar untuk ambik lesen je..tapi tak adalah aku bodo sangat sampai tak kenal lansung simbol-simbol di jalanraya..tapi bila ada satu simbol ni,aku terus nak recall balik apa yang aku baca tiga malam berturut-turut dulu untuk ambik test komputer..

    ish..ada ye simbol ini...buat aku confuse pulak..aku tanya driver jabatan,boleh pulak dia buat lawak-lawak B.adoilah..malu pulak aku tengok benda alah ni..mula-mula aku sedar adanya simbol ini,terus je mulut aku cakap 'cutenye simbol ni'..memang takde insuran mulut..sesedap rasa je..after that,aku tengok lagi sekali, 'eh,benda alah apa pulak ni..kenapa tak satu bonggol je..kenapa kena dua'...then,aku tengok lagi..mata memang asyik pandang je sebenarnya..'ish...rasa macam nak padam je bonggol sebelah tu..cukuplah sebelah je..sebuk nak letak dua'..

    macam-macam keluar kat fikiran korang kan bila tengok simbol ni..ala,mengaku je...ececececehhhhhhhhh

    psstt::next trip aku pergi,nak pergi padam bonngol sebelah tuh..ok ke tak???