Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Monday, November 29, 2010

bebel randomly

hello..
ini sebenarnya random talk je.since hari ni tak ada buat apa sangat walaupun banyak betul kerja yang patut dan wajib disiapkan.tapi macam still tak sedar diri lagi,maka kerja pun banyak lagi yang perlu dilakukan.mana pergi semangat pun tak tau.takkan kena nyanyi lagu XPDC dulu baru ada semangat kan?agaknya banyak sangat setan bergayut nih menggoda-goda suruh berjimba sahaja.aish..kalau adik aku,sejak ada gf nih,makin berusaha pulak aku tengok.result pun kira baguslah dari nak kena repeat kan.bila cakap dengan aku,kasar je.tapi bila ngan gf,hilang taring terus.macam mana gf dia jinakkan dia pun aku tak tau.baguslah kalau ada pemangkin semangat sebegitu.tapi kakak dia takde bf  :)

sekarang nih macam-macam benda jadi.aku dah fobia baca suratkhabar sebab banyak sangat kes yang akan buat aku takut.mudah untuk orang membunuh sekarang.tuhan,lindungilah aku dan keluargaku.perang pun nak dilancarkan di korea.apa nih?apa pasal nak perang-perang nih.kau tak sayang sesama manusia ke?tak pahamlah.kalau bermusuh pun kenapa perlu saling bunuh membunuh.orang tak berdosa jadi mangsa.tak ke kesian.tuh belum kes-kes lain.ok,sangat fobia.

sekarang musim orang kahwin.full dengan invitation kahwin.mana yang aku boleh pergi,aku cuba pergi.nanti if aku kahwin,korang jangan tak datang lak ye.bila tuh,akan diberitahu kemudian.kan dah cakap nanti.

seorang kawan mengutarakan satu soalan hari ini.

'is it too old school nowadays if a guy hanta wakil merisik a girl he nvr interacted or had just barely met'?

what do you think people??

for me,bukan satu kesalahan pun.ala,old school sangat ke kalau buat macam tu?tapi sekarang ni most people dah siap bincang,family dah kenal semua baru datang risik.yelah,semua orang pun nak couple dulu kan.siap dah kenal family panggil 'mak' 'ayah' macam parent sendiri dah.so,datang merisik nowadays macam just nak ikut adat dan menanda je sebab masing-maisng pun dah kenal.bagi aku,tak kisah orang datang merisik eventhough kau baru kenal atau just interact through internet.tapi,at least give time untuk dua belah pihak kenal sket2.ala,kawan jelah dulu kan.dan pihak yang datang merisik tuh kena terima apa je kenyataanlah in case perempuan yang dirisik tuh tak nak ke.kalau nak,memang baguslah kan.then,kena terima lah pasangan masing-masing sebab dalam this case,tak kenal betul-betul lagi,terus kena risik kan.orang dulu dan sekarang lain.sekarang ni,even dah couple bertahun-tahun,tapi bila kahwin,boleh cerai berai jugak sebab baru tahu sikap sebenar.kalau yang kahwin ikut pilihan mak ayah pulak bila kahwin jumpa orang lain,lain pulak dah jadinya.jadi,once u rasa that person is the one for u,go on jelah.ecewah,cakap macam kaunselor love love pulak.yeyek.cakap bolehlah kan aimi,sekali kena kat kau orang datang risik..hambek,menjawab.

ada opinion lain,silalah komen.:)

No comments: