hallu!
hari ini hari raya aidiladha.semestinya orang tak beria sangat nak sambut kan compared to hari raya aidilfitri.however,ibu dan abah cakap hari raya aidiladha lagi besar dari hari raya aidilfitri sebenarnya.tapi sebab hari raya haji ini diraikan lebih oleh orang yang pergi haji dan kemeriahannya lagi terasa di tanah suci Mekah.bagi kita,hari raya aidilfitri tuh perlu disambut besar-besaran sebab kita dah berpuasa sebulan,dah menderita menahan lapar dan dahaga kan.jadi bila raya aidilfitri,kita pun balas dendam lah kan.
oh,semalam bertolak dari kl pada pukul 730 malam dan guess what??we reach at 7am!giler..about 12 hours punya perjalanan.memang tingtong jugaklah rasanya.kereta punya beratur,dan abah bawak kereta pun dalam 60km/jam.tak ke slow tuh???but then,abah mengantuk gilos,sampai semua perhentian pun nak berhenti.teringat pulak cerita yang erra fazira berlakon tuh,7 perhentian kan???setiap perhentian,abah tidur 2 jam.so,memang patutlah sampai sungai petani pagi kan?dari perjalanan yang patut dalam 5-6 jam,terus jadi 12 jam.panas buntut weh..kalau lagi lama,rasanya ada berlubang seluar sebab buntut panas sangat.
rasanya ini baru kali kedua atau ketiga aku sembahyang raya.huhuhu..confirm kene keji.selalu memang tak ada kesempatan nak pergi solat raya ni sebab tak kiralah raya aidilfitri atau aidiladha,aku as anak sulung kena tolong ibu masak.who else.sorang je pompuan pun.kalau pasal uzur tuh lain ceritalah kan.lagi kau rasa nak sembahyang,lagi berdosa.dah bagi cuti,gatal nak solat sunat.bila tak cuti,nak solat subuh wajib pun kau liat.gila syahdu rasanya dapat solat sunat raya.teringat dulu terpaksa raya haji dengan family angkat,solat raya ramai2 satu family.lagi syahdu bila tok imam tuh baca khutbah panjang-panjang,siap ceramah bagai,aku tersengguk-sengguk tahan mengantuk.syahdu kan??makcik sebelah siap senyum-senyum kambing lagik,aunty aku pulak asyik siku je suruh sedar.adehlah,imam oi...
tak bervogue lah raya hari ini,tak tangkap gambar.mood bergambar sudah berpindah kepada mood makan sebab semua sangat sedap dan makan bertambah-tambah seiring dengan pembesaran perut.
sekian sahaja laporan saya pada hari raya hari ini.akan bersambung lagi untuk hari esok :)
2 comments:
awk kena upgrade la skill driving awk..so that bole gilir2 dgn abah kamu drive balik kampung.lg syiokkkk tau journey tu. br la rase nak balik kg.hihihi!
hehheheh....mmg nak bawak arituh..tp ngantuk sgt nih..nanti kite masuk kelas cikgu ezyan lg eh...
Post a Comment