Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Thursday, November 4, 2010

IBU.....

semalam,3 november 2010 adalah hari lahir ibu aku yang ke 47..omg..rasa ibu macam bukan umur sebegitu..macam-macam nak cerita,nak cakap pasal ibu.tapi bila aku mula mahu berkata-kata,air mata pasti jatuh.tak terluah rasanya.she's the best mother in the world!tengok,belum cakap apa-apa lagi air mata sudah bergenang.ok,i shouldn't continue.if not, i might end up crying like hell kat sini..tak tau apa akan jadi kalau tak ada ibu sebab ibu pemangkin semangat aku,yang positifkan aku.ok,taknak fikir apa akan jadi in future sebab tak boleh terima if i lost her..dari kecik,aku bukanlah anak yang terlalu mendengar kata.selalu kena bantai dengan hanger oleh ibu.kena kejar sekeliling rumah perkara biasa..sangat rindu bila ibu kira 1,2,3 bila kami semua adik beradik taknak mandi,taknak buat kerja.sangat takut bila nak sampai kiraan tiga sebab tau hanger pasti hinggap punya kat badan.sakit woo..bekas tak hilang 3 hari 3 malam.ini betul,tak tipu.

tapi apa yang aku dan adik-adik dapat masa kecik itulah yang menjadikan kami semua hari ini.didn't i tell ya yang aku ada seorang adik autisme.yang mana nak menjaga dia sangat susah.seperti menjaga berpuluh orang budak.dengan hyperactivenya,dengan tak reti cakapnya,dengan tak tau nak cakap sakit,sangat macam-macam.ada ibu merungut.kadang-kadang ternampak ibu menangis,tapi bila depan kami adik beradik,ibu tak pernah tunjuk tu.ibu sangat tabah.kadang-kadang sebab adik,orang pandang ibu sebelah mata,pernah satu ketika kawan-kawan pulaukan.how dare makcik-makcik!rasa nak sound je makcik-makcik jahat tuh.makcik,sebab kau tak ada anak macam tuh,kau tak rasa apa yang ibu rasa.sampai adik besar,ibu tak boleh kerja walaupun itu yang dia nak sangat.tapi ada ibu masam-masam muka?dia tetap tersenyum walau macam mana pun.susah macam mana pun dia masih lagi ketawa macam tak ada masalah.aku tak rasa aku setabah ibu.aku lemah dan penguat aku adalah ibu.

masa aku jatuh,aku lemah,aku sakit,ibu selalu ada di samping aku.masa aku kecewa,masa aku down,masa aku gembira,cakap je bila masa,ibu sentiasa ada.walaupun dulu ibu duduk jauh dari aku sebab ikut abah kerja di merata tempat,suara ibu sahaja dah cukup untuk menenangkan hati.pukul berapa pun tak kisah.lewat malam?awal-awal pagi?tak boleh tidur pun telefon ibu,dah boleh tidur lepas tu.nasihat ibu adalah pemangkin.ibu tak pernah merungut tak dapat apa yang dia nak.ibu sangat positif.kalau ibu takde,abah pun pasti tak keruan.sebab tu sekarang ke mana-mana abah pergi abah akan bawak ibu.kalau ibu tak ada,amir pun pasti akan tercari-cari..sanggup tunggu depan pintu seminggu tak mahu makan dan minum semasa ibu pergi johor seorang diri.

selamat hari lahir ibu..aimi sayang ibu sangat-sangat.aimi cuba jadi anak yang baik untuk ibu.aimi sanggup buat apa saja untuk ibu..andainya ibu baca ini,aimi nak ibu tahu,aimi terlalu sayang pada ibu!*nanges*




psstt::mati kutu tak tau nak bagi apa pada ibu as present.

1 comment: