Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Monday, January 31, 2011

I got this feeling!

hye peeps..

so,how's weekend?minggu ni nampak nya tiada apa yang menarik.hari sabtu ke mid valley menghabiskan duit-duitan macam tak sedar diri sesuka hati ambil sahaja barang tanpa tengok harga.menarik kan shopping macam tu.so,i don't think i should have credit card as i know already what will happen if i have it.oh,sudah tiga hari aku mengajar math and science kat sorang budak ni.but then,i just replace my friend.but at least,tau jugaklah macam mana nak mengajar budak darjah 5.well,bukan senang rupanya nak memahamkan budak.dulu,pandai je nak komen-komen cikgu nih tak pandai mengajarlah,bosanlah,sekarang hambek,baru kau tau kan.

hari ahad yang malu-malu nih pulak straight je hujan memanjang dari awal pagi sampailah ke malam.non stop!and u'll feel what i feel.rasa macam nak duduk dalam selimut and hibernate kan.rasa sebegitu sampai lapar pagi-pagi sanggup bangun kejap je buat milo dan ambil biskut makan atas katil,letak mug kat sebelah katil dan sambung tidur balik.tak senonoh betul tapi tak dapat menahan keinginan bila tengok comforter macam sangat best.

bila dah sejuk-sejuk macam nih,mula feeling habis-habisan macam di UK.mari aku bagi tips macam mana nak get feeling ala-ala di over the sea walaupun hanya dengan background bilik atau di lab.

- pakai baju berlapis-lapis.nak lagi terbaik,pakai sweater tebal-tebal ataupun rembat je mana-mana kot yang ada.nak lagi terbaik,pakai jaket atau long coat bulu-bulu.kat dalam jaket tuh,pakai la 2-3 lapis baju lagi kalau nak rasa feel lagi.

- letak mafla kat sekeliling leher.kalau kawan tanya,jawab 'sejuklah leher' takpun 'saja je nak try mafla nih,lama tak pakai'..kalau tak ada mafla,pakai je shawl pashmina tu.asal ada.

-ada stokin tebal-tebal,pakai.kalau nak keluar,pakai but tinggi-tinggi sampai lutut.tapi baik duduk dalam rumah atau bilik je.tak payah cari but.pakai but getah karang tak glamer pulak.

-makan western je.pagi-pagi,makan english breakfast.lunch makan chicken chop.dinner pergi makan piza.apa barang makan nasi kalau nak feeling duduk UK.(lepas tu kebulur sebab kalau dah tekak orang melayu,nasi jugak yang kau cari)

-cakap english dengan siapa-siapa yang kau jumpa atau telefon.kalau keluar,jumpa mat saleh lagi terbaik.cakap dengan budak darjah lima yang duduk kat UK pastu balik malaysia sekejap pun dah cukup buat kau rasa macam kat UK.(kalau dah tiap-tiap masa asyik cerita pasal UK,tak rasa macam kat UK?)

-last but not least,lagi terbaik kalau korang memang duduk atau pergi Ulu Klang.sebab bila orang tanya 'u kat mana?',korang boleh jawab 'UK,of course'..bunyi macam berlagak tapi betul apa...kan?

so,selamat mencuba.

psstt::bila nampak daun luruh banyak-banyak sampai pakcik tukang kebun nak sapu pun susah,bertukarlah ke feeling musim luruh.bila nampak bunga kaler pink berjurai-jurai kat atas pokok ala-ala bunga sakura,cepat-cepat pergi cari baju ala-ala kimono kira feel habis macam kat jepun.tapi bila panas teramat sampai rasa macam kat gurun,korang jangan pergi bukak baju pula tengah-tengah taman konon-konon feel ala-ala tengah sunbathing.kompem orang kata gila.

chow.

-

Friday, January 28, 2011

nih bukan sedetik nih,dah berdetik-detik

hallu peoples.

just came back from carey island.kepala sangat berpusing.i just feel like vomiting.sangat loya dan berpusing-pusing kepala.ini semua sebab terlebih focus on GPS and map of carey island sebab nak pusing the whole island.bayangkan lah dengan lalu jalan teruk,dengan masuk lubang apa semua.just lucky ada driver jabatan yang sangat hebat membawa kenderaan 4wd.kalau tak,memang nampaknya kena tidur di dalam ladang.memang terbaik kalau kena tidur dalam ladang sawit di tempat yang confirm orang tak jumpa.hoho..takut.still lagi berpusing dan loya tengok pokok kelapa sawit.enough for this week.kalau ada lagi pokok sawit depan mata sekarang,terus muntah tak payah tahan-tahan dah.

i had this one song yang keep playing in my mind dari bangun tidur sampailah pergi joging sampailah nak tidur,asyik terngiang-ngiang je.dan bila dengar lagu ni,dah tak boleh buat kerja apa-apa dah.punyalah kuat bahana lagu tuh pada diri aku.mencik.sebab akan asyik fikir ada tak orang nak nyanyi lagu tu untuk aku.ok,semua dah tau jawapannya.absolutely NOBODY.

eh,lagu apa?

ni ha..lagu SEDETIK LEBIH by Anuar Zain.suara bapak sedap.walaupun macam meleleh-leleh sikit,tapi sebab suara dia susah orang lain nak bawak,aku tetap suka.nah nah bagi korang dengar sikit.



sikit je kan dapat dengar?nak lebih-lebih pergi download kat 4shared.hikhikhik:)

psstt::anuar zain hensem kan?tapi,sayang..kenapa dia taknak kat ai

Thursday, January 27, 2011

i am a cute rabbit!

hey,chinese new year is approaching!!for those who celebrating it,u might be very busy searching for new clothes,new furnitures,new things for this celebration and of course,the most important event,MAKAN BESAR!!!actually,all celebration of raya tak kira whether chinese new year,raya aidilfitri, or deepavali,christmas ke...it's all about gather with your family and loved ones.am i right?masa celebration ni,we'll be together,hugging each other,talking for the whole night,eating together,and everyone look beautiful and handsome on the first day of perayaan tu.

and for this year,it is the year of rabbit!!!!!!!!and i'm in that year!actually,takdelah nak percaya sangat dengan astrology ni semua cuma suka baca.sometimes,rasa macam betul jugak but then we can't believe it hundred percent.it just prediction.setakat untuk suka-suka bolehlah.

SIGN OF RABBIT


People born in the Year of the Rabbit share certain characteristics:  Keen, wise, fragile, tranquil, serene, considerate, fashionable, and kind.  Generally, they are quite calm, do not exhibit aggressive behavior, and will avoid confrontation at all costs.  When angry about something, they will approach it calmly and considerately, hardly ever raising their voice.  And they are quite keen and pay close attention to the situations developing around them.  They are intelligent and quick, and can talk themselves in or out of most situations with no problem.
The Rabbit is a symbol for mercy, elegance, and worship of beauty.  People born in the Year of the Rabbit are kind, loving persons, and dislike any hostile act.  They give others an impression of being frail-looking because of their gentle appearance.  But, in fact they are strong-minded and have strong wills.  They pursue their ideals all their lives in a precise and orderly way.  They do things slowly and deliberately because of their cautious characters.
There is no need to worry about their lives.  They are nimble, clever and good at avoiding harm to themselves. They are talented and like artistic ventures, such as painting and music and are generally quite present in these worlds.  They are also very hospitable, good hosts and warm-hearted companions.  They never embrace others in public places.  They know the art of saving face and giving consideration to the interests of both sides.
People born in the Year of the Rabbit are apt to be sensitive to ailments and to have bad allergies.  Stress or conflict will detriment their health.  Exercise could take off unnecessary stress and strengthen their physical condition.  They have to learn to incorporate more action into their everyday routines.   
They will become depressed and withdrawn if their homes do not consist of beautiful possessions that make them comfortable.  Their homes and offices usually are clutter-free.  They have really good communication skills and are best utilized in positions of management.  They make great teachers and counselors because they are so diplomatic and well-organized.  They can also make great painters or musicians due to their sense of beauty and their love of creativity.
Rabbit people are usually relatively careful when it comes to their finances.  They use much of their money for possessions such as their homes, cars or furniture.  They love hunting for antiques, arts and crafts and will tend to make sound investments in these types of things.

yang kaler biru tu semua is so me!!!!like!

Forecast for 2011 
The Rabbit will have found the momentum during 2010 quite unsettling, little realizing that his accomplishments during the year will set him up beautifully for his own year in 2011. This will be a stunning and most favorable year for him, especially in regard to work and career. His ability to interact with others will put him in the lead for any promotions at work. Also, if the Rabbit is considering a completely different career, this is the perfect time to explore his options. Not only will the change energize him but he will feel happier than he has done in some time. March to May and October to November will be important times for career developments. Finances during the Rabbit’s own year are buzzing, with his luck running high! He may see a salary increase, receive a gift or make extra money from a hobby or entrepreneurial idea. Socially, August, September and December will be hectic! Single Rabbits could meet their significant other this year and the relationship could move very fast. Those with partners will find their relationship becomes more serious and important. Stress and worry over decisions may drain the Rabbit’s vitality during 2011 and it’s very important he gets enough rest and relaxation. He must also remember to call on friends and loved ones for support and advice during any challenging times.

Interesting Rabbit Facts:
Zodiac Stone: Pearl
Special Flower: Jonquil
Best Hours: 5-7 am
Season: Spring
Horoscope Colors: Grey, White

hey,nak tau siapa yang berkongsi year dengan aku????

what a sexy rabbit!!!!!!

and me the cute rabbit!LOL



Monday, January 24, 2011

JSAL

haruskah aku memilih
untuk mencinta
biar tak ada rasa salah rasa benci di hati

jangan sakiti aku lagi
bila tak suka
dan jangan dustai lagi bila tak cinta
aku bisa terima bila ternyata kau jauh

LOL..

psstt::poyo je semua statement di atas.terkenan la nih sepupu semua mode jiwa2,tapi tiba2 ai mode jiwa2 hancur.ahaks.kena lain sikit.skrip di atas semua di buat kopi dari kopi cap radja.

Friday, January 21, 2011

cuba tengok sini

salam people..

baru-baru nih,i join this contest by eightdesignsboutique. hoho,sangatlah ramai penyertaan but i accepted as one of the contestant.so lucky!this is my first time join contest yang perlu vote2 nih.so,i hope that u guys can help me voting this pic.really appreciate!sangat-sangat boleh menggembirakan aku.jadi,plz make me happy.tak susah pun.just kena like je:)

mudah je caranya:

1. pergi dekat sini-->http://www.facebook.com/eightdesigns. like dekat page ini.

2.pastu, like gambar nih eh!
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=483870620807&set=a.483869670807.260851.130763970807

lagi banyak korang vote,lagi aku sayang korang semua.semua aku bagi flying kiss...jadi,vote eh!

mmuah!thank you people!

Monday, January 17, 2011

bukan nak mintak tolong ingatkan aku.

lagi sebulan je tinggal nak pergi fieldwork.dan-dan macam-macam pulak hal nak jadi.jadi,mari bersabar.kalau aku kaya raya,dah lama beli sebijik kereta hari ini jugak.tarikh semua ada,jadi tak payah ingatkan aku tarikh tuh.tapi tolong berikan kenderaan untuk aku pergi fieldwork.pening fikir bila sampai macam ni.sebab kawasan nak pergi fieldwork bukannya calang-calang walaupun tak seteruk jalan nak masuk hutan.tapi kalau dah namanya jalan ladang,teruk jugak kan.dibuatnya bila time hujan,lecak selut semua.bawak kancil,memang tenggelamla kan.

abah,nak kereta 4wd satu!

midvalley,OU,the curve,cineleisure semua aku punya!

hambek...semua pasaraya yang ada semua aku punya nanti.so,kalau ai pergi shopping nanti bolehlah mengada-ngada nak kedai mana-mana.kau ada?

gila berlagak.ini semua sebab aku dah melabur dalam amanah hartanah berhad.aku suka ayat MELABUR tuh.bukan melabur kat jamban.melabur kat hartanah-hartanah yang ada.rasa macam berada betul bila dah melabur nih.macam duit berkepuk-kepuk ada padahal bulan nih aku dah bankrap.buat loan dengan ibu.nasib baik ada banker yang siap bagi kad bank lagi.hoho..*mata bersinar-sinar*.

cuba korang tengok iklan nih->


Amanah Hartanah Berhad ni merupakan pelaburan ke atas hartanah dan dilancarkan pada 29 november 2010 oleh pelaburan hartanah berhad.baru je lagi kan?ada info yang aku dapat dari laman web incik matjoe.

1) Hanya bumiputera sahaja yg boleh langgan
2) Harga unit tetap, RM1
3) Labur kt sektor hartanah sekita KL dan Selangor. Selebihnya dlm Islamic Money Market untuk tujuan kecairan
4) Berlandaskan Syariah Islam
5) Jumlah pelaburan permulaan, RM 500.Jumlah pelaburan maksimum, RM 200,000 Pelaburan tambahan RM 100, Jumlah baki minimia, RM 500, Pengeluaran minima, RM 500
6)Kekerapan pengeluaran, sebulan sekali 
7)Boleh melabur untuk anak sekecil usia 3 bulan
8) Sasaran pulangan kepada pelabur, minima 6%
9) Pengurus dana, Mayban Investment Management Sdn Bhd
10) Boleh beli disemua cawangan Maybank diseluruh Malaysia
11 ) Tahun kewangan 30 Sept, Pulangan 2 kali setahun
12) Saiz dana adalah 1 billion ringgit


aku copy je sebab aku rasa info yang incik matjoe nih bagi sangatlah simple dan senang difahami.kalau nak tahu lebih lanjut cuba baca prospektus yang telah disediakan.pergi maybank.aku buat nih sebab ibu beria-ria suruh buat.adik aku siap labur beribu riban.dia kaya,takpe.*tutup muka*.bagi aku,bagus jugak once kita dah melabur nih.at least we have something.tapi kena lah juga menambah bulan-bulan kan.


takpe-takpe,mari melabur:)

Tuesday, January 11, 2011

who are you,people

a few names keep playing in my mind..try to get rid those names right now.

shuuh,shuuh...

Monday, January 10, 2011

hell yeah,i'm fool

its amusing how sometimes i lose my mind
the things that i would never do
i cant sit still i get caught in
the excitement
till me senses return to me
this love plays me for a fool
i’ll never know. no i’ll never know
your smile makes me lose my cool
i’ll never show. no i’ll never show
sekadar untuk permainan
aku menoleh, ku persetan
masih ku ragu niat hati mu
bermimpi di tengahari
mengukir ciuman di bibir ini.
ooh.
im stopping for a moment
to glance back
before i say things i’ll regret
just waiting for the right time to come
for this story to come undone

- a song from estrella entitle 'foolish sense'

yeah,i'm damn fool.but who cares aite.untuk kesekian kali,sorry heart,sekarang nak lempang kepala banyak kali.macam B.

ok,mari bertukar mood.macam C. :) eh,ke nak macam L?eh,tiba rasa macam kenapa L?*lempang lagi*

ok,nyanyi lagu ABC ramai-ramai.

my BFF contest!

hye people!

today bukan hari BFF day.tapi aku rasa everyday pun kita tetap dengan BFF kita.terjun longkang pun sama-sama dengan kawan,pergi mengeteh pun dengan kawan-kawan,guling-guling pun nak ada kawan-kawan jugak.jadi,as appreciation untuk kawan-kawan korang or BFF,jomlah join contest yang dianjurkan oleh EIGHTDESIGNBOUTIQUE ni.dalam blog nih,banyak baju-baju cantik yang dijual..tak percaya pergi terjah.

dah tengok??lawa-lawa kan.if nak try-try atau tengok close up lai,better pergi je terus ke kedainya di bangi.if tak silap,di kota bharu pun ada :).ok,sambung balik pasal entry ni.cuba korang enlargekan gambar kat bawah ni. menarik kan??so,syarat-syarat nya ada kat bawah poster nih.happy joining!



 Caranya: 
-pilih gambar kamu bersama kawan-kawan rapat kamu. samada gambar berdua atau ramai. yang penting, mereka adalah BFF kamu! pilih gambar yg paling menarik. pilih 1 keping gambar yg terbaik sahaja.
- emailkan gambar tersebut, nama penuh, dan facebook kamu kpdorder@eightdesignsboutique.com
- kami akan masukkan gambar kamu kat facebook fan page eightDesigns
- gambar yg dapat like/undi terbanyak akan menang mengikut susunan hadiah!

Syaratnya:
- BFF kamu mestilah seorang perempuan. hehe. takmau gambar bersama boyfriend/suami :p
- kamu dan BFF kamu mestilah berpakaian sopan. tak kesah la baju yg kamu pakai tu beli kat mana-mana pun. asalkan berpakaian sopan je. mestilah gaya eightDesigns! jika kamu/bff kamu seorang yg freehair pun boleh join contest juga :)
- gambar yg posing gile2 dan kelakar dialu-alukan =D
- like/undi yg diterima mestilah genuine, daripada rakan-rakan facebook kamu yg tinggal di Malaysia.
- hadiah shopping voucher eightDesigns dan penginapan di hotelCrowne Plaza Mutiara KL tidak boleh ditukar dgn wang tunai. eightDesigns berhak mengubah hadiah yg ditawarkan tanpa sebarang notis.
- hadiah penginapan di Crowne Plaza Mutiara KL mestilah ditebus dalam tempoh 3 bulan dari tarikh keputusan diumumkan 
- eightDesigns berhak membuat sebarang perubahan kepada pertandingan ini.

Tarikh tutup penyertaan: 30 Januari 2011

 so,paham kan semua syarat-syarat dan cara nak masuk contest ni kan?kalau tak paham jugak,tak taulah apa yang korang paham sebenarnya.so,untuk contest nih aku pilih gambar beramai-ramai geng power rangers nih.sila baca entri ini--> power rangers menyerang muka buku


pic ni credit to mike yang ambil gambar kitorang semua di malam tersebut.

we're really having fun together aite?miss the moments when we can gather together since sekarang sangat susah untuk gather semua orang kan.mari bergathering sekali lagi.rindu saat di mana semua bertukar menjadi power rangers :)

FRIENDSHIP FOREVER












Sunday, January 9, 2011

ternyata

just wanna share with u guys..this song really make my heart sing lalalalala.feels like u wanna stroll along beach,wear white dress bringing white wedges in your hand,with a big hat.berangan takpe sekali sekala.kan?




lots of love,
eyeme

:)

Saturday, January 8, 2011

i'm broke.nope.it's not about broken heart.but my heart is broken when i'm broke.

engkau pening baca tajuk?aku pun pening.dan sangat pening fikir masalah hal dunia.bukan dunia engkau.tapi dunia aku.

broke ok bulan ini.bila broke,hati pun jadi broke jugak.remuk sebab bila jalan-jalan atau berwindow shopping,hanya mampu tengok sahaja tanpa boleh membawa balik.remuk hati nih okeh.remuk sampai rasa dah jadi macam jigsaw puzzle yang kena cantum-cantum balik.dah,tamau tulis banyak.kalau tulis panjang-panjang satu huruf kuar singgit,masyuk jugak.kalau cakap banyak.satu titik air liur jadi singgit pun masyuk jugak.dah cukup.

sumber:google

ada tak pokok duit macam nih?tak mahu pokok krismas,mahu pokok duit yang bila tak ada duit,petik je daun.kalau ada,aku sanggup tanam dan bawa pergi mana-mana.ada tak?ada tak?


Thursday, January 6, 2011

craving for lempeng

hari ni baca blog pakcik mat gebu,terus merembes-rembes air liur.pipi mula terasa kembang.kebetulan pulak,hari ini berpuasa sunat.kalau tak beristighfar tadi,ada pergi bukak puasa mencarik lempeng sampai ke sudah.pakcik MAT GEBU letak entri pasal penkek.adeh...pantang betul kalau pasal penkek ke,lempeng ke,wafel ke atau apa-apa yang sewaktu dengannya.air liur memang terus leleh leleh.

aku cukup suka makan benda-benda macam ni.sebab tu aku cukup suka pergi daily fresh yang ada macam-macam wafito tuh.masa kecik dulu,ibu abah selalu buat lempeng.senang je,pakai tepung je pun,tapi sekarang nih semua benda pun asyik nak beli.mana nak jumpa wehh lempeng nih.kalau masuk hutan dulu,selalu request apak masakkan lempeng makan dengan susu.terus bersemangat nak buat kerja.sekarang nih dah craving lempeng sangat-sangat.boleh tak sesiapa masakkan untuk aku?kat kolej tak ada dapur..wuwuwuuwuwu (alasan baek punya)..

sumber: belog pakcik mat gebu.segebu pancake kat atas nih.nyum!

cukup cukup.nak pergi bukak puasa.masih mengidam lempeng.mana nak cari nih.

calling for lempeng susu,lempeng susu,lempeng susu!!!!!!

kalau jerit camtuh,lempeng susu datang tak?ok,nah,LEMPANG!

Wednesday, January 5, 2011

wish 2011 is better than 2010

hye 2011...

i really happy to see ya..i wish u will bring more joy and happiness to me.semoga tahun baru 2011 ini memberi semangat baru,kesihatan yang baik sepanjang masa,tak mahu ketakutan,mahu fresh setiap masa,mahu senyum sentiasa,tak mahu kesedihan berpanjangan,dan mahu bersedia untuk menjadi lebih matang.eh,bior benor kan..aku cakap matang eh???

hmm..i don't feel 2010 is a good year for me..rasa macam tak mahu ulang apa-apa untuk tahun 2010..full with sorrows,sadness,darkness.tak ada kaler lansung,asyik hitam je.mungkin ada terpalit sedikit kaler,tapi lebih banyak kaler hitam dari kaler terang-terang yang ceria.if u guys baca blog ini dari awal,mesti cakap budak nih macam-macam lah.asyik sedih je.menyampah.

JANUARI: i'm sick..lepas tu hati juga sakit sebab boyfren (boyfrenkah??sudah ex) asyik ignore dan asyik tidur dan..huhu,banyak sangat dan.cukup cukup.bulan ini juga first time dalam hidup buat operation,masuk bilik bedah semua.first time oke.tengah mengucap,dah tak sedar apa dah.takut woo.

hidung darah kena letak ais batu

FEBRUARI- macam-macam jadik februari nih.penuh dengan air mata tetapi di hujung bulan terselit sedikit gembira.hati mula jadi kosong.maka,bermula episod putus cinta (apasal ayat macam drama?).dan juga hari jadi yang disambut banyak kali.makan beberapa kek sampai gumuk pipi.kau ada?
ini salah satu kek yang dimakan pada malam birthday:)

 MAC- still sick..dugaan buat aku.oh,dan juga sudah single.jadi mahu ke mana-mana sudah tidak kisah.bulan nih banyak birthday orang yang rapat dengan aku.masih dengan air mata.handphone sampai dua tiga hilang kena curi.memang nasib malang.

beli baju ini untuk bagi diri happy.yes,i'm happy:)

APRIL - tak banyak yang perlu diceritakan.still sick sebenarnya.tapi,kena lawan.sudah mula bergiat dengan penangkapan gambar-gambar alam sekitar.
captured in hutan simpan tekam

MEI - hati ini diluka lagi.ecewah,ayat.tapi betullah..sakit betullah hati.dah sakit lagi.bulan nilah nak demamlah,apalah.oh,bulan ini juga first time menjadi presenter di seminar.wah,semangat!
semangat kan?

JUN - banyak kenduri kahwin dan tunang yang perlu dihadiri. sekejap sakit,sekejap elok.misteri.tak suka.
di hari tunang kak dina

JULAI - semangat untuk menulis blog mula menurun.entah kenapa ye.bulan yang banyak berjumpa orang,banyak reunion,banyak berjalan.bulan ini sedikit gembira nampaknya.hey,first time ke oversea okeh!bali bali bali..aku mahu ke sana lagi nanti!mari berjimba!
sambil menunggu sunrise di bali ye

OGOS - masalah hati lagi.bosan okeh.tak paham betul lah kenapa dengan orang-orang yang berkenaan ini.jadi,baik pergi ke pangkor mengambil angin sambil makan sedap-sedap dengan free.terima kasih sham.oh,hari merdeka juga.
suke topi besar itu!

SEPTEMBER - hey,raya!!masa untuk berpesen!masa raya nih jugak pun ada semberono yang nak buat hal jugak.adehlah.apa kejadahlah orang-orang macam ni.takpe,hari raya yang mulia kena maafkan orang.
suci je kan bila pakai jubah.sebab tu kena maafkan lahabau-lahabau yang ada.

OKTOBER - musim orang kawen jugak.aish...bape banyak kali amik berkat nih.masih ada lahabau yang mengganggu.aish.....(mengeluh lagi).
my luvly cousin dah kawen:)

NOVEMBER - semakin sihat:) tapi masih ada lagi sisa baki sakit,tapi tak apa,ai kan power ranger biru,wajib lawan!oh,my bestfren sudah bertunang..congratz!birthday ibu juga di bulan ini..bulan yang rasa nak tengok hindustan je,konon-konon nak feel,hambek sekalik tak cukup tisu pakai bantal nak lap air mata.
my dearest rai n me on her e-day

DECEMBER - sangat malas di bulan ini.tengok,berapa kerat entri je yang aku post..suka duka di bulan ini.another conference yang telah dihadiri,just present poster.tapi yang pasti harus ada tema=biru ok.dah elok-elok ikut tema,ko cakap meraban kan.di tengah-tengah bulan kegembiraan sedikit terpancar.ewah,tak boleh blah.di hujung bulan,mula bertambah sedikit kegembiraan lagi dan juga diselang seli dengan kemasaman kemurungan.biasalah tuh.dua orang sepupu bertunang sekali gus.hoho..

hati bunga-bunga.sikit je pun.tak cukup 7 jenis bunga dalam hati.

sekejap je kan.dah masuk 2011 dah.banyak duka dan pembaziran air mata di tahun 2010 ini.kalau ditadah,dah lebih 7 tempayan dah agaknya.puteri gunung ledang pun siap boleh pakai air mata aku untuk mandi lagi.hate being sick.tapi,itu semua dugaan dari tuhan kan?mesti banyak dosa yang dah buat,jadi tuhan bagi sakit supaya beringat..insaf.hehe.

untuk 2011,dah siap timetable sebagai rutin harian yang harus diikuti.ecewah.hey aimi,sila habiskan master kamu nih tahun ini juga.jangan malas-malas.pukul buntut baru tau.

ready for 2011!!!!!!semangat!!!!

GOODBYE 2011!







Tuesday, January 4, 2011

senyum tak perlu cakap apa-apa

tak perlu nak cakap apa-apa.

senyum sahaja.

u smile,i smile.

hati sedang senyum.

bibir juga sedang senyum.

perasaan juga sedang senyum.

cukup-cukup..

Monday, January 3, 2011

NEW APPEARANCE

rasa macam apa je tulisan kat blog aku nih.whatever.tiba rasa macam aku suka.maka aku letak dulu.bila aku rasa aku pening lalat nak baca nanti,aku tukar ya.

do welcome:)

being a cool sister with three tough brothers

hey,sudah 2011. umur bertambah tetapi hati masih rasa muda.sentiasa rasa muda sehingga rasa macam anak bongsu.padahal tak sedar diri kakak sulung.tetapi,rasanya adik lagi matured dan rasa macam ada abang.cool kan ada adik macam tu?baru rasa macam muda sentiasa.boleh manja-manja dengan adik-adik.menjadi seorang sahaja perempuan dalam empat orang adik beradik adalah gembira.tapi kadang2 tak best.tak boleh kongsi-kongsi main anak patung ke, mekap-mekap ke,tukar-tukar baju ke.tak boleh nak gi beli tudung sama-sama,tukar-tukar pesen baju arini ko pakai baju aku,esok aku pakai baju ko pulak.tapi bila sorang-sorang perempuan,ada manyak syok.ko boleh pakai tshirt adik tapi adik tak boleh pakai baju ko.ko dapat kasut,adik pun dapat kasut.tapi bila ibu beli rantai,gelang cincin semua,adik-adik tak dapat.syokkan.

zaman kecik-kecik dulu,tak adela nak main anak-anak patung barbie ni semua.apa barang beb.cover ok padahal abah tak belikan pun sebab mahal. sebab yang lain semua lelaki,jadi lagi best main rumah-rumah.habis kerusi rotan yang ada diterbalikkan,ikat,letak cadar kat atas jadi bumbung.pastu susun-susun kusyen untuk berehat.dah bosan berehat dalam rumah tipu-tipu main pulak hempap-hempap ala-ala rikishi menghempap the rock.style ok.masa kecik,selalu gaduh dengan amar.sebab dia sangat mengada.aku nak selimut biru,dia nak jugak.last-last aku jugak yang kena hanger.tak fair ok.mencik.tiga hari ada bentuk hanger kat belakang badan.

ada adik-adik lelaki yang tough juga sangat best.dan adik yang KAYA macam amar.sekarang adi pun dah kaya.amir pun kaya tapi semua duit dalam bank ibu yang simpan.kakyong je yang tak kaya.jadi kayong boleh mintak duit daripada adik-adik yang KAYA.kelmarin,lepak bersama.best dan sangat rindu dengan adik-adik.kau gaduh macam mana pun tapi tetap adik beradik.kau benci macam mana pun tapi tetap adik beradik.bila duduk sekali,rasa macam nak lepak lama-lama.banyak benda nak cerita.banyak benda nak ungkit.banyak benda nak tanya.'duit ko banyak lagi ke?gf ko macam mana sekarang?nanti kita pergi jalan-jalan nak tak?kau kata nak belanja kenny rogers kan?kau kata nak belanja kasut kan?' nampak kan di situ betapa materialistik nya kakak ini?wateva,korang sayang kak yong kan?nanti kakyong belanja eh?

bila seorang adik dah nak balik sekolah hari ini,terus perasaan baur-baur mata kaca-kaca bila balik bilik.sebab adik semua lelaki,mana boleh touching-touching,nanti tak macholah.jadi mari menangis di bilik sahaja.being seorang shj gurl in family juga rasa sgt protected sebab ada adik-adik yang macam bonzer.pergi mana pun,orang kata aku macam adik.jangan jeles amar:p.

ini secara ekslusif nak cakap.love ya brothers!