Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Monday, August 23, 2010

pemakaian pakaian yang sesuai untuk shopping baju

bila nak shopping memang seronok...agak-agak nak gi midvalley yang sekangkang kera tu pun beria nak berpesen lebih-lebih..tak payah pergi midvalley,pergi maple jalan 223 pun sibuk nak pakai cun-cun..padahal sampai maple,kena asap rokok,panas segala,selekeh jugak.bukan orang pandang kau pun..kalau aku rasa macam tak sihat dan cakap pada adik aku,kompem dia akan cakap 'nak aku bawakkan ko gi mid ke?'..tengok..bukannya nak cakap 'nak aku bawakkan gi klinik ke?'nampak tak di situ kat mana sebenarnya tempat yang paling sesuai untuk aku kalau agak-agak macam pening atau kurang sihat sedikit?????

bila dah sampai kat shopping mall,tak kisahlah kat mana pun,kompem akan beli something dan benda yang aku paling tak tahan kalau ada yang menarik hati adalah baju.aku tak kisah sangat handbag atau kasut tapi baju boleh buat aku miskin sekejap.kalau bawak duit rm20 pun boleh beli sehelai baju lagi lepas cucuk duit tambah sedikit.inilah masalahnya.dan masalahnya satu lagi adalah bila dah berkenan malas nak try.sebab malas nak bukak baju ngan tudung ngan seluar yang dipakai.

tapi............................................try baju akan jadi lebih senang bila korang pakai macam ini..well,masing-masing punya pendapat sendiri,jadi ini mungkin sebagai cadangan sahaja.takdelah best mana pun,cume bagi aku,rasa sedikit akan menyenangkan.

  • pakai cardigan atau jaket.senang nak bukak.
FULL TILT Long Sleeve Womens Essential Cardigan ELEMENT Des Womens Hooded Jacket
  • pakai singlet,tube,tshirt yang sedikit fit sebagai inner.kiranya nanti if nak try baju lain takyah tanggalkan inner nih sebab kira dah fit dengan 
ASICS Women's Core Running Singlet,White,Medium
  • pakai seluar atau skirt yang selesalah ikut korang
Dickies Women's Wrinkle Resistant Flat Front Twill Pant With Stain Release Finish,Khaki,18 TallprAna Women's Staci Skirt, Black, Large

  • pakai tudung yang senang nak pakai,jadi senang tak payah nak lilit lilit,pakai brooch,hilang brooch dalam fitting room..banyak pulak masaelahnya.



ni memang jenis pesen yang aku suka pakai di mana-mana sebab senang nak match.cuma tukar kaler singlet atau cardigan je.pesen macam nih mungkin boleh menyenangkan dan orang lain yang tengah tunggu fitting room lepas kita takdelah nak mengomel panjang sebab kita lama sangat duk dalam tuh  sebab sibuk nak lilit balik selendanglah,nak pakai baju yang ala-ala complicated lah.nak nak masa bulan puasa nih semua pun sibuk nak beli baju raya.kompem fitting room memang penuh gilos dengan orang beratur panjang.oh,renung-renungkan dan selamat mencuba!

psstt::senang senang pakai jubah yang ada zip kat belakang atau butang je..lagi senang dan menutup aurat..alim alim kucing gitu~

3 comments:

Afiqah Abdul Rashid said...

oh jaket yang kanan tu sangat cantik!!
skirt itu pun cantik!! T.T

Cik Birder said...

oh.itu sume ihsan amazon:)

annazanariah said...

oh.. cantiknya jaket tu.. jatuh hati pulok.. hahahahah... nice tips la aimi. boleh praktik pasni..