Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Monday, May 31, 2010

MARAH

DAMN!

Akok kok kok

korang semua pernah makan akok tak??korang tau tak akok tu apa??ala...akok....kuih yang popular kat negeri pantai timur tuh....kadang-kadang dekat pasar malam mana-mana kat kl nih pun ada dijual..tapi,moden sikitlah cara nak buat nya....kalau pergi kelantan,memang boleh tengok still pakai cara tradisional lagi...sangat menarik lah...rasa nya pun lagi mengancam lah!!!

masa aku pergi kelantan baru ni,sempat singgah di satu gerai buat kuih akok nih...aku memang suka kuih akok nih..dari sejak aku sekolah menengah lagi,tapi kalau makan banyak2,muak jugak rasanya sebab banyak rasa telur...lagi satu aku suka satar!!!feveret gilos..tiba-tiba aku cakap pasal satar kan??mengidam dowh..

masa ni abang faris tengah tengok cara-cara nak buat..dan mahu order banyakkkkkkkkkkkk

tengok,still pakai dapur lama ni tau..siap pakai hampas kelapa,arang semua..hitam tahi hidung tengok dekat-dekat
gelabah makcik ni..banyak kitorang order..bahulu dengan akok..bahulu dia sedap jugak..rasa pandan,warna hijau..bertimbun kelapa yang dah siap kopek kat belakang nun..tu makcik tu tengah buat adunan nak buat akok lah tuh

marvellous bahulu!fuuh..panas....hot hot
tu dia akok dah siap...tengah2 akok tuh siap goyang-goyang lagi keluar dari acuan..lembut jer...hmmm.....sedapnyalah...panas-panas berasap lagi dah masuk mulut..ish ish ish...tak sabor..

so,kalau pergi kelantan lagi,harus beli kuih ini dan juga keropok ye!!harus juga singgah wakaf che yeh untuk membeli wedges!hahah....tu baru sikit..belum jenguk pasar siti khadijah lah,rantau panjang lah....fuuh...bankrap..

psstt::bukan aku kata aku dah trauma nak pergi kelantan ke?

Sunday, May 30, 2010

trauma ke kelantan untuk berucap

entri ni patutnya basi dah..tapi suka hatilah..roti gardenia kalau basi pun boleh makan lagi kalau letak dalam freezer kan??kalau korang tak makan,aku dengan kagum nak cakap aku pernah je makan roti stok entah bila2 expired beberapa bulan...hebat kan???hahah..tuh bukan moral of the story yang aku nak cerita..

ini semua pasal aku pergi kelantan 19hb hari tuh untuk conference NCNR2010 yang dianjurkan oleh UMK..dari kl nak ke kelantan,selalu berapa jam ye??kenapa masa aku pergi dan balik kelantan tu rasa macam lama gila..driver bawak laju pulak tu..memang rasa macam-macamlah...dahlah aku asyik nak pergi toilet je..tapi asyik lalu hutan banat je,mana nak jumpa toilet...giler rasa,dahlah gastrik..takpelah,pengalaman...aku siap cakap dengan lecturer lagi..'susahlah nak kahwin dengan orang kelantan macam ni'..ahha..lecturer aku dah gelak2 je..yelah,aku asyik tanya bila nak sampai je...orang lain pun suka gelak2 aku,sebab asyik ulang 'macam mana nak kahwin dengan orang kelantan,jauh sangat'..hahahha

untuk conference ni,aku kena present oral..ecewah...berucap sebentar macam YB eh...jangan marah...rasa macam best presenter pulak walaupun sebenarnya sangatlah hampeh ditambah dengan aku selamba buat muka kartun kat depan orang ramai masa tengah present kan...takpelah,tengok jelah gambar..

 ok..aku memang mengantuk gilos masa nih..mata dahlah sepet,terpaksa membulatkan mata
 sebelum masuk mendengar keynote presenter hebat
 kat kedai makan..sempat breakfast..mentang2 tak present hari first..kalau tak mesti dah terberak terkencing
 jelitawan-jelitawan yang lain
 second day-masa nih tersenyum riang sebab dah present..kalau tak,macam ayam berak kapur
 gambar beramai-ramai:)
 ok,masa ni aku present..tak boleh blah..cakap macam sangat bagus..siap boleh suruh orang tanya lagi..berlagak..bila nak jawab,terus down
 tengok apa aku buat masa orang lain present...
 wedges baru beli kat wakaf che yeh!aku suka!
 with my roomate,hutanmate,coursemate,coffeemate..semua mate yang ada..
 perasan
 with my lecturer..muda kan ayah??
my lecturer dengan semua anak didiknya...

bulan tujuh ini mahu pergi bali pula untuk conference yang lain..yeah,it just poster!!jadi boleh melancong!!!!

psstt::nanti aku tunjuk pasal pembelian kuih akok..sedap woo

Saturday, May 29, 2010

ok fine...he already has a lover

hey people..what do u feel if you found out your boyfriend or husband or secret admire already has lover?gosh..will drive u crazy!i can't imagine if someone i really really love doing that to me..i just can't imagine..i don't know what will i act through this..and what should i do in this situation..

macam-macam kes dengan cerita orang pasal hal-hal macam ni...baik yang baru couple,yang dah kahwin pun ada!!sekarang,susah nak tentukan orang yang kita sayang tu setia ke tak dengan kita..tapi bukan tak ada lansung..masih ada cuma sukar ditemui..

mungkinlah ini sebab aku takde boyfriend lagik??????hahhaha...tiba-tiba rasa moral of the story nak ckp single lagik..hahahhah...abaikan...sebenarnya aku takut rapat dengan orang,tiba2 tahu yang dia dah ada kekasih ke,isteri ke..dahtuh,aku ni macam sebagai teman tapi mesra jer..tu yang merisaukan...hoho..mesti kecewa gila kalau tahu...

hoho..tolong jangan macam ini

kenapalah laki suka taknak cakap yang dia dah ada girlfriend ke,isteri ke..sepupu aku yang dah kahwin pun mengalami hal ni..rasa macam sangat marah,tapi nak buat macam mana..bukan rumahtangga kita..nak tolong pun boleh bagi semangat jelah...

sometimes,we thought that bila seorang lelaki ini terlalu baik,kita pun akan tengok the way he treats us..mestilah kita akan suka...at first memang lah kita layan macam kawan je..tapi kalau dia dah lebih2 pulak..mesti kita macam rasa suspicious..tapi bila kita find out dia sebenarnya dah ada orang lain or actually dia dah kahwin,confirm akan kecewa gila kan??walaupun kau tak taruh harapan tinggi pun,tapi once kau dah baik dengan seseorang,rapat gila,kau memang akan terasa jugak..betul tak??aku tak taulah kalau salah kan....perasaan kan..mana boleh tahan2..


psstt::terbaca mesej2 di wall seseorang dan rasa macam 'adakah sekadar teman tapi mesra'?

demam angau

aku demam.

dah lama tak demam,rasa risau..macam tiba-tiba.memang dalam empat hari sebelum nih dah rasa macam kejap sejuk,kejap panas...entahlah...bila aku rasa takut tiba-tiba,mula badan terus jadi panas..bila aku macam cool down kejap,suhu macam biasa pulak..aku baru balik dari fieldwork semalam..masa kat ladang lagi aku dah rasa macam berat gila tengkuk aku nih...dahlah panas..tapi buat bodoh je...sampai kat um,aku dah rasa macam lain je..badan macam panas sikit..kenapa ye??

malam sebelum tu kan aku ada beritahu aku dapat panggilan dari secret admire yang dia pun tak tau aku admire dia..hahah...cam bodoh..masa tu memang dah rasa muka panas,merah2..esoknya aku terus demam..adoilah..doktor kata aku stress,sebab blood pressure macam naik sedikit..hoho..merisaukan aku..yelah..aku rasa macam dah lama tak gelak bergembira sejak abis dari tahun lepas masa asyik masalah dengan ex.huhu...sangat tak best..patutnya aku chill je,gembira je,jangan pikir macam-macam yang negatif..tapi macam mana????

somebody help me..bagi nasihat sikit macam mana nak mempositifkan diri dan selalu gembira sahaja???

Friday, May 28, 2010

apa kejadah budak sekolah kangkang dan kish seks ustazah?


aku saja check keyword..mengada tak tau nak buat apa..tiba-tiba aku tengok dua keyword yang buat aku macam tersedak...

bai,apa kejadah ni bai???

this is what i do while listening to other presenter

minggu lepas pergi conference di Hotel Grand Riverview kat kelantan anjuran UMK.this is my first time present oral..dahlah first presenter untuk second day tuh..memang kecut perut,sakit perut,nak terkencing semua ada..padahal,ko bercakap kat depan tuh bape minit jer...masa aku present,suka hati je cakap kuat kuat nak attract orang..bila orang lain present,mulalah..macam-macam aku buat...sambil-sambil tengok presentation orang lain yang penuh dengan haiwan-haiwan yang mereka kaji..aku pun mulalah ambik pensel melukis aku dan menconteng kertas yang disediakan..yelah,tak guna nak buat apa kan...baik aku guna...so,inilah hasilnya...for ZEN.semua nama-nama tu mewakili haiwan kajian masing-masing..hahah

Thursday, May 27, 2010

awan-awanan

di saat kebosanan yang melanda ketika sedang memerhatikan gelagat burung helang tikus yang sangatlah membosankan kerana asyik bertenggek dan menggeliat sahaja..jadi,aku melihat awan biru sambil snap2 gambar sebarang dua...boleh juga dijadikan koleksi gambar..jadi inilah hasilnya...

1.
 2.
3.
 alamak...terbalik suda...pandai-pandailah korang sengetkan pala tengok yer..oh,kelapa sawit yang gelap tu di bahagian bawah yer..hehe..

4.
 5.
 6.
 macam ombak..sukerrr

7.
 8.
awan yang kelabu macam lagu ning baizura

oh..sila pilih mana yang berkenan di hati yer...ada nombor-nombor di situ..:)

psstt::oh...baru menerima panggilan yang buat hati bunga-bunga dan terus muka rasa panas...adakah aku blushing???kan best kalau dia tahu aku admire dia..ahahah

mood lagu terbaru

aku nih kalau ada lagu yang buat mood aku terus rasa gembira,mesti aku akan ingat lama lagu nih..mulalah nak dengar setiap masa...sambil berblog ni,mood pun rasa macam best je...sekarang tengah suka mendengar lagu Black-'Sofea Jane' dengan lagu Sheila Majid-'Dengarkanlah'...selalunya lagu yang aku tengah gilos nih mengikut mood aku masa tuh.....hahha..macam-macam lah aimi oi...kat sini aku sertakan sekali lirik lagu Black dengan Sheila Majid tuh...mana tau korang nak nyanyi melalak:p


LIRIK SOFEA JANE-BLACK


Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku memiliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri
Chorus
Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Ulang chorus





LIRIK LAGU DENGARKANLAH-SHEILA MAJID


Oooo ..
Berkerdipan
Bintang di langit malam meneman bulan
Mengasyikan memadu asmara di sebalik awan

Oh bulan
Ku ingin berterus terang
Meluahkan perasaan

*
Angin lalu
Meniup menghembus membisik namamu
Menemankan senyuman menawan dibuai khayalan
Bahagia itu yang aku inginkan
Milik kita selamanya

**
Dengarkanlah laguku
Kuciptakan untukmu
Menghargai dirimu di sisiku

Dengarkanlah laguku
Kunyanyikan untukmu
Buat sekian lama
Hanyalah dikau di hatiku
Oh….

Ulang *

Ulang **

Oo ..Percaya dengan
Segala yang kujanjikan
Hidup bersama
Seperti bulan dan bintang
Ooo..

Ulang **

Dengarkanlah..





mahu kahwin??

wah..tak lama lagi,cuti sekolah..so,korang paham-paham jelah kan...kalau dah namanya cuti,confirm lah semua orang pun sibuk buat macam-macam aktiviti..dan aktiviti ini termasuklah kenduri kahwin...dulu,takdelah terasa sangat bila orang kahwin..sebab mungkin masa dulu kecik kecik lagi..kalau pergi kenduri kahwin pun sebab ikut mak ayah yang dijemput..jadi,jangan berharaplah ko nak jumpa jodoh ke apa,sebab kalau dah namanya ikut mak ayah,ko abis makan,balik.

tapi,dari tahun lepas hingga tahun ini..sangatlah terasa bila ada kenduri kahwin..sebab yang kahwin banyak dari kalangan kawan-kawan dan senior2 sekolah..hoho...bila tengok kawan sendiri atau sepupu sepapat di atas pelamin,mesti rasa macam aku pun nak kahwin jugak..hahha..mungkin sebab tu bila aku pergi karok je mesti nak try nyanyi lagu pelamin anganku musnah..tapi,kalau aku kahwin,memang aku dah taknak nyanyi lagu tu.nyanyi lagu happy married je..hahha..berangan.

hoho..beberapa orang kawan-kawan akan berkahwin pada akhir bulan ini dan bulan enam..tak masuk lagi bulan-bulan lepas raya..hukhuk...bertambah besor perut aku makan nasi minyak je kejenya...makcik pakcik sebuk tanya bila aku lak nak kahwin..ish diorang nih..tak paham ke aku masih menuntut ilmu,mana boleh kahwin lagi..tambahan pula,belum berjumpa siapa-siapa...aduh..fahamilah wahai pakcik makcikku...kalau cukup duit,ada boyfren,boleh gak nak kawen..ni tanye jer,tapi taknak carikan...hahah..

jadi,kepada sesiapa yang akan berkahwin...aku nak ucapkan selamat pengantin baru!!!!

psstt::ada sorang akak cakap kalau nak kahwin cepat,amik berkat pergi kenduri kahwin orang lain..pergi kat sirih junjung tuh,amik sikit sirih,makan..amik belah hujung..aku pun tak tau betul ke tak..tapi kakak tu kata dia dah try..hahhaha...so,selamat mencuba!!!

Wednesday, May 26, 2010

apa yang aku nak tunjuk sebenarnya?



letters to Juliet..

ok,another date hari isnin lepas..yap..to meet my sis didie and sis aspah yang gorgeous..tapi,diorang just tengok cerita shrek..so,cik and me pergi tengok letters to Juliet.aku dah tau cerita ni pasal macam romantik kan..so,aku memang tak kisah sebab aku memang suka tengok cerita-cerita macam tu..tak payah cakaplah nak ajak aku tengok cerita seram-seram,tak hingin aku nak pergi..aku ni pun jenis lembap je nak tengok wayang..bukan apa,bila ada mood,takde kawan lah pulak nak pergi.bila takde mood,masa tulah baru ramai-ramai nak ajak pergi tengok wayang..so,memang selalu lah aku ketinggalan cerita-cerita wayang ni..last-last,tengok kat astro jelah..

ok,cukup2..then,sekarang nak sambung cerita pasal aku tengok cerita LETTERS TO JULIET ni...cerita ni bagi aku,sangat sweet..sebab at last,nenek tu jumpa balik boyfriend dia yang tak jumpa 50 tahun..gosh!amazing kan dapat jumpa balik??sangat sweet...

cerita ni dibintangi oleh Amanda Seyfried, Chris Egan, Vanessa Redgrave, Gael Garcia Bernal dan Franco Nero.ewah..ala-ala nak tulis artikel kat newspaper lak kan..cerita ni genre romantik..dari tajuk pun korang suppose tau.cerita ni mengisahkan pasal seorang perempuan nama Sophie (Amanda) yang bercita-cita nak jadi writer dan dia ada seorang tunang, Victor (Gael) yang nak buka restoran Itali.so,nak dijadikan cerita,even diorang tak kahwin lagi,tapi diorang nak pergi pre-honeymoon kat Verona, Italy..sampai kat Itali yang sangatlah lawa dan best, si Victor ni asyik sibuk cari wine dengan cheese yang terbaik je untuk restoran yang nak bukak tu.so, Sophie pun jalan sorang-sorang and sampai dekat satu tempat, dia tengok ramai orang sedang menulis surat and tampal dekat dinding..(aku pun pelik kot kalau jalan-jalan tiba-tiba nampak orang nangis-nangis tulis surat,mestilah aku berhenti tengok).

masa ni, Sophie tengah tengok apa jadahlah orang tulis surat banyak-banyak ni.

Then, dia ternampak seorang perempuan Itali tenga kutip  surat-surat kat dinding tu,dia pun ikut perempuan tu dan jumpa tiga orang lagi perempuan lain yang claim diorang tu adalah secretary pada Juliet.Juliet nya aku tak nampaklah pulak.so,tugas diorang adalah reply balik semua surat yang orang dah tampal tu.sangat bagus diorang ni..banyak pahala tolong solvekan masalah cinta orang.next,si Sophie pun ikut tolong perempuan Itali tu kutip surat-surat then terjumpa satu surat yang sangat lama tak berbalas.

Sophie reply surat yang 50 tahun orang tak jumpa.sebab tu tak dapat balas

nak dijadikan cerita,surat tu sampai pada owner punya surat.dah jadi nenek dah pun..cucu dia lah yang cari Sophie ni..Sophie ni semangat pulak nak tolong nenek ni pergi cari boyfriend lama dia,jadi bermulalah pengembaraan diorang mencari Lorenzo (boyfriend nenek tu).punyalah banyak tempat diorang pergi..last sekali,barulah jumpa.memang macam tu pun kan kalau cerita movie..kalau jumpa awal-awal,sangatlah tak best jalan cerita.cucu nenek yang hensem tapi ego tuh pulak dah berubah tak marah-marah Sophie dah dan mula jatuh cinta kat Sophie.Sophie ni sebab dia tunang orang jadi dia tak bolehlah curang walaupun dia pun dah suka kat si Charlie, cucu nenek tuh..

sebab kan dah jumpa Lorenzo yang masih hensem walaupun dah tua,nenek tu sangat gembira terus berkucupan je kejenya..masa ni nenek tu cakap terima kasih kat Sophie.

Sophie ni pun balik lah ke pangkuan Victor,tunang dia tu.tapi,Victor ni still sama,tak hargai lansung Sophie,macam tak carelah..yang si Charlie tu pulak macam dah kecewa sebab dia nampak Sophie dengan Victor tengah peluk-peluk kat beranda hotel diorang.kebetulan, nenek tu nak kahwin dengan Lorenzo..yelah,dah tak dapat kahwin 50 tahun dulu..Sophie memang nak pergi dan bila dia cakap pada Victor,dia terus pikir masak-masak dan clash dengan Victor sebab dia rasa dia sebenarnya cinta pada Charlie..bila sampai kenduri kahwin,dia nampak Charlie with other lady,yang buat dia terus kecewa dan sedih.padahal,tu sepupu Charlie je..bila Sophie lari dan pergi duk kat beranda jugak,si Charlie ni pun kejar dan masa jumpa tulah,Sophie reveal dia jatuh cinta kat Charlie dan Charlie pun cakaplah dia pun cinta kat Sophie.pastu korang tau-tau jelah ending dia macam mana kan...ok..sekian cerita itu..gilos,macam karangan apa je aku rasa..

psstt:siapa yang tak berapa suka cerita lembap-lembap macam ni mesti kata boring dan jiwang..suka hati..


Saturday, May 22, 2010

petanda jodoh kita????

aku terbaca dalam satu artikel di surat khabar..look interesting..jadi,rasa macam nak share dengan korang semua..yelah..kadang-kadang kita tak tau siapa jodoh kita..couple lama-lama pun tak semestinya kahwin kan..kadang-kadang orang yang dah lama depan mata tu yang jadi jodoh kita.kadang-kadang orang yang baru kenal beberapa hari pun boleh jadi jodoh kita.Tuhan yang menentukan...mungkin beberapa tips dari artikel ni kita boleh kongsi sama-sama..kan?kalau mana-mana kawan aku yang baca pandai-pandailah korang check balik eh..hahhaha....

antaranya:

1.BERSAHAJA
- bersikap bersahaja,kiranya dia takdelah control semua pergerakan dia.kalau dah jenis ketawa terbahak-bahak tuh,gelak jelah macam tu..tak payah cover-cover..bersahaja ni lebih kepada spontan,tidak dikawal..kalau dah pelik tu,dah tak bersahaja lah gamaknya...makan ayam control-control pun boleh terpelanting

2. SENANG BERSAMA
- kalau korang selalu bersama,korang takdelah rasa jemu,bosan ke..korang mesti rasa tenang je kalau dengan dia.kalau sedih ke,ada masalah ke,mesti rasa tenang bila jumpa dengan dia..yeke ek..ish ish...macam ni,aku ada prob,aku kena cari boyfriend lah??haha

3. TERIMA KITA SEADANYA
-oh,ciri ini i like the most!orang tu tak kisah pun siapa kita,boleh terima kita macam mana pun..dan boleh terima family kita,kerja kita,diri kita.dia pun tak simpan rahsia dulu-dulu so that kita pun harus terima dia seadanya

4. SENTIASA JUJUR
- dia tak kisah kita buat apa pun asalkan tak langgar hukum agama..oh,sangatlah memahami kalau ada orang seperti ini..bila kita berjauhan,kejujuran lah yang paling penting..tapi kalau asyik cakap jujur tapi ada gak menipu,lupakanjelah....

5. PERCAYA MEMPERCAYAI
-semua orang ada rahsia,kadang-kadang kita nak beritahu jugak seseorang rahsia ni..jadi,kita harus percaya lah pada orang itu yang dia boleh simpan semua rahsia dengan selamat.kalau kita keluar dengan sesiapa pun,dia kena percayalah pada kita..bukannya pergi telefon or mesej berkali-kali sampai kawan yang kita keluar pun boleh jadi tak selesa..tolonglah percaya..takde maknanya nak jeles lebih-lebih.

6. SENANG BEKERJASAMA
-segala kerja yang dilakukan mestilah ikhlas dan meringankan tugas masing-masing.kalau takde kerjasama memang susah nak hidup bersama..yelah,bak kata wonderpet..'apa yang penting,kerjasama!!!!!!!!!!!!'kalau tak kerjasama,kko kahwin nanti,dia goyang kaki,ko sorang jelah yang buat semua kerja..apa salahnya sama-sama bekerjasama kan?

7. MEMAHAMI DIRI
-ini pun i like!kena faham diri masing-masing...bila sakit,dia bawa pergi klinik.bila kita sedih,dia selalu hiburkan kita.bila susah,dia selalu tolong.kiranya dalam apa pun situasi,dia ada dengan kita.ini time nak happy-happy je yang ada,time susah,sakit ke..tiba-tiba hilang..susahlah macam tu..

8. TAMPILKAN KELEMAHAN
-mana ada orang terlalu perfect kat dunia ni kan...tak semua ciri yang kita nak pada orang tu harus ada..dahtu,kalau tak jumpa orang yang perfect macam yang kita nak,memang tak kahwin lah jawabnya...kiranya,dia tak seganlah nak mengaku keburukan atau kelemahan dia..

9. KATA HATI
-dengarlah kata hati..kadang-kadang,bila kita bersama,ikut kata  hati pun kita dah boleh tahu perasaan masing-masing..boleh baca fikiran masing-masing..so,dengarlah kata hati dan buatlah pilihan yang betul..

psstt::hoho....aku sedang mendengar hati aku berkata-kata ni...:)

Friday, May 21, 2010

123

kenapa 123??sebab ini adalah entri yang ke 123..cun kan nombor??

membaca status seseorang di facebook,hati rasa sedih jugak..bukan tak mahu menerima,tapi.....harus terima hakikat..if ada jodoh,mesti takkan ke mana..bukan aku saja-saja tak mahu terima kamu...tapi...hati ini masih berbekas..masih terasa...tetapi..alangkah bagus kalau kita adalah kawan baik yang akan berkawan baik sampai bila-bila..tetapi kalau jodoh aku dengan kamu...aku terima..kamu jangan terlalu sedih..aku taknak kamu menangis lagi...kita masih kawan baik kan???kita masih boleh keluar sama2 kan??kita masih boleh lepak beramai-ramai seperti dulu kan??kita masih boleh keluar berkaraoke beramai-ramai kan???kan??

if kamu masih baca blog ini....
harap kamu faham....kamu masih yang terbaik di hati...

Apabila GASTRIK Menyerang

semua orang tahu kan pasal penyakit ini?selalunya ia dihadapi oleh student-student..biasalah,kalau dah belajar tu kadang-kadang tak ingat dunia..takpun,asyik main facebook je sampai lupa makan minum segala..baru-baru ni aku pergi kelantan..aku pun tak tahu kenapa.tapi yang pasti memang rasa badan sangat berangin dan pedih ulu hati.aku tau tak elok dibiarkan macam ni.tapi bila aku nak makan,memang rasa macam tak lalu.on the way nak pergi kelantan,dah mula kembung perut tapi on the way back to kl,lagi teruk..memang rasa sakit ulu hati.maybe sebab makan sangat lambat..nak kunyah-kunyah keropok ke,biskut ke,memang tak lalulah...sampai sekarang aku masih rasa sakit ulu hati dan mula aku nak fikir macam-macam.sebab sakitnya macam kat jantung.aku memang takut bab-bab macam ni.bila mula fikir macam-macam,mulalah aku nak rasa macam-macam..adoilah..help me someone..how to avoid this feeling????

so,aku ada terbaca satu laman web pasal gastrik ni.dan kat situ adalah beberapa cara nak rawat gastrik ni.aku nak cuba..aku harap baiklah gastrik ni cepat..


Rawatan penyakit gastrik:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
aku sekarang makan ubat klinik..tapi kat atas tuh kata elakkan ambil..mana satu ni eh??aku juga suka makan pisang,roti,piza,ayam..adoilah..tapi kalau nak baik mungkin boleh cuba..betul tak??jadi,makanan apa yang aku perlu makan nih???anyone wanna help?????

psstt::menunggu sesiapa yang baik hati untuk memberi kaunseling pemakanan dan juga pemikiran positif.

beg tangan pilihan

hi all...

lama betul rasa tak update blog ni..i just came back from kelantan and gosh,i felt very sick on the way back to kl..sangat trauma nak pergi kelantan sebab rasa sangat jauh dan naik van memang terasa macam-macam dalam perut.rasanya asyik aku je minta berhenti sebab sekejap nak terkencing,sekejap nak ambik angin.adoilah....9 jam rasa macam 90 jam.but,now dah sampai kl..rasa ok jer..hehe,i'll update the kelantan story later aite..

masa nak packing pergi kelantan,terfikir-fikir juga nak bawa handbag apa..yelah,pergi conference kan..so,we should look more formal but then,aku ni bukan nya jenis yang formal-formal sangat.handbag pun jadi tak normal formal. aku ni bukan jenis suka beli handbag macam orang lain..aku kadang-kadang pergi sogo suka lah tengok orang beratur,sesak-sesak sebab nak beli handbag..aku ni macam pelik sikit sebab aku tak tau handbag macam mana yang cantik..aku rasa pakai apa pun ok je.tapi ada tapinya..eheh..aku pantang tengok beg yang macam dari natural resources macam kulit kayu ke,rotan ke,mengkuang ke,tali guni yang di dandan ke..aku memang suka..sometimes,aku tak berapa pakai tapi aku suka nak beli.aku tak kisahlah beg tu macam raga ke,macam bakul ke,guni ke..aku rasa macam comel,aku suka je.kat bawah ni adalah beberapa koleksi yang aku sempat tangkap gambar.so,after this,ada sape sape yang baik hati nak belikan aku hadiah boleh beli beg-beg macam nih..aku akan terima dengan senyuman selebar-lebarnya:)

ini memang macam bakul or raga..sesuai sangat bawa pergi picnic.masa undergrad student dulu,aku memang selalu picnic dalam kelas sebab macam-macam boleh letak selain kertas dua keping dan juga pen sebatang,aku turut membawa botol air dan juga aneka makanan untuk dimakan di dalam kelas jika bosan.


aku malas dah nak rotate..tengok jelah ek...ni aku beli kat times square

ni aku suka sebab sangat comel..since aku takde baju hijau sangat,tapi aku tetap beli..ni masa aku duduk sabah,jadi aku beli je


ni aku paling suka sebab kulit kayu...bau pun macam kayu je masa aku beli..tapi sekarang macam-macam bau dah adalah..haha..sangat etniklah


ni ibu aku beli masa pergi bercuti ke sabah bulan lepas..macam bakul sikit tapi tetap sesuai untuk dibawa berjalan-jalan ke midvalley


ini pun aku sangat suka..dibuat dari mengkuang..sling bag yang aku rasa unik sikit.tapi aku suka.cantik je dianyam,soft..

bulan tujuh mahu pergi bali..wish kat sana ada banyak beg macam ini supaya aku boleh sentap beberapa untuk ditambah koleksi..haha..mesti abah bengang je duit abis beli beg kayu..orang dulu-dulu zaman mesolitik,neolitik sume mesti bangga aku suka pakai kulit kayu..agaknya diorang dulu jalan-jalan kat supermarket dalam hutan bawa beg kayu jugakkan..like!

Monday, May 17, 2010

aku masih BELIA!!!!!!!!

hari sabtu hari tuh..ada seorang hamba Allah yang sangat baik nak bawa aku pergi tengok hari belia kat putrajaya...hehhe...terus aku pergi blind date...tak boleh blah di situ...selamba badak je pergi dengan stranger..tapi cam skem je mamat tu,kira ok jelahkan..jadi inilah rentetan perjalanan ke festival belia tuh..dahlah sesat ntah mana-mana..puas cari mana booth kawan dia..adoilah..berpeluh ketiak nak pergi..jalan macam beribu kilometer rasanya..tapi bila sampai,macam teruja lah tengok macam-macam aktiviti ada..tapi banyak tak sempat aku tengok sebab sampai malam benda-benda tu.baru nak masuk rock fashion show..adoilah...ramai betul orang kat situ...gambar-gambar ni macam terabur sikit..malas dah nak ubah....tengok jelah..layan~

 tomok ok.....kawan aku siap tak bagi jejak situ sebab tak suke tomok..suka ati aku pergi jugak...
 ok..hebat tak aku main???hahhaha.....berlagak lebih
 sure heboh pon ader...masa nih,ana rafali tengah nyanyi...aku dengar dari jauh...
 masa ni panas gilos...terpaksa cover muka minyak-minyak....
 peace..peace..peace......
 aku nak naik heli ni..tapi masa tu ada orang lak...masa heli ni terbang,rasa aku pun nak tercampak dalam semak...nasib baik tak pakai skirt,kalau tak habis free show..
 sepanjang jalan ni ada gerai macam-macam...jalan ni tutup...dahlah parking jauh...
 dua kawan baru..they're cool!best!!!!
 baim menyibuk nak tolong carik..ko mengintai ye baim??
sempat aku main tic tac toe ngan si baim nih...sebab hafez L..hahhaha
 cool kan..serious cool.....
 pakcik ni sebuk jugak nak mengecat..padahal act je lebih...sampai ke tak tu cik??
peace lagik....:)

psstt::sok pergi conference...dahlah present oral...doakan aku berjaya menjawab segala soalan yang orang tanya.....hehhe..dan berjaya memberi presentation yang terbaek!