Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Friday, March 26, 2010

cuti-cuti pergilah sini

aku konon-konon takde kerja walaupun banyak data yang perlu dimasukkan,tapi gatai je tangan ni pegi click kat gambar-gambar dulu.teringat pulak masa dulu-dulu masa belajar waktu ijazah..seronok bila dapat pergi fieldwork merata-rata tempat.oh,jadik kat sini,sebenarnya aku nak promote satu tempat ni.best kalau pergi dengna family atau kawan-kawan.especially kalau korang suka haiwan and nature.yelah,asyik gi zoo pun tak best gak kan..pegi tempat lain pulak..baru adventure.

tempat yang aku nak promote ni-->KUALA GANDAH dan DEERLAND

sebenarnya dua-dua tempat tuh dekat-dekat je..terletak dekat Lanchang,Pahang..Kuala Gandah nih memang terkenal sebagai pusat konservasi gajah.menarikkan?kat sini,memang korang akan rasa pengalaman yang bestlah..yelah,kalau dalma hutan tuh,tengok tapak kaki gajah pun dah lintang pukang lari..kat sini,korang siap boleh belai-belai,cium-cium,nak mandi sama-sama,makan sama-sama,nak naik atas badan,nak manja-manja pun boleh asalkan korang takdelah manja lebih-lebih sampai gajah tu pun naik meluat dan rasa macam nak pijak korang..

tengok,budak kecik pun berani nak bagi makan kat gajah tau
comel sangat tu,anak gajah

lepas korang dah puas tengok gajah,korang boleh pergi kat deerland pulak..dekat saja..oh,lupe nak cerita masa di tempat gajah tu,korang kena beli tiket..yang mana tiket tuh berlainan mengikut aktiviti yang akan dibuat dengan gajah tuh...aktiviti apa?mandi,tunggang,bagi makan..then,korang akan dibawa pergi tengok video pasal gajah..dalam 15 minit camtulah kot,aku pun lupa..then,korang boleh tengok bilik pameran kat sebelah tu kalau korang nak tau info-info pasal gajah..info yang paling aku suka adalah

'gajah juga menyambut hari lahir'
cuba korang bayangkan,dorang tiup lilin tebu atas kek pisang...pastu gajah-gajah lain nyanyi lagu birthday ramai-ramai..

ini dekat deerland pulak-->

bagi makan kat rusa..rasa macam bagi makan kangaru pulak..
hai..ukur tinggi ke bang??leher ostrich tu lagi panjang dari kaki abang tau..
gila sombong merak nih..bajek aku nak ambik gambar kau sangat ke??memang pun

ok..menatang tu comel..abaikan orang yang pegang menatang itu

wei,tak senonoh betulla mamat nih..terkangkang kiat kat situ tunjuk *teeeeeeeet*
ok,abaikan gambar di atas..aku tak kesah sebab aku siap peluk-peluk dia lagi..

malas nak mencapab..semua orang sibuk mintak autograph aku......padahal,aku sign guestbook je..sebuk nak keliling aku.

kalau korang pergi,korang akan rasa lagi teruja..yelah,dah namanya asyik tengok ayam,udang,ketam kat pasar..menatang lain mesti korang jakun sikit nak tengok kan..inilah yang terjadi kat aku sebenarnya. so,cuti-cuti tuh,dari takde buat apa,boleh pergi tempat nih..bawa family dan kawan-kawan..tak jauh sangatlah dari kl..ini cuti,alaih-alih nak gi midvalley..ai,cakap kat diri sendiri ke?

psstt: siapa nak pergi,nak bawa aku sekali pun boleh...hehhe

2 comments:

nEo.. said...

uikss...yg pic terkangkang yg xleh tahan tu..haha

Cik Birder said...

hehheh..nak tgk real punyer,pegilah sane:)