Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Wednesday, June 16, 2010

lebih baik berterus terang atau berdiam diri?

aku selalu macam ni..selalu tak dapat buat keputusan sama ada mahu berterus terang atau berdiam diri.kadang-kadang,tak semua benda kita boleh berterus terang.tetapi,takkan nak mendiamkan diri sahaja,sebab ada perkara tertentu yang harus kita terus terang.lain orang lain perangainya.ada jenis orang yang memang berterus terang dan memang kena tahan dengan orang macam ni sebab memang akan terasa sedikit.ada jenis orang yang lebih suka mendiamkan diri tapi yang lagi tak best nya bila nanti kita akan dengar perkara yang lagi tak best di belakang kita.banyak pro dan kontra bila berterus terang dan berdiam diri ni.cuma,kita kena fikir baik-baik dulu sebelum buat apa-apa pun.

ada sebabnya kenapa harus berterus terang...memendam perasaan sahaja pun tak ada guna sebab kadang-kadang,kita yang rasa sakitnya.ai,macam cakap kat diri sendiri je..yang pertama,mungkin bila kita berterus terang,jiwa kita akan lagi tenang.even kalau kita ada masalah pun,kita akan bercerita pada kawan-kawan rapat kan?then,akan rasa lega bila dah cerita semua masalah macam hilang beban yang ditanggung.samalah macam bila kita rasa sakit hati atau marah pada seseorang.dari kita simpan,lepas tu jadi gosip macam-macam,baik kita terus terang je.terpulanglah pada orang tu nak terima ke tak kan,tapi kita dah jalankan tanggungjawab.kita pun tak perlu fikir banyak-banyak sampai rasa nak pecah kepala otak menahan marah.

yang kedua,mungkin bila berterus terang,dapat menjernihkan kembali keadaan.kalau tak puas hati atau rasa terancam je dengan seseorang,baik berjumpa dan berterus terang.dengan cara ini,mungkin lebih faham keadaan sebenar dan secara tak lansung,dapat betulkan kembali keadaan yang tak betul.jangan hanya mendengar cakap-cakap orang je dan terus simpan di hati.pergi je berterus terang dan dapatkan penjelasan yang sebenarnya.biar orang nak cakap apa,itu tak penting.yang ketiga,apabila berterus terang,kita dapat elakkan dari bermusuh.yelah,daripada orang lain yang pandai-pandai sampaikan perkara yang tak betul,baik sampaikan sendiri.kadang-kadang,campur tangan orang lain pun boleh buat keadaan lagi huru hara.

yang keempat,sebenarnya nak elak diri dari jadi hipokrit.yelah,di depan lain,di belakang lain.padahal,kawan tu tau je apa yang kita rasa,apa yang kita tak puas hati dengan dia.aku pun pernah melalui macam ni.tapi,bila nak berterus terang tu,biarlah kena pada tempat,pada gaya dan pada masa yang betul.sebab niat nak berterus terang tu bukan untuk menyakitkan hati.next, berterus terang ni sebab nak perbaiki kelemahan diri.tak semua orang itu perfect.tak semua juga orang sedar kelemahan diri sendiri.ada yang suka tunjuk bagus tetapi sebenarnya apa yang dilakukan tak betul.jadi,dengan berterus terang dapat membaiki kekurangan dan kesilapan diri.bukannya kita nak berterus terang tu sebab nak malukan dia atau nak jatuhkan dia.tapi sebab nak dia baiki dulu kesilapan sekaligus kita pun dapat baiki kesilapan dan kekurangan kita jugak..

berterus terang ni bagus juga sebab dapat bersikap jujur.dalam bersahabat pun kita memang kena jujur selalu.bukan masa bercinta je nak kena jadi jujur.ada juga orang yang tak boleh terima teguran atau kritikan,jadi kita kena pakai pendekatan yang terbaik..cuba berkias-kias ke..pandai-pandailah kan..yang penting kita jujur dalam bersahabat..

aku pun takdelah jenis terlalu berterus terang.cuma kalau tak dapat nak simpan dalam hati,memang terpaksalah aku berterus terang.sebab aku memang jenis asyik nak jaga hati orang.jadi,selalu rasa risau kalau-kalau mulut aku ni sesedap rasa je nak cakap apa2.jadi,kadang-kadang,kena simpan dulu..bila terlalu selalu dan kerap sampai dan makan hati sendiri,jadi itulah masa aku berterus terang.tapi,secara jujur,aku suka orang yang terus terang.walaupun kadang-kadang mulut diorang macam cibai,tapi aku tetap boleh terima.dari yang suka cakap belakang-belakang dan tiba-tiba,orang lain semua dah fikir lain pasal kau..macam fitnah pulak kan..siap semua orang dah jauhkan diri disebabkan cerita yang bukan-bukan yang kau sendiri pun tak tau asal usulnya.baik terus terang je kalau tak puas hati ke apa ke..nak marah ke..lagi aku suka.kalau ada laki suka kat aku pun,cakap terus terang lagi baik dari aku sibuk nak kena tafsirkan sendiri.hahaha..ini cuma tambahan..abaikan..

oklah..gila banyak bebel..kalah justin bibir.

5 comments:

ayen silly said...

hee. prefer being honest in a good way :)

DuniakuAbstrak said...

berterus terang dengan selembut2 mugkin..agar hati yg mendengar x terguris

q-nizam said...

pasti ada cara yang baik untuk beterus terang.. :)

kasih suci said...

berterus terang adalah jalan yg paling terbaik...hati pon senang..(",)

Cik Birder said...

semua betul!!!like!