Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Monday, June 28, 2010

persoalan bersanggul tinggi bagi wanita

semalam,aku baca suratkhabar metro..sambil-sambil baca,terbacalah satu kolum tentang persoalan agama kepada dr mashitah..then,there is two question from a reader..it sounds:


SAYA ada dua kemusykilan. Pertama mengenai sanggul tinggi kerana sejak kebelakangan ini ramai wanita muslimah gemar mengenakan fesyen tudung bersanggul tinggi.
Adakah ia dibolehkan dalam Islam dan apakah hukumnya? Soalan kedua, saya menjalankan perniagaan menerusi blog, namun pernah saya ditegur berkaitan gambar model yang mengenakan pakaian ketat.

Saya sedar, sebagai muslimah kita harus menutup aurat dan mengelak memakai pakaian seperti itu.

Apakah hukum bagi saya selaku penjual? Saya hanya berniaga untuk mencari duit, namun bimbang jika saya juga mendapat dosa.
NWM
Kulim, Kedah
 

sekarang kan,ramai yang memakai tudung dengan sanggul yang tinggi...aku pun sama kadang-kadang sanggul juga..tapi,bila baca banyak artikel tentang larangan bersanggul tinggi ini,aku pun takdelah nak menyanggul tinggi-tinggi rambut ini..memang cantik bila tengok ramai yang bersanggul tinggi,selendang pun jadi macam tergantung...pastuh nampak ala-ala arab sikit,nampak style sikitlah..tapi,macam mana dengan persoalan bersanggul tinggi ini???


so,here goes the answer by dr mashitah:


Tidak ada salahnya bagi wanita hendak bersanggul tinggi atau rendah. Bagaimanapun, harus hukumnya bagi wanita berambut panjang untuk bersanggul. Saya tidak melihat bersanggul tinggi menampakkan seorang wanita berlebihan dalam penampilannya.

Yang penting ialah auratnya ditutup kerana Allah mewajibkan wanita menutup aurat untuk menjaga kecantikan mereka.

Dalam menutup aurat, syarat yang mesti dipenuhi ialah pakaian tidak terlalu ketat kerana boleh menimbulkan fitnah dan persepsi negatif.



jadi,ini pendapat dr mashitah..bagaimana pula dengan pandangan korang?

6 comments:

nadialogy said...

ish..
ader pendapat menyatakan sanggul tinggi haram kerana menampakkan panjang pendek rambut kita..
gitu2 la..
kne tgk byk pendapat

Cik Birder said...

tulah pasal..mungkin dr mashitah pun buat sanggul tinggi,jd die rase ok..

admin said...

mashitah ni fatwa dia tak boleh di pakai.besa dia kata melacurkan diri di bolehkan dalam keadaan darurat.nauzubillah

ada hadis yang berkaitan dengan sanggul tinggi ni:

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212

Wallahua'alam

shida said...

haritu ade baca buku pasal ni . pastu dye ckp ta bole n haram .

Cik Birder said...

oh,tq incik toman..sungguh berguna...

shida..tak boleh ye??oh..terima kasih jugak:)

syuhadah dzarawi said...

Dr Mashitah~~, hmmm. ini org hati2 sajer la- kita da ada cth kat EKOBS ni, bLaja agama mcm mana pon kalo da diri sdr hmmm...~ huhu~~