Followers

Biasiswa

tabung simpanan masa depan

Saturday, May 22, 2010

petanda jodoh kita????

aku terbaca dalam satu artikel di surat khabar..look interesting..jadi,rasa macam nak share dengan korang semua..yelah..kadang-kadang kita tak tau siapa jodoh kita..couple lama-lama pun tak semestinya kahwin kan..kadang-kadang orang yang dah lama depan mata tu yang jadi jodoh kita.kadang-kadang orang yang baru kenal beberapa hari pun boleh jadi jodoh kita.Tuhan yang menentukan...mungkin beberapa tips dari artikel ni kita boleh kongsi sama-sama..kan?kalau mana-mana kawan aku yang baca pandai-pandailah korang check balik eh..hahhaha....

antaranya:

1.BERSAHAJA
- bersikap bersahaja,kiranya dia takdelah control semua pergerakan dia.kalau dah jenis ketawa terbahak-bahak tuh,gelak jelah macam tu..tak payah cover-cover..bersahaja ni lebih kepada spontan,tidak dikawal..kalau dah pelik tu,dah tak bersahaja lah gamaknya...makan ayam control-control pun boleh terpelanting

2. SENANG BERSAMA
- kalau korang selalu bersama,korang takdelah rasa jemu,bosan ke..korang mesti rasa tenang je kalau dengan dia.kalau sedih ke,ada masalah ke,mesti rasa tenang bila jumpa dengan dia..yeke ek..ish ish...macam ni,aku ada prob,aku kena cari boyfriend lah??haha

3. TERIMA KITA SEADANYA
-oh,ciri ini i like the most!orang tu tak kisah pun siapa kita,boleh terima kita macam mana pun..dan boleh terima family kita,kerja kita,diri kita.dia pun tak simpan rahsia dulu-dulu so that kita pun harus terima dia seadanya

4. SENTIASA JUJUR
- dia tak kisah kita buat apa pun asalkan tak langgar hukum agama..oh,sangatlah memahami kalau ada orang seperti ini..bila kita berjauhan,kejujuran lah yang paling penting..tapi kalau asyik cakap jujur tapi ada gak menipu,lupakanjelah....

5. PERCAYA MEMPERCAYAI
-semua orang ada rahsia,kadang-kadang kita nak beritahu jugak seseorang rahsia ni..jadi,kita harus percaya lah pada orang itu yang dia boleh simpan semua rahsia dengan selamat.kalau kita keluar dengan sesiapa pun,dia kena percayalah pada kita..bukannya pergi telefon or mesej berkali-kali sampai kawan yang kita keluar pun boleh jadi tak selesa..tolonglah percaya..takde maknanya nak jeles lebih-lebih.

6. SENANG BEKERJASAMA
-segala kerja yang dilakukan mestilah ikhlas dan meringankan tugas masing-masing.kalau takde kerjasama memang susah nak hidup bersama..yelah,bak kata wonderpet..'apa yang penting,kerjasama!!!!!!!!!!!!'kalau tak kerjasama,kko kahwin nanti,dia goyang kaki,ko sorang jelah yang buat semua kerja..apa salahnya sama-sama bekerjasama kan?

7. MEMAHAMI DIRI
-ini pun i like!kena faham diri masing-masing...bila sakit,dia bawa pergi klinik.bila kita sedih,dia selalu hiburkan kita.bila susah,dia selalu tolong.kiranya dalam apa pun situasi,dia ada dengan kita.ini time nak happy-happy je yang ada,time susah,sakit ke..tiba-tiba hilang..susahlah macam tu..

8. TAMPILKAN KELEMAHAN
-mana ada orang terlalu perfect kat dunia ni kan...tak semua ciri yang kita nak pada orang tu harus ada..dahtu,kalau tak jumpa orang yang perfect macam yang kita nak,memang tak kahwin lah jawabnya...kiranya,dia tak seganlah nak mengaku keburukan atau kelemahan dia..

9. KATA HATI
-dengarlah kata hati..kadang-kadang,bila kita bersama,ikut kata  hati pun kita dah boleh tahu perasaan masing-masing..boleh baca fikiran masing-masing..so,dengarlah kata hati dan buatlah pilihan yang betul..

psstt::hoho....aku sedang mendengar hati aku berkata-kata ni...:)

3 comments:

zool said...

masih mencari siapakah jodoh untuk ku

Hafiz Ismi said...

nice!!

Cik Birder said...

cari jodoh!hahha